Biarpun ada pelbagai biskut Raya yang moden sampai tidak terbilang dengan jari namun biskut tradisional seperti biskut sarang semut ini masih tetap menjadi pilihan dan disukai ramai.
Rasanya yang rapuh dan cair di mulut membuatkan kita sukar untuk berhenti mengunyah sehingga tanpa sedar habis licin balang kuih dibuatnya.
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya, jadi apa kata hari ini kita buat Biskut Sarang Semut yang enak ini dan tentunya akan mengembalikan nostalgia seperti Raya dulu-dulu!
Kalau tak tahu resipinya, boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak ini.
Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan:
1 buku Buttercup
2 cawan* Tepung kastard
1 cawan* Tepung jagung
11/2 cawan* Tepung gandum
1 cawan Gula halus
1 telur -ambil kuningnya sahaja
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Cara-caranya :
1.Ayak bahan bertanda *
2.Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
3.Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
4.Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
5.Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
6.Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club