Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan LRT, pasti anda sedar akan amaran yang diberikan agar kita tidak melintasi garis kuning yang ditetapkan serta tidak boleh turun ke landasan.
Ini kerana, landasan tersebut merupakan ‘kawasan larangan’ dan sesiapa yang turun akan didakwa sebagai penceroboh.
Namun baru-baru ini, seorang laki tempatan telah melanggar amaran tersebut gara-gara cuba mengambil alat bantu dengar atau ‘earphones’ miliknya yang terjatuh ke di atas landasan LRT di stesen Taman Paramount.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian yang berlaku pada pukul 8:09 pagi selepas sistem penggera berbunyi disebabkan kehadiran seorang lelaki tempatan di Platform 1 (Arah Utara).
Ads
“Lelaki itu ditangkap sedang mengambil earphones dari landasan, menyebabkan jadual kereta api terlewat selama tiga minit.
“Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kerana menceroboh landasan kereta api dan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya mengikut Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991.”
Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan perbuatan jenayah. Selain itu, beliau juga mengingatkan penumpang supaya mengutamakan keselamatan diri dan mengelak daripada mengambil risiko yang tidak perlu untuk harta benda kecil.
Baru-baru ini seorang pelayar Facebook telah berkongsi satu lagi kisah meruntun jiwa membabitkan seorang ibu warga emas di sebuah pusat jagaan yang membabitkan seorang wanita yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata.
Kisah ini diceritakan semula setelah dikongsikan oleh seorang ustaz menerusi satu ceramah agama.
Momen yang meruntun hati ini berlaku pada bulan Ramadan, di mana warga emas tersebut begitu teruja apabila mendengar perkhabaran bahawa anaknya yang sudah dua tahun tidak bersua mengajaknya berbuka puasa bersama.
“Dua tahun tak datang jumpa mak. Tiba waktu puasa janji nak datang ambil mak di rumah orang tua untuk berbuka sekali.
“Si mak ni punya teruja, pukul 5 pagi sudah bersiap. Sedangkan anak nak datang ambil 5 petang. Sampai doktor yang di rumah orang tua tu cakap dia pakai baju cantik,” imbas Shafa.
Menurut warga emas tersebut, dia sengaja bersiap awal kerana tidak mahu anaknya menunggu lama apabila sampai nanti.
Namun menurut cerita Shafa lagi, walaupun sudah menunggu sejak awal tadi, anak makcik tersebut masih tidak muncul-muncul.
“Bayangkan sampai pukul 5 petang tak datang ambil. Pukul 6 petang masih tak ambil. Sampai lepas waktu berbuka pun tak datang.
“Makcik tu masuk dalam bilik dia tanpa makan walau sebutir nasi. Dia terus tidur,” katanya.
Lebih memilukan, difahamkan warga emas tersebut telah dijemput Ilahi ketika dalam tidur selepas kejadian itu.
Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai dan menerima banyak perkongsian di laman Facebook.
Ramai orang begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa warga emas berkenaan kerana pengakhiran hayatnya dalam keadaan merindui anak-anak lebih-lebih lagi anak-anaknya telah memberikan harapan yang tinggi buatnya.
“Allah sedihnyaaa. Tergamaknya anak-anaknya buat orang tua macam tu. Minta jauh daripada keluarga keturunanku sebegitu.
Sebagai peringatan bersama, anak-anak seharusnya merebut peluang untuk berbakti kepada orang tua selagi diizinkan Allah.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Pesara mahupun anak-anak yang inginkan ibu bapa menikmati usia emas mereka dengan sesuatu yang berkualiti dan berharga, boleh menyertai sebuah komuniti yang dikhaskan untuk pesara yang aktif agar mereka dapat menikmati penjagaan premium yang menyeluruh dari segi gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Bertempat di sebuah kawasan strategik di Lembah Klang, Sunway Sanctuary dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam satu kediaman mewah selain menawarkan servis penuh dengan 235 studio serba lengkap, suite perkhidmatan dengan pilihan satu atau dua bilik tidur yang direka berdasarkan enam teras utama, setiap satu bertujuan untuk menyediakan pengalaman hidup yang luar biasa.
“Matlamat kami adalah untuk menjadi contoh yang unggul untuk memberi keselesaan dan kemewahan bagi kehidupan pesara yang aktif, dengan tawaran produk penginapan dan perkhidmatan yang cemerlang serta lengkap dengan pelbagai kemudahan, keselamatan dan paling utama, penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi,” kata Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare.
Sunway Sanctuary menawarkan kehidupan yang elegan dan terjamin melalui reka bentuk dalaman yang sangat menarik. Setiap rekaan sangat menitikberatkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan akses.
Paling utama, Sunway Sanctuary dihubungkan terus ke Pusat Perubatan Sunway yang terkenal, menyediakan residen dengan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Ia turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, ujian darah, pemantauan tetap dan nasihat pemakanan dan diet. Bagi kes yang lebih serius, residen akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway yang hanya terletak bersebelahan dengan Sunway Sanctuary.
Di sini turut disediakan jurulatih professional untuk melakukan sesi senaman kecergasan dan memberikan bantuan dengan keperluan dan tugas harian, supaya residen dapat mengekalkan kebebasan mereka dan menikmati gaya hidup sempurna.
Bagi residen yang ingin bersiar-siar dan menikmati udara luar, Sunway Sanctuary menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan residen membuat aktiviti luar selain perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara juga disediakan untuk majlis-majlis khas, membolehkan residen menyambut majlis keraian bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh gaya.
Bagi residen yang gemar membaca, disini terdapat perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Paling menarik, ahan bacaan disini akan ditukar setiap bulan agar residen dapat menikmati bahan bacaan bermutu.
Sebagai residen di Sunway Sanctuary, anda pasti tidak akan bosan melalui kehidupan sebagai pesara kerana di sini banyak aktiviti dapat dilakukan dan komuniti disini sangat aktif dan mementingkan kehidupan bermutu dan sihat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Sanctuary serta perkhidmatan uniknya,
hubungi talian +6019 313 0061.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.