
Lumrah anak-anak kecil, pantang nampak kolam air mesti hendak berendam sahaja tahunya. Begitu juga bila nampak air hujan, mesti teruja bermain hujan.
Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu tentang ragam anaknya mandi lopak air dek kerana tidak dibawa mandi kolam. Jom ikuti perkongsian menarik dan agak lucu juga jika dilihat.
Ini perkongsiannya.
Terkejut ummi…Ada cikgu bagi tahu…”Ita anak ko main air!!”.Ingatkan sikit-sikit je…rupanya dia berenang…abangnya tegur..abangnya kena kejar.
Bila tanya…jawapan dia…ummi tak nak bawa adik mandi kolam kenapa?. Ummi malas nak kejar..nanti dia lari keliling sekolah…Ummi yang penat.
Seronok berganda-berganda bila ramai penonton.
#Anak anugerah illahi.
Sumber : Rozita Abdul Razak
Hidup Suami Isteri Mesti Ada 2 Rasa & Kena Hari-hari Doa Untuk Kekalkan Rasa Tersebut. Sila Buat Jika Tak Biasa!

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri agar bahagia selamanya selain kita suami isteri perlu bertolak ansur, perkara paling penting ialah tidak lupa memohon doa kepada Allah seperti dianjurkan dalam al-Quran dan disebut dalam hadis agar kita sentiasa mendapat pertolongan, perlindungan dan kekuatan rohani daripadaNya.
Apa yang pasti, semua kita mahukan sebuah kehidupan dalam berumahtangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah. Moga-moga Allah SWT menganugerahkannya kepada kita semua. Amin!
Menurut perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ada menyebut hidup bersuami isteri ni kata Al-Quran mesti ada 2 rasa [Surah Ar-Rum, ayat 21] :
- Mawaddah – rasa cinta.
Dengan rasa cinta akan saling menyayangi.
Dengan rasa cinta kita tak sanggup untuk berpisah.
Dengan rasa cinta kita akan merindu bila berjauhan.
2. Rahmah – rasa belas kasihan.
Dengan rasa belas kasihan kita akan memahami.
Dengan rasa belas kasihan kita akan bertolak ansur.
Dengan rasa belas kasihan kita akan saling memaafkan.
Perkahwinan tanpa mawaddah akan sepi.
Perkahwinan tanpa rahmah akan mati.
ARTIKEL MENARIK : Makan Bersuap Suami Isteri Memang Membahagiakan, Tapi Sayang Tak Semua Biasa Buat!
Amalkan Doa Ini
Duhai suami, wajib selalu amalkan doa ini.
Duhai isteri, paksa suami hafaz dan amalkan doa ini.
Duhai anak, minta ayah sentiasa bacakan doa ini.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[Surah Al-Furqan ayat 74]
“Ya Allah, kurniakan kami isteri dan anak keturunan yang menyejukkan mata memandang”.
“Ya Allah, jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Sumber : Khairul Anuar Basri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Rojak Mee Paling Senang Nak Buat. Wanita Ni Kongsikan Tip Kuah Pekat & Sedap. Gerenti Puas Hati!

Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu buat resipi Rojak Mee ini. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Pasti anak-anak dan suami kenyang hingga ke malam. resipi ini dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha.
“ROJAK MEE”..sy share resepi rojak mee yg biasa sy buat,hasil tunjuk ajar arwah mak sy dulu..bila² nk mkn buat je sendiri,jarang dh membeli klu bnd yg boleh dibuat..arwah mk dlu niaga sekitar umo sy 8@9thn,mcm² menu mak jual..dr situla hobi masak sy bermula.
Resipi Rojak Mee
Untuk bahan² hiasan..
1. Tahu putih (goreng potong²)
2. Kentang rebus sebijik² bg empuk (toskn potong)
3. Telur rebus
4.taugeh,lada besar,timun..
5. Mee kuning
Untuk kuah
1. 1 paket biskut marie patah² kan (sy guna cap ping pong)
2. Kentang rebus 3@bijik ( Blend)
3. Cili kering, udg kering & bwg putih 3 ulas (blend)
4. 2 sudu besar tepung jagung
Tumis sedikit myk,masukkn bhn blend masak sehingga naik myk,masukkn air,selepas mendidih masukkn kentang yg dblend,masukkn biskut marie,kacau sehingga biskut hancur,masukkn tpg jagung pastikn gula garam secukup rasa..
Untuk kuih rojak..
1. Tepung gandum 2 senduk
2. 2 sudu besar yis
3. Daun kucai (xda pon xpe)
Satukn tepung,yis,secubit garam bancuh jgn trlalu cair,masukkn kucai,perap dlm bbpe minit kemudian goreng, sy goreng menggunakan hujung sudip utk dptkn kuih rojak yg pjg²..nk goreng cara apa pon xkisah..
selamat mencuba
Juadah Istimewa Sempena Deepavali. Mana Satu Yang Anda Suka?

Isi Kandungan
ToggleHari Deepavali tidak akan lengkap tanpa adanya juadah Deepavali yang semestinya membangkitkan selera anda. Pastinya inilah masanya untuk kita saling ziarah rakan-rakan yang berbangsa India agar dapat menilmati keaslian masakannya. Inilah beruntungnya negara berbilang bangsa.
Selamat Hari Deepavali untuk semua rakyat Malaysia.
1. Ladoo
Ladoo ialah pemanis mulut yang paling penting pada hari Deepavali, dan ianya adalah makanan istimewa bersaiz bola golf yang berwarna-warni. Ada banyak jenis ladoo untuk dipilih, iaitu bebola minyak sapi, ladoo buah kering, ladoo kekacang, dan yang paling biasa dihidang ialah ladoo berperisa air gula seperti ladoo air mawar, yang pastinya akan memberi rasa semanis syurga kepada deria rasa anda.
2. Gula-gula Kelapa
Gula-gula kelapa ialah gula-gula yang padat, manis dan berasaskan susu. Pemanis mulut jenis mithai (manisan India) ini adalah pembuka selera klasik kaum India yang tiada siapa akan menolak. Gula-gula kelapa adalah diperbuat daripada kelapa, susu pekat dan gula yang kesemuanya dimasak sehingga memejal. Dari segi bentuk, gula-gula kelapa lazimnya dipotong kepada bentuk-bentuk petak, berlian atau pun bulat.
3. Jalebi
Jalebi adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula. Jalebi semestinya akan melonjakkan citarasa anda!
4. Payasam
Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula. Ia kemudian diberi perasa seperti buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio dan buah badam, dan selalunya dihidangkan ketika waktu makan atau sebagai pencuci mulut. Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda.
5. Murukku
Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal.” Makanan tradisi yang sering dikaitkan dengan Deepavali, Murukku adalah salah satu makanan ringan istimewa yang boleh dijumpai di hampir setiap rumah penganut Hindu semasa perayaan Deepavali. Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat. Yang luar biasanya, walaupun kerepek rangup ini digoreng, ia tidak berminyak langsung.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club