Setiap pasangan yang berkahwin inginkan sebuah rumahtangga bahagia hingga akhir hayat.
Namun siapa kita untuk menidakkan takdir jika itu sudah tertulis. Pelbagai alasan sebuah perkahwinan itu tidak bahagia. Namun itu asbab berlakunya perpisahan.
Namun setiap yang berlaku perlu pasrah dan hidup perlu diteruskan. Usah toleh lagi kebelakang pasti bahagia menjelma tiba.
Namun ia tetap menjadi kenangan buat diri untuk lebih matang bagi meneruskan kehidupan. Begitulah pendedahan yang dikongsi oleh seorang wanita mengenai kisah hidupnya menerusi group MASAK APA HARI NI, Lizana Abdul Malik yang berpisah dengan suami disebabkan tidak pandai memasak.
Menerusi group itu, beliau berkongsi sekeping gambar masakan sambal petai yang dimasak oleh anaknya. Dalam pada itu, mengingati memori punca keruntuhan rumahtangga dikatakan tidak sefahaman dan kerap makan dikedai.
Dalam pada itu, warganet melahirkan rasa simpati, ada juga berkongsi pengalaman yang sama dan juga sebaliknya.
Ads
Siapa sangka, isu masak dijadikan alasan rumahtangga tidak bahagia. Apa yang pasti, sebuah rumahtangga itu setiap pasangan perlu saling lengkap melengkapi. Moga jadi iktibar bersama.
_______________________
Ads
Anak balik dari Matriks lepas berkurung 5 bulan lebih di Kolej. Harini dia masak nasi lemak sambal udang petai.
Dulu masa saya kawin memang saya tak pandai memasak langsung. Siap kena cerai sebab katanya tak sefahaman, bini tak pandai masak dan asyik makan kat kedai.
Saya takmo berlaku yang sama kat anak saya. So saya ajar sikit sikit ilmu memasak walaupun boleh google. Sebab google tak detail ajar pecah minyak tumis tu macamana jadi benda gini saya yang nak kena ajar.
Ilmu resepi google tu berlambak tapi tips untuk masakan lebih enak tu tak banyak.
Mudah mudahan jadi ilmu yang bermanafaat untuk dia nanti.
Dah menjadi kebiasaan buat orang ramai memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun kelahiran.
Hari ini, isteri kepada Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos ada memuat naik perkongsian istimewa sempena hari kelahiran anak sulung mereka, Sophea Isabella yang ke 12.
Perkongsian yang memaparkan wajah Dr Halina dan puteri sulungnya itu menjadi perhatian orang ramai lebih-lebih lagi setelah membaca kapsyen yang ditulis oleh Dr Halina tentang permintaan Bella yang mengajaknya ke Sephora sebagai hadiah hari jadinya itu.
My firstborn turns 12 ystrdy… I asked her what she wants for her birthday… dia kata dia nak ajak I pegi Sephora 😅 like mother like daughter! Hahaha….
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga tidak lepaskan peluang turut memuat naik perkongsian di laman Instagramnya tentang puteri sulung mereka itu dengan menulis kata-kata indah buat Bella yang bukan sahaja anak pertama bagi mereka, tetapi seorang kakak sulung yang sangat bertanggungjawab dan menjadi contoh buat adik beradiknya yang lain.
Meninjau di ruangan komen kedua-dua perkongsian ini, rata-rata turut mengucapkan hari lahir buat Bella dan mendoakan yang terbaik buatnya. Malah, ada juga yang tidak menyangka secepat ini Bella membesar sampai dah jadi anak dara.
Sumber : Instagram Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang tempoh PKP, tentunya ibu ayah melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Waktu ini adalah waktu emas untuk keluarga merapatkan lagi hubungan. Jika sebelum ini tidak dapat melakukan aktiviti bersama akibat kekangan masa, jadi waktu PKP inilah kita rebut peluang untuk bersama keluarga.
Menerusi perkongsian FB, wanita ini berkongsi aktiviti bersama keluarga.
Ikuti perkongsiannya.
Kami cuba untuk menjadi ibuayah yang terbaik buat anak-anak. Inilah peluang terbaik yang Allah bagi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Setiap aktiviti dilakukan bersama. Solat sama-sama, main sama-sama, belajar sama-sama (time anak belajar makayah buat kerja opis la kan), tengok tv sama-sama, masak sama-sama (berdasarkan menu yang sesuai).
Jika anda belum mulakan aktiviti bersama ahli keluarga, ayuh mulakan. Tiada istilah sudah terlambat. Hargai masa yang takkan ada U-turn.
Anda dah tengok cerita “Mak, nak peluk boleh? “. Kalau belum, saya sarankan anda tengok. Boleh search kat youtube.
Kebahagiaan adalah perasaan yang berhak dimiliki semua orang. Siapa yang tak ingin bahagia? Tentu saja semua orang selalu inginkan kebahagiaan.
Kecundang rumahtangga pada perkahwinan yang pertama tidak bermakna tidak boleh bahagia. Begitulah situasi yang dilalui oleh pelakon Serina Redzuawan, 38.
Sebelum ini Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 2010.
Hari ini, menerusi muat naik di Instagram miliknya Serina berkongsi berita gembira telah bergelar isteri kepada seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid. Perkahwinan ini adalah yang kedua buat Serina.
Anak Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup dan bersyukur akhirnya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatnya.
Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan i dah selamat mendirikan masjid bersama Suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yg wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yg lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz,Alhamdulillah dia lah yg terbaik yg ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya. Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa. “SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN..
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.