Orang yang mengalami Migrain sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala. Migrain dipautkan kepada deria amaran termasuk kerlipan cahaya, kebas di tangan dan kaki, bintik buta, loya, dan muntah-muntah.
Preskripsi ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk terutama jika tempoh penggunaan yang lama dan berterusan. Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif ini. Mana tahu boleh membantu anda.
Ubat ini diperbuat daripada garam. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain:
Bahan-bahan :
Setengah biji lemon
Setengah sudu teh garam Himalaya
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air, dan kemudian tambah garam Himalaya kepadanya. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Bakal Melahirkan Anak Ke-3, Ibu Ini Masak Lauk Pantang Dan Sejuk Beku, Mudahkan Juga Suami Sediakan Makanan.
Berpantang adalah tempoh masa untuk wanita memulihkan diri setelah melahirkan anak. Waktu ini adalah masa untuk ibu yang bersalin untuk memastikan mendapat rehat yang secukupnya.
Malah, apabila badan mendapat cukup tidur dan rehat, ibu mudah menguruskan bayi termasuk memberikan penyusuan susu ibu semasa dalam tempoh berpantang.
Bagi puan Nor Azizan yang bakal melahirkan anak ke tiga telah melakukan pelbagai persediaan persiapan termasuk makanan semasa berpantang.
Beliau yang menunggu hari untuk bersalin, telah berkongsi beberapa menu masakan yang akan dihidang ketika berpantang.
Menu pantang yang telah di masak dan disejuk bekukan termasuk sup ikan merah, pindang ikan selar, ayam perap mandy. auam stim halia, siakap stim halia, ayam ungkep, daging goreng kunyit, daging rebus air asam dan daging black pepper.
Katanya cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan suami menguruskannya ketika dalam pantang lantaran berpantang sendiri di rumah.
Kesungguhan dan kerajinan beliau mendapat pujian warganet. Apa lagi boleh lihat menu lauk berpantang, boleh jadi inspirasi untuk ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
Tengah menunggu hari nak melahirkan anak ke 3.
Kali ni berpantang sendiri . Dah siap-siap masak lauk berpantang utk difrozenkan. Masak untuk suami dan anak-anak jugak. Same-sama ler makan lauk berpantang ye
Memudahkan keje suami jugak . Takyah lame-lama at dapur nak sediakan makanan
Inilah menu pantang. Semua lauk yang dimasak disejuk beku.
Meriahnya lauk pantang. Apa pun, suatu usaha yang baik untuk memastikan tempoh berpantang dilalui dengan sempurna.
Selamat mencuba cara ini!
Sumber: Nor Azizan
“Dihempap Tangga Ketika Sedang Menikmati Durian.” Maut Terkena Renjatan Elektrik, Mayat Suami & Isteri Sarat Mengandung Anak Sulung Ditemui Berpelukan
Malang tak berbau, demikian yang berlaku kepada sepasang suami isteri apabila maut dalam satu kejadian di Subang semalam.
Dalam kejadian tersebut, seorang wanita dihempap tangga rumah yang dalam proses pembinaan. Lebih memilukan, wanita berkenaan yang sarat mengandung anak sulung sedang menikmati durian di bawah tangga berkenaan. Namun tangga tersebut tiba-tiba runtuh dan menghempapnya.
Si suami terdengar jeritan isterinya yang tersepit di bawah runtuhan turut maut di tempat kejadian kerana terkena renjatan elektrik oleh wayar kabel yang terputus. Pasangan terbabit ditemui dalam keadaan berpelukan berkemungkinan suaminya ingin menarik keluar wanita itu sebelum terkena renjatan.
Niat nak tolong tapi…
Identiti semua mangsa kini sudah dikenal pasti iaitu sepasang suami isteri, Shahril Apipie Mokhtar dan isterinya, Wan Hasheliza Wan Ibrahim yang maut ditimpa tangga.
Turut terkorban adalah Mohd Radezi Abdul Aziz dan seorang warga Indonesia, Bambang Sulisto. Mereka maut akibat terkena renjatan elektrik ketika untuk menolong suami isteri berkenaan.
Kesemua mayat mangsa telah selamat dikeluarkan oleh pihak bomba. Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Mengidam pulut berinti kelapa & ikan masin
Jiran kepada pasangan suami isteri ini, Norazila Saad, 34, berkata pasangan terbabit menyewa di rumah itu sejak Disember lalu.
“Saya memang rapat dengan pasangan ini dan wanita terbabit hamil anak sulung mereka.
“Dia juga kelihatan gembira mengemas barang untuk pulang ke kampung di Kelantan menyambut Hari Raya Haji termasuk bersalin di sana,” katanya.
Norazila berkata, mangsa sempat memintanya memasak pulut berinti kelapa dan ikan masin semalam, kemungkinan mengidam.
“Sepatutnya dia menjamah petang ini, namun tidak kesampaian malah saya juga sudah siap memasak pulut itu.
“Sepanjang mengenali mereka, pasangan terbabit sangat baik dan tidak kedekut,” katanya bahagian atas rumah itu baru tiga bulan diubahsuai pemiliknya.
Sumber :Oh My Media & 999, Harian Metro
Viral Pemandu Lori Disangka Mabuk Kini Arwah Akibat Serangan Jantung, Dr Ini Jelas Tindakan Pantas Kena Buat.
Viral pemandu lori yang disangka mabuk yang melanggar beberapa buah kenderaan, rupanya menghadapi serangan jantung.
Sakit jantung, pembunuh nombor satu negara. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Biarpun serangan jantung selalunya mendahului punca kematian dalam sesebuah negara, namun ramai yang tidak mengetahui tindakan yang harus dilakukan.
Cakna mengenai hal ini, seorang doktor, Ahmad Zakimi Abdullah atau dikenali sebagai Dr Zek yang merupakan Pakar Perubatan kecemasan berkongsi tindakan yang harus dilakukan apabila melihat seseorang menghadapi serangan jantung.
Aku ada terlihat satu video viral seorang mangsa memandu lori terbabas dan merempuh beberapa kenderaan lain yang dirakam oleh seorang wanita.
Wanita itu bertanya, “awak mabuk ke? Asal tak nampak apa awak buat?”
Mangsa dalam keadaan separa sedar hanya menoleh wanita yang merakam itu. Kelihatan seperti mangsa menahan kesakitan.
Difahamkan mangsa sebenarnya mengalami serangan jantung (myocardial infarction) yang mengakibatkan lori yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kenderaan lain.
Mangsa dikenali sebagai pakcik Yusri menghembus nafas terakhir di sebuah hospital di Lembah klang.
Innalillah.
Zaman sekarang ni zaman nak viralkan apa saja. Ada saja peristiwa, rakam dan viral dulu. Nak husnuzon tu, kemudian. Buruk perangai sesetengah masyarakat kita.
Yang lebih teruk lagi, perangai buruk sangka. Sangka baik jarang sangat. Sebab hati tu busuk. Semua kita sangka orang lain selain kita tu jahat. Jangan ya.
Ini tindakan kena tahu
Apa sepatutnya kita lakukan jika kita berdepan dengan mangsa seperti pakcik dalam situasi ini adalah;
1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.
2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok?
3. Jika mangsa masih sedarkan diri (seperti dalam situasi tersebut) maka hanya menyuruh mangsa bertenang dan jangan bergerak sementara menunggu bantuan tiba.
4. Kemudian jerit minta bantuan orang sekeliling atau kita sendiri buat panggil 999.
Jika keadaan kemalangan dan mangsa tidak sedarkan diri.
1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.
2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok?
3. Jika mangsa tiada tindakbalas atau tidak sedarkan diri, kalian hanya minta bantuan orang sekeliling atau kalian sendiri buat panggil 999.
4. Jika kalian bukan berlatarbelakang perubatan maka jangan buat apa-apa kerana setiap pergerakan mangsa kemalangan yang cedera akan mengakibatkan kecederaan menjadi semakin teruk dan parah.
5. Jika kalian adalah ahli perubatan yang mempunyai pengetahuan TLS (trauma Life Support)dan PHCAS (prehospital care and ambulance service), kalian boleh bantu. Ada tatacara khas untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan.
Jika situasi lain dimana mangsa yang memandu kenderaan tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada kecederaan. Kalian boleh lakukan CPR seperti langkah-langkah berikut;
1. BAHAYA: Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.
2. TINDAK BALAS: Tepuk bahu mangsa. Tanya dengan jelas “Hello! Hello! Anda OK?”
3. JERIT MINTA BANTUAN: Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!”
4. PERNAFASAN: Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). Jika tidak, mulakan tekanan dada.
5. Melakukan CPR berkualiti tinggi dengan ciri-ciri berikut:
i. Kadar tekanan 100-120 kali seminit
ii. Kedalaman tekanan 5 cm hingga 6 cm.
iii. Mengurangkan gangguan ketika melakukan tekan dada (<10saat)
iv. Memastikan dada kembali ke asal (full recoil) selepas setiap tekanan dada.
6. DEFIBRILASI: Pasang pad AED pada dada mangsa. Ikut arahan AED.
Tahukah kalian, tindakan awal oleh orang awam dengan memulakan CPR segera di tempat kejadian meningkatkan kebarangkalian mangsa untuk selamat.
80-90% penyebab kematian mengejut adalah disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal. Kebarangkalian untuk hidup berkurang sebanyak 7-10% bagi setiap minit tanpa CPR dan defibrilasi segera.
Jika CPR dan defibrilasi segera dilakukan, kebarangkalian untuk mangsa hidup meningkat sehingga 30-70%.
AED (Automated External Defibrillator) adalah alatan mudah alih berbateri yang dapat menganalisa rentak jantung dan aku menyarankan penggunaan defibrilasi jenis automatik iaitu AED. Mudah digunakan oleh orang awam yang tidak mempunyai latar belakang perubatan.
“… Dan Barang siapa yang memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seluruh manusia.” (Al-Maidah: 32).
Biar kita jadi masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain, bukan masyarakat pemviral fitnah yang membawa keburukan di alam ini.
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club