Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terkena sihir atau ilmu hitam sejak suaminya meninggal dunia.
“Saya nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang saya dan Hamzah disihir.
“Gangguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini. Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang saya,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam satu hantaran di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menasihati Hidayah supaya tidak mendedahkan perkara berkenaan kerana bimbang sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. Malah, ada juga segelintir individu berkongsi amalan sebagai pelindung diri selain mendoakan Hidayah dan anaknya yang berusia empat tahun kembali pulih daripada gangguan jin syaitan atau penyakit lain.
Ads
Untuk rekod, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sumber: Instagram Hidayah Abam
Ads
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan gaya hidup sihat merupakan cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Ia termasuk persekitaran dalam rumah.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman melalui facebooknya, membuka pintu ketika tidur dapat mengalirkan udara keluar yang dapat memberi kesan kepada kesihatan.
IKUTI LANJUT PENJELASANNYA.
Lama dah saya duk hairan dulu-dulu..Kenapa bila bangun tidur waktu pagi. Sakit kepala..badan lemah, kulit dan tekak jadi kering. Moody dan blurr je sokmo.
Ramai orang buat macam ni..tutup pintu dan tingkap rapat..biasanya bila kita tido dalam aircond. Memang syok tido tapi awas kesannya ya..
Kondisi ni dikaitkan dengan “Sick Building Syndrome”. Orang kerja pejabat pun boleh dapat masalah sama. Sebenarnya split aircond yang biasa kita guna kat rumah tu memang tak circulate udara masuk keluar dalam bilik tertutup. Air purifier pun cuma bersihkan udara, paras udara masih sama..
Ujikaji oleh syarikat Smart Air Filter ke atas bilik office dijalankan untuk uji paras oksigen dan karbon dioksida. Bilik ditutup rapat diisi padat 7 orang. Keputusannya, oksigen kurang hanya 0.3% saja daripada 21% oksigen di udara… Tapi yang mengejutkan ialah paras karbon dioksida meningkat 0.08% kepada 0.35%. Hampir 3 kali ganda! Perlu kita sedar, karbon dioksida di udara hanya 4% saja..Jadi kesan kepada kesihatan mungkin signifikan.
Karbon dioksida ni boleh rendahkan kognitif dan kesedaran. Tu yang jadi blurr dan moody lama-lama duk berakar dalam office tertutup. Jadi saya nak share beberapa SOLUSI.
# Bila tidur dalam bilik aircond, memang tak logik buka tingkap dan pintu luas-luas. Buka aircond untuk sejukkan bilik. Kemudian bila nak tido, buka tingkap dan guna kipas saja. Lepas tengah malam, udara luar biasanya sejukkk.
# Jika kena tido dalam aircond juga sampai pagi.. Bukan sikit celahan pintu atau tingkap sudah mencukupi. At least ada lah pengedaran udara.
# Duk office tertutup dalam sejam sekali pergilah ke tingkap ambik udara. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Teknik ni mengurangkan stres dan tambahkan oksigen supaya kita jadi segar dan sihat.
Tidur kualiti ni penting. Badan perlu rehat untuk pulih dari stres bekerja seharian. Badan kita juga nak repair mana rosak. Bukak celahan tingkap sikit mungkin cegah daripada penyakit
SHARE supaya family kita AWARE. Penting untuk kualiti tidur anak-anak kita. Insha Allah meningkatkan prestasi kerja kita dan rakan di office kita juga.
Follow saya SEE FIRST untuk tips kesihatan saintifik dan luar biasa..Kesihatan secara semulajadi dan fitrah.
Hafiz Sulaiman, -Pejuang Kesihatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan sesi persekolahan baharu untuk penggal ke tiga (2021/2022) bagi tahun ini di mana sesi tersebut adalah bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A manakala bagi sekolah di Kumpulan B mulai 3 Januari hingga 20 Mac 2022. Ramai juga ibu ayah yang keliru dan tidak pasti dengan sesi persekolahan anak-anak mereka.
Ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan oleh Sinar Plus, sesi persekolahan penggal tiga KPM adalah dijadualkan susulan pandemik Covid-19 melanda negara.
*Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
*Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bantu Murid Kuasai Silibus
Penangguhan tersebut bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Malah dalam kenyataan media sebelum ini, Menterinya, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.
Walaupun telah dimaklumkan awal, orang ramai khususnya ibu bapa dilihat sedikit keliru dengan pengumuman takwim persekolahan atau Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 yang baharu semalam.
Ramai yang mengatakan pening dengan takwim yang baharu yang dikeluarkan.
Justeru buat ibu bapa semua, tak perlu pening dan keliru, ini info penting yang mudah nak faham;
1. Sesi sekolah sekarang (2021/2022) akan berakhir 10 Disember ini. Cuti sekolah pada 11 Disember hingga 1 Januari 2022.
2. Sesi sekolah penggal tiga (2021/2022) pada 2 Januari hingga 25 Febuari 2022.
3. Cuti penggal tiga bermula 26 Febuari hingga 20 Mac 2021.
4. Penggal satu (2022/2023) bermula pada 21 Mac hingga 3 Jun 2022.
4. Cuti penggal satu (2022/2023) pada 4 hingga 12 Jun 2022.
Sementara itu, jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 sudah boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.
Moga ALLAH membantu memudahkan semua urusan anak-anak kita bersekolah sebaiknya, insya-ALLAH.
Bahang hari raya Aidilfitri semakin terasa apabila minggu depan umat Islam bakal meraikan 1 Syawal.
Namun dalam tempoh membuat persiapan buat keluarga, sejak beberapa hari lalu, laporan kes harian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan dibeberapa buah negeri. Malah negeri Selangor direkodkan kes baharu tertinggi.
Lantaran itu, tular poster di media sosial beberapa buah negeri bakal menyusul Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar berikutan pengesanan aliran peningkatan mendadak kes Covid-19 selain mencegah varian baharu dengan mutasi berganda dari India B.1617..
Untuk makluman, negeri Kedah dan Kelantan telah menjalani PKP sebelum ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor, sama ada pada 4 Mei atau 5 Mei 2021. Ini termasuk beberapa arahan dan cadangan berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei 2021.
Poster yang ditularkan kembali ini adalah palsu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan perkara tersebut. Mohon hentikan penyebaran poster yang mengakibatkan kegusaran awam. Pastikan sahih, baru kongsi!- MKN
Harap semua bersabar dan jangan panik. Doa baik-baik semoga kita semua dilindungi wabak bahaya ini.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...