Lauk berasaskan pedas memang sedap. Tambah selera dibuatnya. Sudah pasti makan pun bertambah. Namun, jika makan secara berlebihan lazimnya akan memberi kesan kemudaratan pada diri.
Sebagaimana yang diketahui umum, penjagaan makanan yang betul akan membantu kita mendapat kesihatan yang baik.
Sebaliknya yang dialami oleh wanita ini, Ummi Nadia gara-gara makan makanan pedas dan berlebihan, beliau mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke wad untuk peperiksaan lanjut. Mujur tidak kronik.
Malah perkongsiannya telah mendapat share lebih 16.5K.
Tidak menyangka menjadi viral, beliau menjelaskan, tujuan perkongsiannya bukan untuk menakutkan orang ramai tetapi menjadi pengajaran supaya menjaga pemakanan.
“Terima kasih yang share posting nadia.
Nadia bukan nak takutkan korang dengan sakit tu.
Nadia cuba nak kita semua faham
Pemakanan makanan pedas
yg terlalu pedas dan terlalu kerap dalam hidup kita sebenarnya tak bagus. Banyak keburukan dari kebaikan.
Nak makan pedas boleh
Tapi jangan terlalu kerap dan biarlah berpada. Cukup sekadar 2-3 sudu sambal yg terpalit pada lauk.
Sama sama ubah lifestyle pemakanan
Untuk hidup sihat, untuk keluarga tercinta.”
Ikuti perkongsian wanita ini yang mengalami detik mencemaskan selama tiga hari sebelum menjalani rawatan di hospital.
3 HARI SESAK NAFAS & MUNTAH
3 hari berturut2 kene attack.
Pepagi buta 2-4 pagi kene attack
Sesak nafas rasa nak mati. Berdiri rasa nak tumbang. 3 hari lepas muntah lebih 10 kali.
2 hari lepas tangan kaki semua shaking.
Siap cakap dekat diri sendiri
“Macam ni ke malaikat izrail nak cabut nyawa aku”
Terus cakap kat suami
“Bang syg nak mati dah ni bang. Syg tak dapat cari nafas bang”
Yg suami pun ikut sama menangis tengok kita
Terus bawak pergi hospital.
Sebab ubat clinic/gaviscon/minyak angin/air suam/susu semua tak jalan.
2 hari check in private hospital.
Ramai kata hospital ni antara yg termurah.
DI SAHKAN ALAMI HIATAL HERNIA
Lepas dah buat endoscopy masuk camera dalam mulut + ultrasound
Doctor diagnossss nadia ada hiatal hernia.
Lagi teruk dari gastrik. Kalau orang rasa gastrik dah teruk. Yg ni lagi teruk separuh mati.
Hiatal hernia ni Injap dah longgar. Tak boleh nak ketat dah. Tapi tak selonggar Gerd
Kalau tak jaga lifestyle dan pemakanan dari sekarang. boleh dapat Gerd
Lagi susah…. boleh bawa maut….
Bila injap dah longgar, salah makan sikit asid boleh terus naik. Tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, stress pun asid naik.
Kalau hospital lain yg dah dikenali/ada nama mungkin mahal kut eh?
KENA KAWAL MAKAN
Siang tadi nadia dah discharge.
Tapi bila tiba dah malam ni…..
Nadia takut nak tidur.
Korang yg suka makan pedas, dah boleh control makan.
Korang yg suka makan berlebihan, dah boleh control makan.
Doctor cakap, sakit ni dah mula famous kt malaysia. Sebab orang malaysia ni kerjanya makan je. Makanan viral sikit pi makan.
Sebelum ni nadia diet ok je
Tapi 2 minggu ni, nadia mmg tak jaga makan
Seminggu ni bantai makan pedas
Kuah banjir pulakkk…
Semua masakan melayu
Asam pedas, masak lemak cili api, ayam kicap blackpepper, ikan patin tempoyak, sambal belacan.
Masa makan fuh sedappppp, bila tiba malam….
Sekali mendapat.
Meringkuk atas lantai
Rumah besar punnn, tak cukup besar nak cari nafas
Dah terlambat ye kawan kawan
KENA TAHU SUPAYA ELAK DAPAT PENYAKIT NI
Siapa yg boleh dapat penyakit ni?
✅ orang yang suka makan berlebihan sampai senak peruk
✅ orang yg tak jaga waktu makan , makan lambat
✅ orang yg makan terus baring + tido
✅ orang yg suka makan pedas
✅ stress pun antara faktor buat asid tu naik. Tp ni faktor sampingan je. Yg penting faktor utama pemakanan.
Moga perkongsian ini jadi iktibar bersama.