Setiap kali hamil rutin minum air gula selalu buat ramai yang merungut. Jangan merungut kerana proses ini untuk membantu malah mengesan masalah kesihatan yang bukan sahaja membahayakan ibu hamil bahkan bayi dalam kandungan.
Perkongsian Dr Erna Nadia mengenai permasalahan dan rutin ibu hamil yang dikhuatiri mengalami Gestational diabetes mellitus (GDM) ini mama kena fahami. Bukan saja-saja kena minum air gula.
Berkenaan GDM. GDM ni adalah kencing manis yang terjadi semasa hamil sahaja. Gestation = mengandung.
Jadi kalau orang tu dah ada kencing manis sebelum mengandung, dia bukanlah GDM tapi DM. Sebab tulah masa awal awal mengandung, kita dah minta check tengok ada kencing manis ka tak sebab kita nak detect orang ni memang GDM ka DM.
Sebab kita ni kan manalah nak pi periksa darah pun kalau tak sakit atau kalau tak ada apa apa. Sebab kita tak rasa kita ada sakit pun.
Kadang tu orang tu awal awal lagi dah sangkut ujian periksa gula. Rupanya dia memang ada kencing manis atau baru nak jadi kencing manis tapi sebab tak pi periksa, dia taktahu. Bila dah mengandung, baru nak pi periksa, itu yang eh tingginya gula.
Sebab faktor risiko orang yang nak dapat GDM adalah mereka yang berat badan berlebihan atau obesiti, pernah kena GDM untuk kandungan lepas lepas, umur dah lebih 25 tahun, pernah lahirkan baby dengan berat lebih 4kg, mengalami pradiabetes, ada masalah PCOS dan gaya hidup yang tak sihat sebelum pregnant.
Ads
Jadi, kenalah faham kenapa kita saring awal awal sebab kita tak maulah anda terlepas diagnosis. Sebab GDM ni memang boleh membahayakan ibu dan janin.
Janin boleh jadi besar atau terlebih berat, susah nak bernafas, boleh jadi hipoglisemia atau kurang darah, baby meninggal semasa dalam kandungan atau selepas lahir dan risiko mendapat kencing manis bila dah besar nanti. Sebab kandungan gula yang tinggi dan tidak terkawal.
Kencing manis memang bahaya. Banyak komplikasi terutama jantung, buah pinggang dan saraf.
Kenapa kena minum air gula dua kali?
* Minum awal sebab nak tengok kencing manis ka tidak.
* Minum masa trimester kedua-ketiga sebab nak tengok ada GDM ka tidak.
Kalau ada kena minum diantara ini, boleh jadi akibat dari masa periksa tengok tengok air kencing ada gula ada albumin, keputihan, gatal gatal, mual, perut tak selesa, baby besar, yada yada yada, maka untuk rule out sebab kenapa jadi, salah satu adalah check tengok gdm ka tak. Macam tu saja.
Ads
Lepas beranak, biasa GDM pun hilang dan sebab tu kena pi check balik tengok paras gula dalam darah. Sebab risiko dapat kencing manis bila dah pernah kena GDM agak tinggi juga.Jadi, jagalah diri baik baik.
Orang suka sangat cakap orang dulu elok ja. Ya orang dulu dulu memang elok sebab depa jaga makan minum dan aktif.
Orang dulu tak makan minum manis, berlemak, bergoreng, cheese meleleh macam kita la ni. Orang dulu aktif, mangkit pagi pagi dah buat macam macam kerja.
Sebab tu tak boleh lah nak samakan orang dulu dan orang sekarang. Kita saring sebab kita peduli. Kesian tengok pesakit jadi sebab tu kita periksa.
Kalau check, kita sihat, Alhamdulillah. Kalau check, kita ada kantoi sakit, ubahlah untuk jadi sihat dan supaya penyakit tidak melarat. Aaaa camtu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ketika hendak cepat memasak di rumah, adakalanya kita terlepas pandang. Jangan sekali-sekali memecahkan telur terus ke dalam kuali, ada baiknya mak-mak pecahkan dahulu di dalam mangkuk.
Sebab apa? Banyak kemungkinan yang dikhuatiri melibatkan telur yang tercemar dan tidak boleh digunakan lagi. Perkongsian Dr Malar Santhi ini patut jadikan panduan. Beringatlah!
Nasib baik saya jenis kalau nak masak telur, memang pecahkan dalam mangkuk dulu ✅ bukan terus pecah kat dalam kuali. ❌
Telur ni baru beli kat pasaraya dalam 3-4 hari yang lepas. Beli kat pasaraya yang harga marhaen je, bukan pasaraya elit cam Jaya Grocer ke apa.
Tapi saya pernah je beli telur, ayam kat pasaraya elit, masih ada kerosakan. So takleh nak salahkan pasaraya, sebab mereka uruskan goods dalam skala yang besar.
Pada pendapat peribadi saya, kita sebagai pengguna yang kena cakna dan berhati hati. Ni lah kelebihan masak kat rumah, kita boleh jaga kebersihan dan kualiti makanan.
Sebab tu lah kami kaum wanita kaum Mak Mak ni asyik nak menyinga je kalau kami dalam dapur. Stress level tinggi tau nak memastikan kualiti mantap.
Anyways, saya nak masak bihun goreng.. so dah cuci telur ni, pecah masuk dalam mangkuk, ni haaaaa yang keluar. Hitam dan dah berkulat. Terus rasa nak muntah.
Syukur saya tak tuang dalam kuali terus atas mihun, kalau tak rugi makanan sekuali. Syukur ini telur pertama yang saya pecah.. jadik buang yang satu ni je!
Pesanan penaja: 1) SENTIASA PECAH TELUR DALAM MANGKUK DULU ~ periksa kualiti telur dengan menyeluruh dan teliti sebelum mencampurkannya dalam bahan masakan lain.
2) CUCI CENGKERANG TELUR SEBELUM MASAK ~ ni saya ada buat video. Boleh search and tengok ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Usus Yang Tidak Sihat Boleh Jadi Penyebab Anxiety
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Apakah Paksi Usus-Otak?
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Bagaimana Usus Tidak Sihat Mempengaruhi Anxiety?
Keradangan Usus
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Kekurangan Mikrobiota Baik
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres Dan Usus
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Hubungan dengan Sistem Saraf Enterik
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Gejala Usus Tidak Sihat
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Cara Meningkatkan Kesihatan Usus Untuk Mengurangkan Anxiety
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Kurangkan Makanan Tidak Sihat
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Ambil Serat yang Mencukupi
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Kawal Stres
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...