
Siapa sangka kreativiti diluar kotak fikiran memberikan inspirasi luar biasa yang mengkagumkan.
Kreativiti menghasilkan sebuah diorama memberi impak kepada dirinya sehingga menjadi tular terutama diorama berbentuk alam kubur.
Begitulah perkongsian dilaman facebook lelaki ini, Jeff yang menarik perhatian ramai.




Pastikan Kereta Sentiasa Berbau Wangi & Harum, Tak Perlukan Kos Mahal, Ikut Petua Ni Jer!

Tak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.
Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.
Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di instagramnya ini juga patut anda cuba. Bukan hanya bau busuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.
Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini cukup mudah malah tak gunakan kos yang mahal pun. Jom kita cuba. Memang menarik!
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.
Macam Nak Wangikan Kereta?
Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual dipasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga yang boleh terus muntah bila menggunakan pewangi kereta. Penghidap asma biasanya cukup alah dengan pewangi kereta. Setuju tak?
1. Daun Pandan
Hiris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.
2. Lemon
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
3. Limau Purut
Limau parut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
Kredit: Ahmad Aizatnur Zakaria
Selalu Tanyakan Apa Pasangan Mahu. Jangan Biar Menunggu Lama, Mungkin Akan Ada Orang Lain Yang Sudi Bertanya. Berhati-Hatilah!

Komunikasi dalam rumah tangga cukup penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri.
Namun, semakin bertambah usia perkahwinan, semakin ramai pasangan yang jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjaya, anak-anak dan persekitaran antara faktor penyebab berlakunya jurang komunikasi. Tetapi paling utama adalah suami isteri itu sendiri yang kurang inisiatif untuk mengambil berat.
Dengan kata lain, tidak suka bertanya apa yang pasangan mereka ingini. Sedangkan itu yang paling penting dalam rumah tangga.
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan. Itu yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?”
“Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Penulisan ini saya buat secara spontan tanpa dirangka selepas bertanyakan apa yang isteri nak saya tapau bila saya balik kerja nanti. Sila abaikan selera besar dia tu. Hahaha..
Saya tak tahu jika penulisan ini akan memberi manfaat kerana jari saya terus menaip tanpa henti. Jika ya, kongsilah penulisan ini. Jika tidak, saya akan cuba lagi di penulisan yang lain.
Korang nak makan apa malam ni? ?
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
Dulu Hadiahkan Rumah, Kini Bawa Bunga Pula. Suka Tengok Cara Syafie Jaga Dan Layan Mak. Memang Anak Soleh, Terbaik.” Puji Netizen!

Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya. Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Awal Mei lalu, dia membeli sebuah rumah untuk ibunya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Menurutnya, sudah lama dia menyimpn hasrat tersebut dan mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam bidang seni pada 2006.
“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.
“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya.
Terbaru, Syafie memuat naik satu video melawat ibunya yang sedang sakit di hospital sambil membawakan sejambak bunga. Selain itu, dia turut menyuap makanan kepada ibunya yang cukup murah dengan senyuman.
Kapsyennya cukup ringkas namun mendalam maknanya. Nyata Syafie adalah seorang anak prihatin dan soleh.
Bahkan, pengikutnya turut memuji akan tindakan pelakon tersebut.
nasha_636Terbaik!!!! Anak emak ..@syafienaswip .Semoga ibumu cepat sembuh.
miera_rosdiSyafakillah? suka tgok cara syafie jaga n layan mak dia,ank soleh??
the_only_ezzairilAlahai baiknya budak ni ??? terbaik lah
rieffazulaikhaSebakkk…untung mak adikkk punya ank gini..Alhamdulillah
richraisyaHospital yg sama kubawakan belon spt itu utk arwah ibuku. Alfatihah buat ummi. Semoga mak @syafienaswipcpt sembuh. Baiknya hati kamu duhai anak. Berbaktilah selagi ada hayatnya.
nurlidza_awMoga auntie cepat sembuh.. jaga mak ya dik selagi masih ada.. ??
uwaiscomelSuka tengok emak @syafienaswip senyum aje…. GWS utk emak awak…
_miss_keiMasuk habuk plak mata ptg2 nie ?
faridah_msSmg mak cpt sihat.Gembira mak tgk ank dia dtg bwk bunga
zrin_naKamu seorang anak yg baik dik…untung mak kamu…. Anak syurga amiin
Sumber: IG syafienaswip