Gara-Gara ‘Perampas’ Bernama Husna, Niena Baharun Yang Hamil 5 Bulan Akui Kecaman Tak Beri Kesan Pada Kandungannya.

Share

Demam watak Husna melanda negara sehinggakan ada yang meuahkan pelbagai emosi. Ini semua gara-gara darma Jangan benci Cintaku.

Namun bagi empunya diri yang memegang watak berkenaan, Niena Baharun dia tidak tertekan disebalik segala kecaman terhadap watak tersebut.

Hamil anak sulung dan kandungannya kini berusia lima bulan, Niena berkata, kecaman yang diterima tidak menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

“Itu adalah sekadar watak dalam darama tersebut, jadi buat apa saya nak stress dengan segala kecaman dan komen oleh netizen.

Begitu pun Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 25, tidak menafikan ada menerima  mesej peribadi berkenaan maklum balas dan komen penonton terhadap watak tersebut.

“Niena hanya ikut apa yang watak tersebut perlu buat dan tak sangka ia memberi kesan yang besar kepada isteri di luar sana. Apa pun realiti minta dijauhkan daripada kisah sebegini.

Makin cantik dan berseri selepas mengandung, Niena dalam pada itu masih merahsiakan jantina anak dalam kandungannya. Dia juga tidak mengalami sebarang alahan cuma  mengaku sering mengidam juadah Kelantan.

“Apabila ada peluang, saya akan balik ke Kelantan untuk menikmati juadah di sana. Saya selalu teringin makanan Kelantan, tekak memang berselera. selain itu saya juga suka makan durian.

“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan! Jumpa durian, melantak sampai 10ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay .


Cumaaaaa yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?
Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik. Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?

Menurut Niena lagi, dia bersyukur kerana kandungan dan dirinya  baik-baik saja.

“Saya masih boleh menghadiri acara jika dijemput. Saya harap dan berdoa semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan bayi kelak. Soal berlakon selepas bersalin rasanya tiada masalah cuma saya kena pilih watak dan masa yang sesuai kerana tak lama lagi saya sudah ada anak.

Sumber: nienabaharun.nb