Gara-Gara Makan Ayam Tak Masak, Anak Jatuh Sakit. Ibu Ayah Alert, Silap-Silap Boleh Bawa Maut!

Share

Kadang tak kisah la surirumah atau ibu bekerjaya, akan ada satu masa kita tak sempat pun nak masak, jadi terpaksalah beli kat luar.

Nak membeli makanan kat luar ni memanglah seronok bagi ibu kerana tak payah susah-susah berpenat kat dapur siapkan hidangan. Tapi yang melecehkan beli makanan kat luar ni, nak menjaminkan kebersihan dan pastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Misalnya yang terjadi dalam perkongsian Redza Zainol

ni, seorang anak termakan ayam yang tidak masak sepenuhnya sehingga jatuh sakit. Jom ikuti perkongsiannya.

“Ada ke beli makanan dari luar?”

Berkali-kali saya tanya barulah ibu ni teringat.

“Ya lah, saya ada beli nasi ayam untuk anak-anak. Selalu saya masak sendiri tapi minggu ni sibuk betul.”

Sambil tu dia usap kepala anaknya yang tengah terbaring lemah. Jari tangan semuanya sejuk, mata pun cengkung.

Sayu hati ibu ni tengok anak kecilnya dah muntah dan cirit birit hampir 20 kali. Yang buat dia betul-betul risau bila anak dia sendiri merayu nak pergi ke hospital.

“Adik dah tak larat maa. Tolong ma.”

“Sebenarnya anak saya ada mengadu dalam daging ayam tu ada darah tapi bayi saya menangis nak susu, terus saya terlupa.

Bila saya datang balik, dah habis dia makan semuanya,” penuh dengan nada kesal.

Banyak sangat kes keracunan makanan oleh kanak-kanak disebabkan makanan yang tak dimasak dengan sempurna.

Salmonella dan Campylobacter antara bakteria yang akan hidup pada bahagian darah ayam yang tak dimasak sepenuhnya.

Jangkitan Salmonella dan Campylobacter jika lambat dirawat, ia boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran darah anak. Bila jadi begini, anak akan demam tinggi, menggigil-gigil dan paling teruk hingga boleh menyebabkan kematian.

Ibu dan ayah kena tolong periksa setiap makanan sebelum diberi pada anak. Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:

Warna : ayam berwarna kelabu dan pucat
Bau : hanyir atau bau seperti telur rosak
Tekstur : berlendir bila dipegang
Kulat : tanda kulat warna hijau atau hitam pada permukaan ayam
Darah : darah pada tulang atau sendi ayam
Rasa : masam atau lain dari rasa ayam