Gara-Gara Ketagih Main Game Sampai Pagi, Ayah Ingatkan Anak PDPR Rupanya Tidur. Guru Ni Kongsikan Kisah!

Share

Pengunaan gajet dikalangan kanak-kanak bukanlah satu benda yang kecil. Rata-rata anak-anak kini sudah memiliki gajet sendiri.

Sementelah dalam situasi pandemik ini menyebabkan anak-anak tidak dapat ke sekolah dan belajar melalui talian.

Namun, penggunaan gajet secara luar kawalan mengundang masalah lebih-lebih lagi apabila ibu bapa tidak tahu apa yang dilakukan oleh anak.

Kisah ini dimuat naik menerusi Facebook Cikgu Fadzil yang  berkongsi kisah pelajarnya. Akibat ketagih bermain game online akhirnya menyebabkan si anak ini sanggup ponteng kelas PdPR.

Semoga ia menjadi panduan buat ibu bapa dalam mengawasi anak-anak di rumah terutama sekali tentang penggunaan gajet.

Gambar hiasan

SEMAK PUNYA SEMAK, RUPANYA PELAJAR NI MAIN GAME SAMPAI 7.45 PAGI !

=========================================

Tengah syok ngajar semalam kelas SMALL GROUP FIZIK FORM 5, baru perasan ada seorang pelajar lagi tidak masuk.

Saya memang sudah MARK lama pelajar ni, selalu lewat masuk kelas dan kadang tak masuk juga.

Dulu ada dengar alasannya ada aktiviti pengawas sekolah. So saya tak la curiga apa – apa.

Tapi semalam entah macam mana bila pelajar ni tak masuk kelas, saya mesej terus bapanya.

And surprisingly…

Bapanya tidak tahu !

Dan memang tengah syak pelajar ni tengah tidur.

Bapanya kerja so tinggal anak saja di rumah.

Saya pun mula berasa curiga.

Lantas saya buka aplikasi game Mobile Legend dan SEARCH nama pelajar ini.

Kenapa saya buat sebegitu?

Sebab sebelum ini pelajar tersebut pernah ada isu ketagihan main game Mobile Legend.

Dan saya sudah pun tegur siap – siap.

Ingatkan sudah berubah.

Rupanya tidak !

Semak punya semak, last main game pada jam 7.45 pagi !

Pelajar ini mula main game sekitar 2 pagi lebih dan berterusan hingga 7.45 pagi !

Fuh !

Ini satu hal yang sangat berat !

Kes ni berlaku semalam hari Khamis. Kalau pelajar ini main game sampai 7.45 pagi, sudah timbul syak adakah pelajar ini hadir kelas PDPR paginya itu?

Sah dan memang logik la pelajar ini tengah tidur sekarang ekoran malam semalamnya pelajar ini tidak tidur langsung !

Saya pun menarik nafas panjang, apa nak jadi pelajar ni.

Bakat tu ada boleh pergi jauh tapi terbatas disebabkan masalah sikap.

Ayahnya pun dah geleng kepala bila mana saya SIASAT pelajar ni. Ternyata ayahnya pun baru tahu.

Sebelum tu saya dah pesan awal dah, hal main games ni ada elok terhadkan untuk anak.

Teruk sangat, rampas saja gadget tu. Hati ibu bapa kena cekal dan keras dalam hal ni dan jangan ada belas kasihan.

Nak anak kurangkan dalam permainan games, ibu bapa sendiri kena tegas dalam isu ini.

Jika tidak, sangat mustahil anak akan kurangkan game dengan sendiri bila mana telefon pintar sudah berada di tangan.

Ada baik rampas telefon pintar untuk hari sekolah saja. Hari minggu pulangkan semula dan terhadkan masa game anak tuan puan.

Isu nak guna gadget kelas online itu nanti, boleh guna peranti yang lain yang mana tidak INSTALL sebarang games mahupun apa – apa aplikasi. Hanya digunakan untuk PDPR saja. Kena pandai cari solusi.

Itulah cadangan terbaik bagi saya.

Kalau pelajar itu memberontak, abaikan saja.

Jika ibu bapa menuruti saja kemahuan anak, maka sudah terbalik dunia ini.

Siapa yang lahirkan siapa dan siapa yang TUAN sekarang ini?

Adakah ibu bapa sudah melahirkan TUAN nya?

Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Gambar hiasan

 

Diharapkan ibu bapa semua periksa tingkah laku anak tengah malam.

Pintu bilik sudah tertutup bukan menunjukkan anak sudah tidur jika telefon pintar masih ada dengan mereka.

Elok ada rasa syak wasangka dalam hal ni dari positif memanjang selalu.

#CikguFaidzal

#TheStrategist