
Kebelakangan ini, viral nama pemilik nasi arab, Chef Ammar di sosial media. Bermula dengan kisah orang ramai tidak berpuas hati kerana harga yang dijualnya mahal, ada juga yang tidak berpuas hati beratur panjang tetapi belum sampai gilirannya makanan sudahpun habis.
Tidak habis dengan dua isu itu, sekali lagi nama Chef Ammar kembali viral apabila ada pembeli menengking pekerja yang merupakan menantunya.
Isunya bermula apabila pembeli itu tidak berpuas hati kerana staf tersebut memberi keutamaan kepada ibu mengandung.
Tampil mempertahankan tindakan menantunya itu, chef ini berkata di mana-mana keadaan pun memang ibu mengandung berhak mendapat layanan utama.
You pergi train bagi orang mengandung duduk, you pergi mana-mana bagi orang mengandung duduk, orang tua duduk, OKU duduk.
Dalam video yang dikongsikan oleh pemilik Tiktok @mohdarizan itu, kedengaran cef meminta maaf kepada polis yang hadir dan berkata pembeli juga telah meninggalkan tempat itu.
@mohdarizanTerbaik Cheff, kasi ajar sikit..♬ original sound – Mohd Arizan
Di ruangan komen, Chef Ammar berkata menantunya bekerja keras untuk memastikan semua dapat beli tetapi dimarahi hanya kerana memberi laluan kepada wanita hamil enam bulan.
Rata-rata menyokong tindakan staf tersebut dengan mendahului wanita mengandung dan mendoakan Chef Ammar kekal tabah dengan ujian yang melanda.
Menantunya juga dilihat menangis di belakang gerai sambil ditenangkan seorang lelaki.
Kredit: TikTok @mohdarizan
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Beli Tanah Atau Rumah? Perunding Kewangan Senarai 10 Sebab Yang Kena Peduli.

Ilmu kewangan amat penting diketahui agar dapat melakukan perancangan kewangan dengan betul.
Begitu juga soal pelaburan untuk membeli beli tanah atau rumah. Semua ini perlu ada perancangan agar tidak salah pelaburan.
Menurut perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad, soalan yang sering ditanya mengena ilmu kewangan adalah pembelian tanah atau rumah.
Nak tahu lanjut mengenainya, ikuti perkongsiannya.
BELI TANAH ATAU RUMAH?
Soalan ini sering ditanya kepada saya sebenarnya.
1. Jika mula kerja, tahan impian beli tanah dulu. Walaupun yang cadang itu ibubapa tercinta.
2. Dengan membeli tanah untuk buat rumah waktu mula kerja. Kita pastinya akan buat pembiayaan peribadi. Simpanan belum ada lagi.
3. Bila ada pembiayaan peribadi, nak beli sebuah rumah akan jadi sukar nanti. Kita harus himpun duit, atau buat pinjaman lagi untuk bina rumah pula.
4. Jangan ada impian beli tanah nak buat rumah bila bersara nanti jika masih muda. Wawasan itu terlalu jauh menanti.
5. Jika lagi 30 tahun akan bersara, apakah kita akan kekal hidup menyewa?. Maklumlah nak buat bunglow dengan kolam mandi.
6. Selama tempoh itu juga, duit kita akan tertanam dalam tanah. Tiada hasilnya kecuali kita nak tanam buah strawberry.
7. Kita bayar faedah bank dan kayakan bank sahaja nantinya. Modal nak beli bata, simen buat rumah belum ada lagi.
Kawan kawan,
8. Beli tanah jika kita benar kaya raya dan duit tak tahu nak letak mana. Tanah adalah penyimpan nilai sebagaimana emas.
9. Belajar beli rumah kecil dulu, baru beli tanah untuk bina rumah.
10. Jika ada impian beli banyak rumah, sabar dulu untuk membeli tanah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Memberi Ciuman Mesra Hingga Keluar Air Mani Tapi Tak Bersetubuh, Batal Tak Puasa? Dr. Zulkifli Jelaskan Jawapan.

Apabila datangnya bulan Ramadan pelbagai persoalan yang timbul dalam pelbagai aspek. Ia termasuk mengenai pergaulan dengan pasangan ketika bulan puasa.
Menerusi sebuah laman maktabahalbakri.com menjelaskan persoalan mengenai hubungan suami isteri yang memberi ciuman mesra ketika bulan puasa.
Nak tahu lanjut, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. ada penjelasannya.
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Adakah seorang suami dibolehkan untuk tidur sebelah isterinya berpelukan pada siang hari Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan riwayat daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri Baginda dalam keadaan Baginda sedang berpuasa.”[1]
Begitu juga dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium (isterinya) dalam keadaan Baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan Baginda berpuasa, akan tetapi Baginda ialah orang yang paling kuat menahan syahwatnya.”[2]
Secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Berdasarkan hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga mencium dan bermesra-mesraan dengan para isteri Baginda.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya bahawa dihukumkan sebagai makruh bagi sesiapa yang bercumbuan dalam keadaan dia sedang berpuasa jika terangsang syahwatnya dan tidak dihukumkan sebagai makruh bagi selainnya — yang mampu mengawal nafsunya. Namun, yang utamanya adalah meninggalkan perbuatan tersebut.
Begitu juga tidak ada beza antara orang tua dan orang muda kerana perkara yang diambil kira ialah terangsang syahwat dan dikhuatiri keluarnya air mani. Dalam erti kata lain, jika seorang tua ataupun muda itu kuat untuk terangsang syahwatnya, maka hukumnya adalah makruh, dan jika tidak terangsang syahwatnya, maka hukumnya tidak makruh.
Akan tetapi yang utamanya meninggalkan perbuatan bercumbuan itu, tidak kira mencium pipi, mulut atau selainnya. Begitu juga perbuatan bermesra-mesraan dengan tangan dan berpelukan, hukumnya adalah sama dengan hukum bercumbuan.
Kemudian, hukum makruh yang dimaksudkan bagi sesiapa yang terangsang syahwatnya ialah makruh tahrim. Ini merupakan pendapat pengarang al-Muhazzab, al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-‘Abdari dan lain-lain ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Manakala sebahagian lagi pula berpendapat, hukum makruh di sini ialah makruh tanzih selagi mana tidak keluar air mani. Inilah pendapat yang disahihkan oleh al-Mutawalli. Namun, al-Rafi‘i dan selainnya menyebutkan, pendapat yang paling sahih ialah makruh tahrim. Selain daripada itu, apabila seseorang itu berciuman dan tidak keluar air mani, maka puasanya tidak terbatal tanpa sebarang khilaf di sisi ulama mazhab Syafi‘i, tidak kira bagi mereka yang berpendapat makruh tahrim atau tanzih.
Keluar Air Mani Batal
Di samping itu, seluruh fuqaha menyebutkan bahawa perbuatan berciuman itu tidak membatalkan puasa melainkan berlakunya inzal (keluar air mani). Oleh itu, sekiranya keluar air mani, maka puasanya batal dan wajib ke atasnya untuk menggantikannya tanpa dikenakan kafarah.[3]
Justeru, difahami bahawa puasanya tidak terbatal semata-mata disebabkan perbuatan berciuman, berpelukan dan bermesraan tetapi disebabkan oleh keluarnya air mani kerana perbuatan itu. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab, beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا قَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ قَالَ: أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنَ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium (isteriku) dalam keadaan aku berpuasa. Maka Baginda SAW menjawab: ‘Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa?’”[4]
Imam al-Nawawi ketika mengulas hadith ini menyatakan, Baginda SAW menyamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur-kumur. Sesungguhnya telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur-kumur lalu air sampai ke dalam rongganya, maka ia membatalkan puasa, dan sekiranya air tidak sampai ke dalam rongganya, maka ia tidak membatalkan puasanya. Justeru, ini menunjukan bahawa perbuatan berciuman (atau berpelukan) itu adalah sama sepertinya — yakni berkumur-kumur.[5]
Selain itu, Mantan Mufti Besar Arab Saudi juga ada menyebutkan, seorang lelaki yang mencium dan bermesraan dengan isterinya selain daripada jimak, sedangkan dia dalam keadaan berpuasa, kesemuanya itu adalah diharuskan dan tidak mengapa melakukannya kerana Nabi SAW sendiri mencium dan bermesraan dengan isterinya, sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa. Akan tetapi jika dia takut terjatuh ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah SWT disebabkan cepat terangsang syahwatnya, maka perbuatan tersebut adalah makruh. Sekiranya air maninya keluar (kerana perbuatan itu), wajib ke atas dirinya untuk imsak (menahan diri daripada makan dan minum) dan qadha’ (menggantikan puasa) serta tidak diwajibkan kaffarah di sisi jumhur ulama. Adapun keluarnya air mazi tidak merosakkan puasa menurut pendapat yang sahih dalam kalangan ulama kerana hukum asalnya adalah sah dan tidak membatalkan puasa disebabkan kesukaran untuk mengelakkan diri daripadanya.[6]
Kesimpulannya
Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa seorang suami yang tidur disebelah isterinya dalam keadaan berpelukan pada siang hari Ramadhan, hukumnya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahwatnya terangsang atau dikhuatiri keluarnya air mani, dan tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu.
Tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda. Namun, adalah lebih baik untuk dia meninggalkan perbuatan berpelukan itu, ketika dia sedang berpuasa kerana hal itu adalah lebih selamat dan keluar daripada khilaf. Begitu juga puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air mani. Ini adalah sebagaimana pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i.
Walau bagaimanapun, jika perbuatan berpelukan atau bermesraan itu menyebabkan keluarnya air mani, maka puasanya adalah terbatal. Dia wajib menggantikan puasa itu dan tiada kafarah dikenakan ke atasnya.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber: maktabahalbakri.com
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
“Masyaallah… Comelnya. Fattah, Fazura, Fatima.” Warganet Puji Nama Anak Fattah & Fazura Indah, Klasik & Secantik Wajahnya!

Hari ini genap tujuh hari si kecil , buah hati kesayangan Fazura dan suaminya Fattah dilahirkan. Sebelum ini, pasangan merpati sejoli ini memilih untuk tidak menunjukkan wajah dan mengumumkan nama bayi mereka sehingga cukup 7 hari.
Dalam satu perkongsian melalui instagram fattzuralovelife berkongsi wajah dan nama bayi perempuan pasangan ini. Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah, nama yang cukup indah dan sedap didengar.
Itu antara komen peminat pasangan ini yang sebelum ini menantikan apakah pilihan nama suami isteri ini buat bayi mereka.
MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo
Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.
Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!
MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo
View this post on InstagramA post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife) on
rata-rata peminat mengakui tidak sabar untuk melihat wajah Fatima dan mendoakan semoga si kecil ini terus sihat, membesar menjadi anak solehah.