Gara-gara pentingkan diri sendiri, akhirnya semakin ramai dijangkiti. Perkongsian daripada seorang doktor ini yang kesal dengan tindakan seorang pesakit suspect covid-19  namun menyembunyikannya dan sehinggalah mengakibatkan dirinya pula terpaksa dikuarantin.

Bacalah perkongsian ini, agar tiada lagi orang yang bersifat pentingkan diri sendiri   dan sekali gus kita semua dapat menghentikan penularan covid-19 ini.

Ini perkongsiannya.

Dear Malaysians,
Tolong jangan selfish boleh dak?

Kalau risau diri tu suspected as COVID sebab ada contact dengan pesakit yang confirmed atau suspected covid, please laaa TOLONG JANGAN MENONONG MASUK KE KLINIK TERUIH.

STOP dulu kat kaunter triage, kat kaunter saringan. Anda akan dibawa ke bilik isolasi/ khemah khas untuk diperiksa.

Disebabkan kurang awareness ni, today I had a patient yang dah masuk dalam bilik, dah habih examination dah baru habaq dia risau sebab dia ada contact dengan suspected covid patient 🤦🏻‍♀️

And you know what are the implications?
Klinik kena cuci immediately and the best part is aku kena self isolate myself as advised by my boss.

Apa maksud self isolate?
Aku kena pikiaq n ikhtiaq sendiri jalan untuk minimize contact dengan orang terdekat i.e my husband and my poor 16 month old baby.

So right now i’m writing this post from my master bedroom dekat tingkat atas while my husband is entertaining my son dekat tingkat bawah.

Gara-gara Ada Yang Selfish, Dr Ni Terpaksa Kuarantin Diri. Ni Perkongsiannya!

We have decided not to see each other despite living under same roof until my patient’s status is known (which would take up to 24-48hours)

IKLAN

You never know the feeling of wanting to hug your kids after a tiring day at work unless you’re a mother.

It breaks my heart badly that I could listen to his laughing from my room upstairs but could not play with him like I always do.

It.hurts.so.much

So, i’m begging to all Malaysian, please DO NOT BE SELFISH .

Manakala posting berikutnya pada 17 Mac, Doktor ini terus mengharapkan orang ramai jangan mementingkan diri dan ini perkongsiannya.

I’m truly overwhelmed with the amount of kind wishes and thoughtful prayers by Malaysians following my recent FB post.

Tapi honestly apa yang aku lalui ni nothing compared to what my colleagues in other states are experiencing, particularly those in Selangor and KL.

IKLAN

Ada staff yang memang kena fully quarantine for 2 weeks, ada yang kena go through sampling procedure.

Yang kena pakai PPE (pakaian macam angkasawan tu) for 12 hours shift tu lagi la tak boleh nak cerita azabnya macam mana.
Nak pi toilet tak sempat,
nak makan lagi la tak sempat.

Balik rumah pun takut takut nak mingle dengan family member, risau nak peluk cium anak sebab dok pikir takut virus tu masih ada, takut bawak balik kuman dekat ahli keluarga yang fragile especially babies and elderly.

Tapi adakah rakyat Malaysia yang lain cakna dengan hal ini??

Rakyat Malaysia dok keluaq pi tempat sesak-sesak, ramai-ramai macam tu jugak.
PM dah pesan suruh avoid mass gathering, crowded places tapi rakyat jelata masih gembira pi lepak kedai mamak.

Minum teh tarik sambil lepas asap rokok kepoi kepoi tanpa rasa bersalah
Flight ticket murah, pakat serbu beli
Ada travel fair, pakat tarik beg pi jalan
Ada lawan bola, himpun luaq stadium pun sanggup.

Penat la kalau kami yang kat frontliners ni saja dok kalut nak jaga hangpa tapi hangpa buat bodo tak kisah kuman tu nak singgah hinggap sapa pun.

IKLAN

Orang suruh duduk rumah saja pun ketegaq sangat nak patuh.

Mufti dah bawak keluaq arahan suruh semayang di rumah, dia pi dok buat kalut kecoh macam mufti haramkan solat.

Entah la taktau nak cakap macam mana lagi.

Cuma nak bagi u all sedaq, semua yang dok berjuang untuk cegah penularan wabak ni dari ketua pengarah sampai la
cleaner kat klinik/hospital, kami ni semua ada famili jugak.

Kami ada anak kecik yang manja nak cuddle, kami ada pasangan tercinta, ada makbapak warga emas yang dah fragile.

Kami bukan mintak hangpa mai bekerja dengan kami di frontline to fight this pandemic,

Kami cuma mintak hangpa dok di rumah diam-diam, Habaq betoi-betoi kalau hangpa ada risk factor (travelling history/pi tabligh Sri Petaling/contact with positive covid).

Tu pun susah ka?

Yours truly,
Seorang doktor yang juga seorang mak, seorang anak dan seorang isteri.

sumber : Khadijah Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI