
Wabak Covid-19 setakat 12 tgh hari ini, kes dilaporkan sebanyak 110.
Jumlah keseluruhan kes di Malaysia: 900 & tabligh 576. Manakala jumlah kes di ICU sebanyak 20 kes.
Kes sembuh & discaj pula 15 manakala njumlah keseluruhan yang sembuh: 75 & Jumlah kematian pula 2 kes. Sebanyak 823 Kes masih di rawat.
Itu laporan terbaru kes COVID-19 di negara kita.
Namun, masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama. Sehinggakan orang lain terkena tempias.
Dalam satu perkongsian di Facebook, gara-gara seorang individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.
“Hari ini sahabat kami seorang doktor disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19.
“Gara-gara seorang pesakit yang menipu apabila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19,” tulisnya di Facebook.
Sumber: Nurfaizal Fariz Sahdan
DIY Baja Organik Dengan Bahan Dapur Je, Mudah & Bebas Serangan Perosak. Pokok Berbunga Lebat & Sayur Subur Merimbun!

Tanaman pokok, baik sayur atau bunga jika tahu cara jaga pasti akan hidup subur. Selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri baja organik lagi bagus kerana bebas bahan kimia, hasilnya pun segar dan sihat. Nak tahu cara buatnya mudah je ikut langkah yang dikongsikan oleh saudara Md Khalil Salleh ini.
Ok stok baja organik dh nk abih.. Jd kita proses bt lain.. Sesuai utk smua tanaman.. Modal RM pn ciput jaa nk bt baja ni.. Saya guna dh hampir 2 thn dh sejak belajar berkebun kt rumah dlm musim PKP ni.. Sayuran dn bunga2an saya blum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lg…bagus kan💪💪👌😁
Cara membuat:
1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.
3. Perap sebulan atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Letak di tempat gelap tutup dengan plastik hitam.
4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.
Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.
Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rakyat Kini Alami Masalah Kesihatan Mental & Fizikal Yang Teruk.” ‘Kurung’ Rakyat Tidak Lagi Relevan, TMJ Minta SOP Dikaji Semula!

Keluh kesah rakyat yang berhadapan dengan kesusahan akibat Pandemik Covid-19 mula mendapat perhatian pihak atasan.
Terbaru, dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat prosedur operasi standard (SOP) perlu dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.
Dalam titah baginda juga berkata, tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak lagi relevan memandangkan statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.
Saya telah berjumpa dengan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (4 Julai 2021). Dalam perjumpaan tersebut saya telah menitahkan agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal.
Jelas baginda lagi, statistik kes yang tidak menunjukkan penurunan manakala rakyat semakin tertekan sehingga mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.
Sehingga kini, statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi. Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan. Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan.
Dalam pada itu, TMJ turut meminta supaya rakyat disaring secara meluas dan diberikan vaksin secepat yang mungkin.
Penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang dan digunakan secara meluas khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain daripada para barisan hadapan, khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. Rakyat juga patut disaringkan secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin.
Saya juga telah menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperolehi vaksin secara pembelian terus. Dengan ini, saya berharap kita akan berjaya mengatasi pandemik ini. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Rupanya Bila Berdengkur Ada Bahaya! Doktor Ini Jelaskan Tentang Masalah Ini

Berdengkur. Topik ini nampak macam remeh. Tetapi ramai di antara kita mengalami masalah ini. Persoalannya, bagaimana mahu merawat? Apa punca-puncanya?
Ada beberapa sebab menyebabkan seseorang itu boleh alami berdengkur.
Paling biasa ditemui ialah mereka yang berlebihan berat badan, ada sekatan pada mana-mana bahagian atas salur nafas atau struktur rongga mulut dan tekak pesakit.
Mengapa mereka berlebihan berat badan mudah alami berdengkur?
Ini berlaku akibat pengumpulan tisu dan lemak yang banyak pada bahagian sekitar leher mengakibatkan sempitan pada salur nafas. Apabila tidur, masalah dengkuran lebih mudah berlaku.
Apabila mereka berjaya mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Berat badan berjaya diturunkan. Saya percaya masalah ini dapat dibantu.
Sekatan pada bahagian atas salur pernafasan, bahagian rongga mulut dan tekak boleh disebabkan oleh masalah pembesaran pada tonsil atau adenoid.
Apa lagi? Ada sesetengah pesakit juga mingkin mempunyai saiz lidah yang besar, saiz anak tekak ‘uvula’ yang panjang sehingga menyentuh lidah dan banyak lagi.
Ini semua boleh menyebabkan masalah berdengkur berlaku!
Rawatannya adalah perlu kepada pemeriksaan doktor. Lebih baik dapatkan rujukan ke klinik hidung, telinga dan tekak. Ada sesetengah keadaan memerlukan pembedahan. Ada yang perlu diturunkan berat badan dahulu.
Saya beri 3 tip untuk pesakit OSA, Obstructive sleep apnea.
1. Cuba kurangkan berat badan
2. Jaga pemakanan
3. Banyakkan aktiviti sihat seperti bersenam dan sebagainya
4. Saya tambah nombor empat. Jumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.
Kenapa OSA ini bahaya? Kerana ia boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang fungsi organ lain seperto otak, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Jika anda kerap sangat mengantuk dan letih pada siang hari. Berdengkur di waktu malam, anda mungkin sedang mengalami gejala “obstructive sleep apnea”. Jumpalah doktor.
Sumber: Fb Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak