
Seorang isteri berkongsi detik cemas apabila suaminya rebah dan tidak boleh bernafas gara-gara menyimbah peluntur ke dalam bilik air.
Menurut Hana Hana Mashitah, suaminya dikatakan menggunakan peluntur dicampur pencuci mozek.
Dia kemudiannya menutup pintu bilik air. Lantaran itu, suaminya dikatakan mengalami muntah, batuk, tidak boleh bernafas lalu rebah dengan mulut berbuih.
“Dia batuk tak berenti, muntah-muntah datang depan dengan muka pucat tak boleh nafas. Dia terbaring senyap, ingat tidur rupanya collapse dan mulut berbuih teruk.
“Gas reaksi dari bahan pencuci tu penuh dalam dada dia,” kongsi Hana menerusi laman Facebooknya.
Hampir 15 minit dalam keadaan demikian barulah suaminya sedar dan kembali pulih.
Sumber: Hana Mashitah
Syasya Dolla Sah Bergelar Isteri, Manis Disamping Suami

Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan khabar berita Syasya Rizal, bekas ahli Dolla mengundur diri daripada kumpulan atas alasan peribadi.
Banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh netizen dan juga peminat.
Ada yang berkata bahawa beliau keluar daripada kumpulan untuk menyambung pelajaran.
Ada juga yang berkata beliau ingin berhijrah.
Bukan itu sahaja, beliau mula bertudung sejak berundur dari kumpulannya itu.
Yang paling mengejutkan, beliau selamat mendirikan rumahtangga pada hari Sabtu baru-baru ini.
Berita tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ada yang mengecam dan ada juga yang mengucapkan tahniah.
Ramai mengatakan bahawa keputusannya untuk keluar dari kumpulan adalah tidak tepat.
Hal ini adalah kerana karir nya sedang melonjak setelah berjaya membawa nama hingga China.
Ada yang menganggap bahawa beliau membiarkan seorang lelaki memusnahkan karirnya.
Walau bagaimanapun, netizen tetap bangga dengan keputusannya yang mengejar akhirat dengan sanggup meninggalkan hal duniawi.
Beliau turut memuat naik gambar bersama suami di laman Twitter. Hantaran tersebut mendapat interaksi daripada orang ramai.
Bukan itu sahaja, beliau juga memuat naik twit untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada peminat-peminat.
Tentu sahaja beliau sangat menghargai peminat-peminatnya.
Tahniah kepada Syasya dan suami, semoga perkahwinan kekal sehingga tua dan sentiasa istiqomah.
MESTI BACA: Rozie Othman Nasihat Syasya Dolla Tentang Penampilan “Seksi-Seksi Macam Ni, Nenek Tak Berkenan”
SUMBER : Twitter Syasya Rizal
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Telinga Sebelah Kanan Dah Tak Dengar Apa-apa, Namun Tetap Syukur. Begitu Tabah & Sabarnya Ustaz Ebit Lew Terima Dugaan Hidup!

Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di akaun fbnya pada 1 Okt lalu memang benar-benar membuat sesiapa pun tersentuh hati dan sayu membacanya. Kali ini bukan kisah biasa-biasa, namun ustaz yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz air mata’ ini dengan rendah hati memohon untuk kita semua mendoakan kesihatannya.
Apa yang pasti, setiap baris ayat yang dipaparkan, cukup menginsafkan sekali gus mendidik diri sesiapa jua untuk tahu rasa bersyukur walau dalam apa jua keadaannya. Oleh itu, ayuh bersama kita doakan kesembuhan buat ustaz kesayangan ramai ini.
Ini perkongsiannya
Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat. Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa..
Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan. Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar..
Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.
Disebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya..
Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew
Isteri Minta Cerai, Baru 40 Hari Kahwin, Alasan Sebab Suami Malas Mandi

Isteri minta cerai, baru 40 hari kahwin, alasan sebab suami malas mandi. Seorang wanita India meminta cerai selepas tidak tahan dengan tabiat pengotor suami yang baru dikahwininya.
Isteri Minta Cerai, Baru 40 Hari Kahwin, Alasan Sebab Suami Malas Mandi
Baru saja 40 hari hidup bersama, wanita India ini sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya. Wanita dari Agra, Uttar Pradesh itu berkata, dia tidak tahan dengan suaminya hanya mandi sekali dua kali sebulan selain menggunakan pakaian kotor dan nafas berbau.
“SUAMI SAYA HANYA MANDI ENAM KALI DALAM 40 HARI LALU.
“Apabila mendengar saya mahu bercerai, dia berjanji untuk berubah dan menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari,” katanya berkongsi masalah itu kepada pusat kaunseling.
Ketika disoal siasat pusat kaunseling di Agra, salah seorang kaunselor berkata, suami wanita itu, mengaku hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.
“LELAKI ITU MENGAKU MEMBERSIHKAN BADAN DENGAN MENYIMBAH GANGAJAL (AIR SUCI DARI SUNGAI GANGGA) SEMINGGU SEKALI,” KATANYA KEPADA MEDIA.
Katanya, pasangan muda itu mula bertengkar mengenai kebersihan suami beberapa minggu selepas perkahwinan.
“Akhirnya, isteri berkenaan meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal bersama keluarganya.
“Keluarganya turut masuk campur dengan membuat aduan di balai polis dan memohon perceraian daripada pihak lelaki,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Ramai Pasangan Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Ini Fakta Teori ‘Seven-Itch’
Selepas 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah
Boleh Je Cerai Tanpa Serah Hak Penjagaan Drama Wanita Syurga Beri Panduan Kepada Orang Ramai
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my