Seperti kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan suami, itulah jua yang ditonjolkan si steri. Begitu juga sebaliknya.
Gambaran si isteri itu, boleh menunjukkan siapa suaminya.
Jika si suami solat pun tak pernah, bagaimana dia mahu mendidik anak-anak isterinya kekal istiqimah bersolat 5 waktu dan solat sunat lainnya.
Jika si suami janggal dan kekok lidah membaca al-Quran, bagaimana dia mahu mengajar isteri dan anak-anaknya menyintai Kalamullah.
Ads
Jika si suami tak kisah pun berseluar pendek di luar dan mendedahkan auratnya. Maka isteri dan anak-anaknya juga akan jadi begitu.
Jika si suami sukakan maksiat, hiburan lagha dalam rumah tangga maka tak mustahil anak-anak dan isterinya juga terikut sama.
Ads
Jika si suami tak pernah bercakap pasal agama dalam keluarga, tentang didikan ilmu, teguran dan nasihat tentu saja akan jadi kelu untuk menegur jika ada ahli keluarga buat salah.
Begitulah serba sedikit contoh bagaimana gambaran hasil didikan dan pimpinan si suami. Lurus si suami, InsyaAllah yang lain juga mudah diurus.
Ads
Ya, ada juga kes terpencil si suami baik dan soleh tapi anak-anak isteri tak mahu ikut juga. Ada bukan tak ada. Barangkali itu ujian setakat mana amalan kesabaran si suami dalam memimpin.
Gambar hiasan
Pokok pangkalnya, nak gapai title keluarga bahagia itu jangan sesekali abaikan hidup beragama. Jangan lupa Allah. Follow apa yang Rasulullah SAW ajar, InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Sumber : Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam keterujaan mahu menyambut lebaran, segala persiapan disediakan walaupun anak yang dikasihi sedang sakit.
Namun luluh hati ini, bila semuanya sudah tersedia, anak pula pergi selamanya 2 hari sebelum Syawal menjelma.
Itulah yang dilalui oleh pasangan Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid meskipun pemergian anak mereka iaitu Allahyarham Muhammad Tariq sudah dijangka sejak dia dilahirkan.
“Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arwah disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.
“Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang.”
Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut.
Bercerita lanjut tentang berita duka itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan.
“Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya,” luahnya hiba.
Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor.
“Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi… pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis).
“Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor… isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas,” ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan.
Tambahnya, sejurus tiba di Hospital Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia pada pukul 7.39 pagi.
Katanya lagi, jenazah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya.
“Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga,” tulisnya ringkas.
“Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq.
“Pun begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang hamil anak kedua.
“Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri,” katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Nonny Nadirah mengakui dia pernah berada dalam keadaan jahil apabila mempersoalan mengenai tujuan dalam hidup dan kewujudan Allah.
Nonny menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Hijabistamy berkata persoalan itu timbul disebabkan dirinya tidak mempunyai pengetahuan agama yang luas.
“Apa sebenarnya tujuan kita dalam dunia ini.. apa sebabnya kita dicipta? Dulu Nonny tak tahu, kadang-kadang Nonny bertanya siapa ini terutama Allah itu siapa? Banyak kali Nonny tertanya macam itu.
“Kadang-kadang orang cakap jangan macam itu, nanti macam kita persoalkan. Tapi sebabkan kita tak ada basic agama yang betul, itu yang menyebabkan kita keluar dengan soalan-soalan yang pelik,” katanya.
Menurut Nonny, disebabkan itu juga dia mencuba untuk mencari orang sekeliling yang terbaik untuk membawanya ke arah yang lebih baik.
“Sebab itu Nonny cuba cari sekeliling Nonny yang terbaik, walaupun latar belakang saya bukan yang terbaik. Memang dari keluarga yang bercerai berai, yang memang hidup berasingan dengan keluarga.
“Lepas itu dengan bekerja pula dulu dekat club..latar belakang memang orang cakap tak baik. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni. Nonny pun teruskan macam biasa, tanpa ada guide yang betul.
“Apa yang Nonny rasa nak buat, Nonny buat,” ujarnya lagi.
Dalam video temu bual penuh, Nonny turut mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat seperti penyanyi Mila Jirin dan Heliza yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat. Bukan itu sahaja, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Tentunya kita sebagai ibu bapa mahu anak belajar berpuasa terutama anak tadika dan sekolah rendah. Jadi ibu bapa perlulah menetapkan minda bahawa anak akan mula berpuasa pada tahun ni. Elakkan daripada bercanggah sesama sendiri dengan memberi alasan … Tak payahlah kot … Tunggu tahun depanlah … Kecil lagi tu, kesian dia … dan sebagainya. Ayat 159, surah Ali Imran ini boleh dijadikan sebagai moto:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
Dan apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah.
Boleh ikut perkongsian ini sebagai panduan nak didik anak.
Anak2 didik pakcik yg grad 4-5, 6-7 tahun lepas masing2 dh ade anak kecik.. Ni pakcik bagi tips siket mcmn nk ajar anak2 kecik tu start berpuasa…
Tips ajar anak kecik berpuasa:
1. Ingat, anak kecik yg belum baligh belum wajib puasa.. Jadi jangan paksa sampai pengsan budak tu. Jangan pulak sampai dia rase serik untuk berpuasa dan rasa puasa tu satu siksaan bagi dia.. Kita ni selalu silapnya, bila bab puasa bersungguh kita ‘ajar’ anak2 dari umur 3-4 tahun lagi, tapi bab solat x pulak ditekankan.. So ajar anak berpuasa ni kena tengok juga persediaan psikologi anak2 kecik ye, pastikan dia sentiasa ada keinginan untuk improve puasa dia.
2. Yg penting didik jiwa anak2 kecik ni untuk suka nak belajar berpuasa, set target sama2 utk dia puasa berapa lama hari ni, berapa hari utk ramadhan kali ni, bila dia akan puasa separuh hari, umur berapa dia akan berpuasa sampai asar, umur berapa dia akan puasa full mcm org dewasa.. Bagi gambaran jelas kt dia proses belajar puasa ni mcmn supaya dia x terperanjat dan lebih bersedia utk belajar, enjoy the journey..
3. Awal2 tu kalau anak2 3-5 tahun dh boleh ajar konsep berpuasa yg mudah.. Bagi tahu puasa ni sbb kita org islam, sbb nk rasa mcmn hidup org susah, sebab nk sihat.. Jgn pulak bila anak tanya kenapa kena puasa, kita jwb “sbb adek kn dh besar” , sbb “adik kn kuat” .. Salah tu..
4. Boleh seawal umur 3-4 tahun tu ajar puasa, tapi bukan lama2.. Cukup la sekadar delay kan sikit waktu makan dia.. Buat ‘perjanjian’ boleh makan bila jarum panjang tu sampai tegak ke atas.. Dapat setengah jam dia rase dia berpuasa, jadi la.. Declare dlm family yg hari tu dia pn dh puasa kanak2 jugak.. Esok2 mesti dia nk lagi .. Tambah la sikit2 jadi sejam, dua jam, ikut umur..
5. Bila anak2 dh besar sikit dlm 6-7 tahun, boleh perkuatkan konsep puasa kanak2 tu.. Dh boleh mula ajar puasa separuh hari atau sampai azan asar, ikut kemampuan dia.. Berbuka awal tu jgn lebih2 sgt, supaya dia faham yg puasa dia belum sempurna.. Raikan kejayaan dia masa berbuka Sama2 waktu maghrib.. Bagi semangat utk improve esok2..
6. Buat sesi sahur kanak2 iaitu selepas solat subuh.. Nk ajak anak2 kecik ni bangun pkl 4.30 tu mmg susah, lepas tu pkl 8 dia dh bising lapar.. So better kejut dia utk solat subuh, lepas solat tu baru sahur kanak2.. InsyaAllah dia dpt puasa lebih lama.. Kalau start konsep ni seawal 5-6 tahun, InsyaAllah 7-8 tahun dia dh boleh join sahur dn puasa org dewasa..
Yg penting, didik jiwa anak2 kecik utk happy dan suka berpuasa sbg satu ibadah..
Gambar hiasan: Danish pkl 4.30 dh bangun masak sendiri nasi goreng favourite dia utk sahur.. Sejuk perut abi ni mengandung 9 tahun…
Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac lalu mewajibkan setiap pelajar di institusi pendidikan bawah kementerian memakai lencana Jalur Gemilang.