Gaun pengantin bau ketiak, wanita dipaksa beli dengan harga RM1,228. Seorang wanita di China berang apabila dipaksa membeli gaun pengantin bernilai 2,000 yuan (RM1,228.35) yang tidak dimahukan selepas didakwa meninggalkan bau ketiak ketika mencuba pakaian itu.
Insiden itu bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Momo mengunjungi sebuah butik pengantin bersama kekasihnya dan mencuba dua gaun pengantin berbeza.
Menurut Momo dari Shandong, dia tidak menyukai pakaian pertama sebelum mengembalikannya kepada pekerja yang melayannya.
Katanya, dia juga menyedari pekerja kedai itu tidak begitu gembira selepas menerima gaun pengantin pertama yang baharu dicubanya, namun tidak mengendahkannya sebelum terus mencuba gaun pengantin kedua.
“Saya masih tidak menyukai gaun pengantin kedua dan tempat itu (tingkat 2) tidak mempunyai penghawa dingin, jadi saya memutuskan untuk pergi,” jelasnya dalam catatan di media sosial Xiao Hong Shu (RED) melalui akaun miliknya seperti dilaporkan World of Buzz.
Momo berkata, ketika dia dan kekasihnya bersiap untuk pergi selepas memulangkan gaun pengantin kedua, mereka tiba-tiba dihalang pihak kedai.
“Kekasih saya bertengkar dengan pekerja kedai itu sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi pengurus kedai.
“Selepas bercakap dengan pekerja, pengurus datang memberitahu kami tentang bau badan pada gaun itu,” katanya.
Katanya, dia mempertahankan dirinya bahawa tempat itu benar-benar panas.
“Tingkat dua kedai itu tiada penghawa dingin sehingga saya berpeluh dalam pakaian saya.
“Sejujurnya, saya rasa saya tidak perlu bertanggungjawab, namun untuk tidak memanjangkan isu, saya tiada pilihan selain terpaksa membayar 2,000 Yuan untuk gaun pengantin yang saya tidak mahu.
“Saya tidak sangka kedai pengantin itu tergamak memeras pelanggan dengan cara begini kerana bau ketiak,” katanya dalam catatan 30 Ogos lalu.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Jahit Baju Pengantin Perempuan Miliki Berat Lebih 200 Kilogram, Mempelai Menangis Sebab Sanggup Terima Tempahan
Bau Ketiak HangitBoleh Dikurangkan Dengan Petua Ini, Guna Dua Bahan Buatn Maajun
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my