Garang Ayah Jangan Buat Main-Main! Rupanya Anak Belajar Banyak Perkara Tentang Kehidupan Berbanding Ibu

Share

Ayah yang garang memang buatkan anak-anak takut untuk berbuat nakal. Malah akan menunjukkan sikap yang baik apabila berada disamping ayahnya. Berbanding ibunya, anak ini akan mudah manipulasi.

Namun, hakikatnya, sikap ayah sebegini memberi kesan yang postif untuk perkembangan anak ini bagi jangka masa panjang.

Menerusi perkongsian di laman facebook Taufiq Razif ternyata membuktikan banyak yang anak pelajari apabila ayahnya bersikap garang atau tegas. Ikuti seperti berikut.


5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah

1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING

+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.

+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.

2. Anak belajar IKUT ARAHAN

+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas

+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi.Ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.

3. Anak belajar KAWAL EMOSI

+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan

+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi

4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI

+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya

+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan

+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti

5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP

+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti

+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti

+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa apa, mereka ni pemerhati setia.

+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!

p/s : Tolong ajarkan benda ni pada pasangan kita juga ye

p/s : Tolong ajak pasangan kita join belajar ilmu mendidik anak di Telegram saya. Nak didik anak, kena ada kerjasama kedua dua pihak. Klik je link ni untuk join ?
t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif