“Garang Betul Mama, Ayah Standby Dah Hanger. Cepat Khatam Ni.” Gelagat Reen Rahim Belajar Ngaji Buat Ramai Terhibur!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan pelbagai karenah dan gelagat orang ramai apabila menghabiskan masa di rumah.

Tidak hanya bermuram durja mengenangkan apa yang berlaku, ada yang mengambil inisiatif untuk belajar sesuatu yang berguna.

Dalam perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim di laman instagramnya, dia mengambil peluang untuk belajar dan memperbaiki bacaan pada ayat suci al-Quran sambil disemak oleh ibu bapanya.

Namun, apa yang membuatkan warganet terhibur adalah gelagat  ‘gila-gila’ Reen Rahim manakala bapanya yang berdiri dibelakang pelakon tersebut memerhatikannya membaca al-Quran sambil tangan di kanan memegang penyangkut baju.

 

Walaupun nampak melucukan namun,  hubungan akrabnya dengan ibu bapa membuatkan aktiviti yang dilakukan bersama amat menyeronokkan.

Lebih-lebih lagi apabila melakukan perkara berfaedah mempelajari benda berilmu bersama-sama ketika waktu semua orang diminta untuk duduk di rumah seperti sekarang ini.

Rata-rata warganet memuji cara Reen Rahim untuk belajar memperbaiki bacaan ayat al-Quran, tak kurang yang memberi respond terhibur dengan gelagat ayahnya memegang hanger.

donnamuslim Haha belum disebat, dia yg kena marah dulu 🤣👏🏼 .. anyway terbaik @reenrahim 👍🏼👍🏼👍🏼
addawiyyah_rahim Hahahahah guru besar pegang hanger….
saiffzsalleh 🤣hahhahaha mamu rahim kat belakang ngan hanger…kasi sebat satu kali…
muhdfaizzal Biar parent kite garang.. Supaya kite x hanyut.. Mereka tau ape yg trbaik untuk kite.. 👏. .. Apa2 pon semoga maju jaya…
nrinznl Da macam time kecik2. Hanger Rotan da get ready daa kt sebelah 😆😂
anip_jamaludinTeringt plak kt arwah ayah aq..dlu mcm ni la aq kna..msti best in kalo ayah msih ada😢😢😢
Sumber: Reen Rahim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club