Menyediakan menu nan satu ini sungguh beraroma dan mampu membuka selera seisi rumah.
Ditambah pula setelah terhidang, turut disajikan bersama mushroom soup, aduhai sungguh enak rasanya.
Jadi di sini melalui perkongsian Nadiah ini diharapkan memberi ide buat anda untuk menyediakan menu super mudah dan enak ini untuk dijadika menu minum petang ini. Selamat mencuba!
Sedap Garlic Bread ni, macam Pizza Hut!
Ha kemain suami puji Garlic bread ku.hihi.
Haritu saya ter rajin buat Garlic bread sambil tangkap gambar. So siapa tak ada idea nak buat sarapan ke minum petang ke, boleh lah try buat Garlic bread yang senang yakmat ni.
Ok bahan-bahan dia :
Roti 6 keping
Bawang putih 2 labu/30 ulas
Butter (1 buku 250g)
Cara -cara dia:
1) Kisar/tumbuk/cincang halus bawang putih.
2) Pastu masak sebuku butter tu dengan bawang putih cincang halus tadi.
3) Masukkan oregano + parsli + garam secubit rasa.
4) Siap, sapukan dekat roti.
5) Lepas tu satu keping roti tu potong 3.
6) Masak dalam oven suhu 160 darjah masa 20 minit.
*kalau tak ada oven, boleh bakar dekat kuali biasa ja tanpa minyak
sumber : Nadiah Azaman Ppk