Inilah hebatnya seorang ibu, bila tahu sahaja sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air selama 3 hari, terus timbul idea untuk pastikan keluarga tetap dapat merasai masakan yang dimasak dari air tangannya sendiri.

Nak tahu apa yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsiannya. Moga memberi inspirasi pada wanita yang lainnya.


Apa yang diutamakan makan pakai anak-anak dan keluarga sempurna.

Bermula esok (Rabu) bekalan air akan terputus selama 3 hari di banyak kawasan di Selangor.

Kata suami saya, Mulai esok tak payah masaklah. Kita makan luar jer. Jimat air.

Ads

Makan luar?

Berkerut-kerut dahi saya berfikir.
Anak-anak sebelum ke sekolah wajib nak tapau makanan. Lepas tu tengah hari pula ada yang balik jam 1 rushing nak pergi kafa pula. Ada yang balik jam 2.30 dan ada yang balik jam 5.30 petang. Celah mana nak pergi makan luarnya?

Gara-gara 3 Hari Tiada Bekalan Air, Ibu Ni Dah Siap-Siap Masak Untuk 3 Hari. Terbaik!

Ads

Nak tapau pula, bagai dikatakan.. bila sejuk kejunglah makanan itu di atas meja. Tak ada siapa pun yang akan usik.

Maka malam tadi, tatkala seisi rumah sudah nyenyak dibuai mimpi, saya pun bersilat di dapur sorang-sorang. Masak siap-siap senang. Lepas tu bekukan. Nanti nak makan panaskan sahaja.

Ads

Gara-gara 3 Hari Tiada Bekalan Air, Ibu Ni Dah Siap-Siap Masak Untuk 3 Hari. Terbaik!

Sambil masak sambil kumpul tok, nenek dan moyang periuk serta tong untuk tadah air.

Selamat bertabahlah warga Lembah Klang yang terlibat 3 hari tanpa bekalan air!

Sumber : Busseroa  Abd Jalil via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI