Apa yang perlu anda tahu secawan lemon panas di pagi hari pasti terasa kesannya buat tubuh. Bukan hanya dapat singkirkan toksin dalam badan, malah lemon panas buat tubuh lebih segar dan bersemangat di pagi hari.
Bagi yang nak turunkan berat, inilah minuman anda patut ambil! Ini kelebihan anda kena tahu.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
Ads
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
3 Resipi Paling Sihat
Bagaimana penyediaan buat kita rasa tak menoleh pada minuman lain lagi? Tiga resipi ini pasti buat anda tertarik.
Seorang isteri yang diuji dengan kesihatan suami hingga terbatas pergerakan kesan daripada serangan strok, bukanlah mudah untuk ditanggung.
Ini apa yang dilalui oleh Puan Rozzana, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Suami yang sihat, tiba-tiba diserang strok!
Sedar dengan itu, dirinya perlu kuat untuk mengurus suami dan tanpa jemu berusaha mencari penawar membantu merawat penyakit suaminya.
Dan ini perkongsiannya.
Alhamdulillah suami semakin pulih, solat mandi dan urus diri sendiri semua dah. Tak macam mula-mula sakit terlantar, mandi adik bradik mandikan,kena angkat dan dudukkan, makan minum disuap.
Puncanya sebab kolesterol tinggi block salur darah dari otak ke kaki kiri. Mulut herot, tak boleh bercakap dan air liur sentiasa memeleh.
Sekarang makan Alhamdulillah macam orang sihat dah.
Selain jus tomato saya buat jus halia, madu, bawang putih, lemon cuka epal diminum 2x sehari pagi dan malam.
Untuk kawal kolesterol, Alhamdulillah hanya ini yang mampu saya ikhtiar untuk kesembuhan suami saya.Selebih nya Allah Swt jua tempat meminta.
Di sini saya kongsikan resipi untuk sediakan air jus tomato yang juga menjadi amalan suami untuk kembali pulih.
Bahan-bahan :
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 gelas/ cawan air.
Blender semua tu sampai hancur.
Tuang dalam cawan tambah kan 2 sudu makan madu godak-godak.
BISMILLAH, SELAWAT.
Niat nak sihat mintak pada Allah Swt.
Minum semasa perut Kosong sekurangnya 30 minit sebelum sarapan
Untuk pesakit stroke consume 2x sehari
Untuk yang tiada masalah kesihatan cukup 1 bulan 1x / 2 minggu 1x untuk mengurangkan Kolesterol. Salur darah tersumbat, jantung sumbat, darah tinggi, diabetes dan lain-lain masalah kesihatan
Tak salah kita cuba ikhtiar lagi pun bahannya ada di dapur kita kan
Tidak ramai yang mengetahui kewujudan rumput yang begitu indah namanya ini iaitu Rumput Siti Khadijah. atay nama lainnya Rumput Cina dan Rumput Beijing.
Melalui perkongsian Ardi Tani, tumbuhan ini dipercayai membekalkan seribu satu khasiat untuk merawat pelbagai penyakit. Mungkin tumbuhan ini boleh digunakan sebagai jalan ikhtiar lain, selain mendapatkan rawatan di hospital untuk bantu anda yang mempunyai penyakit-penyakit seperti di bawah.
MANFAAT RUMPUT SITI KHADIJAH DIPERCAYAI DAPAT RAWAT PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Eloklah tanam sepasu dua kat rumah untuk kegunaan sendiri. Pokoknya pun senang je nak jaga dan juga senang membiak. Banyak khasiatnya.
Boleh membantu kepada mereka yang ada kanser.
Boleh lembutkan daging.
Cara yang senang nak guna, ambil 3 atau 5 helai. Basuh bersih-bersih, carik-carik atau potong kecil rendamkan dalam segelas air panas. Buat malam, esok paginya bangun minum.
Sebelum ini pada Januari 2020, Ardi Tani pernah berkongsi info mengenai Rumput Siti Khadijah (RSK) atau nama lainnya Rumput Beijing. Dia telah berkongsikan dengan lebih mendalam mengenai tumbuhan ini.
Rumput Beijing atau Rumput Siti Khadijah (RSK) ni pada pandangan saya sesuai diletakkan ditempat yang bukan direct kena matahari. Boleh lihat berbezaannya di gambar. Asal dari satu polibag kini sudah menjadi 9 polibag yang merimbun.
Antara khasiat yang saya tahu berupaya membantu pesakit psoriasis, cancer, kencing manis, darah tinggi.
Kena matahari sekejap sahaja & terlindung dengan pokok lain. Diletakkan bawah garaj kereta. Pokok subur, daun kelihatan besar & panjang. Baja menggunakan baja XY. Ditanam dalam pasu HLT.
Ini copy paste hasil carian di Google.
Rumput Cina iaitu Beijing Grass Plant atau nama saintifiknya (Murdannia Loriformis).
Nama lain Rumput China: Beijing Spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka, Rumput Pak King.
Rumput Beijing (Murdannia Bracteata) atau “Ya pak-king”, ??? ialah herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan supplement.
Terdapat beberapa kajian saintifik yang membuktikan kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Walaupun ada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih diperingkat awal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif, Rumput Beijing telah lama digunakan untuk merawat kanser.
Khasiat dia: mencuci buah pinggang, mencuci darah dan buang angin dalam badan.
Berdasarkan buku Chinese Medical Herbs of Hongkong, tumbuhan ini manis, menyejukan dan berupaya mencairkan kahak.
Berasal dari selatan negara China. Manakala di Thailand, rumput ini dikatakan tumbuh meliar namun masyarakat di sana berusaha mengenalkan rumput ini melalui produk supplement untuk penyakit kanser dan lain-lain penyakit yang berkaitan.
Lazimnya daun ini direbus keseluruhan bersama akarnya untuk membantu penyembuhan barah payudara, usus, ulser, batu karang, radang kulit, lawas kencing dan buah pinggang.
Manakala di sini, saya tidak pasti sampai ketahap mana penerimaan rumput ini dalam masyarakat setempat. Namun yang pasti komuniti Cina lebih terarah menanam rumput ini kerana umum mengetauhi akan kepekaan dan ilmu mereka dalam penggunaan herba adalah tinggi.
Pokok ini senang membiak melalui biji benihnya yang ringan dan mudah tersebar. Juga boleh ditanam melalui keratan ruasnya.
Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh melembutkan tekstur daging dalam masakkan.
DIPERCAYAI DAPAT MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT INI:
1. MERAWAT KANSER TEKAK, HATI & KULIT Di Thailand, tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya.
Caranya: Ambil enam tumbuhan ini dan gunakan pengisar untuk menghancurkannya + 4 sudu besar air. Tapis dahulu dan minum sebelum makan pagi dan sebelum tidur.
2. MENYEJUKKAN BADAN Bagi menyejukkan badan.
Caranya: Rebus 5 helai daun dia dengan 3 cawan air + gula perang dan minum.
3. BATU KARANG & GINJAL Cara menggunakan rumput Cina ni, untuk batu karang dan ginjal:
Ambil 7-9 pokok (keratan) rumput Cina bersama-sama akarnya, dicuci bersih dan di rebus bersama sukatan air 1.5 liter (sukatan botol coca cola).
Di rebus dengan api yang sederhana kecil, padam la rebusan itu bila airnya telah mendidih dan minum la air tu apabila suam dan lebihannya simpan dalam peti sejuk.
CARA PENYEDIAAN JUS RUMPUT BEIJING:
1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air.
2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput.
3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes.
4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih.
5. Tapis dengan menggunakan penapis kain.
Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini, diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur. Kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali.
Setiap orang berbeza cara dan pendekatan dalam menjaga kesihatan diri. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan. Nak sihat kena amalkan makanan sihat dan seimbang.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau ada cara tersendiri. baru-baru ini dalam satu temu bual, beliau berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Rupa-rupanya setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrainsebagai hidangan sarapan.
“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.
“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI.
Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.
“Saya juga sedang berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada minuman berkarbonat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).