Setelah pengumuman Perdana Menteri pada hari Isnin lalu mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, rupanya ramai pasangan yang bakal berkahwin dalam tempoh terdekat telah mengambil keputusan untuk nikah semalam pada 12.1.2021.
Memikirkan tak tahu bila tempoh PKP berlangsung didapati ramai pasangan membuat keputusan melangsungkan perkahwinan segera.
Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu yang mendapat tahu anaknya ingin bernikah pada hari akhir sebelum PKP.
Puan Nik Eliani Nik Nawi yang juga terkenal sebagai cikgu Bahasa Inggeris yang sering membuat Live di FB, berkata, beberapa minit sebelum live anaknya memberitahu untuk berkahwin pada 12.1.2021.
Jika ikut perancangan majlis perkahwinan bakal diadakan pada 6 Feb 2021. Malah menurutnya lagi, dewan telah disewa dan baju pengantin telah siap sedia untuk majlis.
Namun siapa sangka, kita hanya mampu merancang. Bagaimana pun majlis kenduri kahwin tetap diadakan tetapi akan dilaksanakan selepas PKP.
Umum pastinya tahu, jika atas perintah PKP, sebarang urusan melibatkan orang ramai harus ditunda termasuk perkahwinan.
Selanjutnya ikuti perkongsian ibu ini.
Semalam berlalu seperti mimpi.
Kita mampu merancang.
Sesungguhnya Allah yang menentu segalanya.
Alhamdulillah, puteri bongsu kami Amirah selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Muhammad Hazim, semalam, 12.1.21.
3 minit sebelum Cikgu Nik FB LIVE, anakanda Mimi, datang mengadap, Ma is it ok if I get married today?
Alhamdulillah, tengahari semalam anakanda Mimi selamat dinikahkan.
Allah permudahkan segala-galanya.
Mama Baba mendoakan kebahagiaan anakanda berdua berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya, katanya;
“Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT”.
Laksanakanlah tanggung jawab anakanda berdua sebagai suami dan isteri yang bertaqwa, jujur dan amanah.
Semoga perkahwinan anakanda berdua diredhai Allah swt.
Terima kasih kepada kedua besan kami Tn Hj Wan Suhaimi dan Pn Nor Aqidah, yang memudahkan segalanya demi kebaikan dan kebahagian kedua anakanda kita.
Semoga dengan ikatan perkahwinan anakanda kita berdua akan menambahkan lagi seri dan kebahagian kedua belah keluarga.
Selamat Pengantin Baru Mimy & Hazim!
Sumber: Nik Eliani Nik Nawi.