Dalam hidup kita sebagai seorang muslim mesti pernah bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke tanah haram untuk menunakan haji dan umrah. Sekali seumur hidup pun dah bersyukur sangat!
Baru baru ini tular gambar seorang Jemaah haji yang berasal dari Pakistan yang telah tersebar di social media dikatakan sedang terbaring. Namun hakikatnya Jemaah tersebut bukanlah terbaring dan berehat. Tetapi beliau telah meninggal dunia di tanah Haram di dalam Ihram. Allahukbar! Kematian yang dicemburui.
Difahamkan, beliau telah menyimpan duit untuk menunaikan haji selama 43 tahun, 43 tahun bukan lah satu jangka masa yang pendek. Kalau kitalah pasti dah putus asa menunggu. Tetapi jemaah ini tidak pernah berputus asa menunggu selama 43 tahun.
Apa yang menariknya beliau telah menjual tanahnya di Pakistan untuk menunaikan Haji. Cerita ini terbongkar apabila jemaah ini tidak mempunyai duit yang cukup menunaikan Haji.
Beliau mempunyai tanah di tempat tinggalnya dan kemudian dijual kepada rakannya dan beliau berkerja mengusahakan tanah tersebut bagi menyimpan duit untuk haji beliau.
Walaupun masa sudah berlalu dengan perjuangan selama 43 tahun dalam hidup beliau, jemaah bertuah ini akhirnya mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Haji.
Akhirnya setelah selesai menunaikan Haji, beliau terbaring rehat dan rohnya pergi meninggalkan dunia untuk kembali kepada penciptaNya. Sangat tenang raut wajah arwah semasa meninggal dunia.
Alhamdulillah kematian yang di tunggu tunggu ini adalah permintaannya sendiri dimana beliau sendiri mengharapkan mahu meninggal dunia di dalam Ihram kini dimakbulkan.
meninjau di ruangan komen ramai yang turut mencemburui dengan peristiwa dan mendoakan yang baik-baik kepada arwah. Semoga Allah SWT meletakkan beliau setinggi tinggi darjat di dalam Syurga kelak.
moga kisah yang dikongsikan ini turut memberi inspirasi pada semua yang membaca 🙂
sumber: Afiz Ayub
Merebus Tak Lama, Bubur Kacang Hijau Empuk Dimasak. Begini Tekniknya Wanita Ni Kongsikan!
Kalau terasa hendak makan bubur kacang hijau mesti buat kita fikir dua tiga kali bila lah masa yang sesuai untuk memasaknya. Tidak boleh tiba-tiba teringin terus masuk dapur.
Maklumlah kacang hijau ini perlu direndam semalaman atau untuk tempoh masa yang panjang untuk tujuan memudahkan proses merebus agar cepat lembut bila dimasak.
Itu yang membuatkan proses penyediaan menu bubur kacang hijau ini mengambil masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang boleh anda praktikkan untuk singkatkan proses membuat bubur kacang ini tanpa perlu lagi merendam kacang hijau untuk melembutkannya dan sekali gus masa untuk merebus kacang hijau hingga empuk pun sekejap sahaja boleh dilakukan.
Ini seperti cara yang telah dikongsikan oleh Seri Ramlan.
Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak perlu rebus lama-lama. Confirm cepat masak dan jimat gas.
Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tip ini tak perlu ada pressure cooker pun. Begini caranya :-
Langkah 1 : Basuh bersih kacang hijau.
Langkah 2 : Kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu
Langkah 3 : Kemudian bekukan.
Langkah 4 : Bila-bila hendak masak, tak perlu nyahbeku. Boleh terus masuk periuk dan tambah air. Rebus seperti biasa.
Langkah 5 : Tidak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa
Selamat mencuba
Sumber : Seri Ramlan
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Gunakan Formula 5:30:7, Kalau Nak Jimatkan Gas Untuk Rebus Daging, Kacang Hijau Dan Lain-lain. Memang Superb, Rugi Kalau Tak Follow!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Hidup Bahagia? Ikut 30 Cara Dari Pakar Motivasi Ini!
Semua manusia di dunia ini inginkan kebahagian dalam hidup. Kita bekerja keras mengumpul wang, belajar tinggi hingga ke menara gading dan pelbagai lagi usaha dilakukan hanyalah untuk mencari kebahagiaan.
Dan seringkali kita tersalah tafsir akan makna bahagia itu diterjemah dengan memiliki material. Rumah besar bak istana, duit banyak, barang kemas intan berlian, kereta mewah dan pelbagai lagi.
Rupa-rupanya formula nak hidup bahagia yang dikongsi oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tidak langsung memerlukan semua itu. Buat anda di luar sana lakukan 30 perkara ini untuk rasai hidup bahagia.
30 cara untuk hidup sentiasa gembira:
- Sentiasa cukup tidur.
- Makan makanan seimbang.
- Solat awal waktu.
- Tanam niat yang baik-baik sebelum buat sesuatu.
- Bersenam selalu.
- Pakai-pakaian bersih dan kemas untuk kepuasan diri bukan untuk impress orang lain.
- Tonton cerita kelakar yang memberi inspirasi.
- Bergaul dengan orang yang kamu sayangi.
- Sentiasa dalam mood bercinta. Bukan sahaja pada orang lain tetapi pada diri sendiri.
- Fikirkan sesuatu yang mengembirakan sahaja.
- Sentiasa bersyukur dengan semua yang kamu ada.
- Merasa cukup dan hargai dengan apa yang kamu ada.
- Jangan terpengaruh dengan hasad dengki orang.
- Tidak mengeluh dan komplen sana sini.
- Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
- Jangan pernah berharap kamu ini adalah orang lain yang nampak sempurna di media sosial.
- Layan dengan baik apa yang kamu miliki.
- Hargai peluang yang datang dalam hidup.
- Hargai juga peluang kedua.
- Hidup sesederhana dan mencukupi.
- Terima siapa diri kamu.
- Jadi versi orang yang paling terbaik.
- Sentiasa yakin dengan keupayaan kamu.
- Jangan menghukum dan menghina diri sendiri.
- Buat sesuatu yang kamu cintai.
- Jangan hidup semata-mata untuk perhatian orang.
- Lepaskan apa juga yang menarik diri kamu ke lembah sengsara.
- Yakin bahawa kamu berhak dapat yang terbaik.
- Jangan biar orang mengawal hidup kamu.
- Jadi pahlawan yang sentiasa berjuang setiap hari.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, sentiasa gembira dan ceria sepanjang masa.
Sebagai wanita, anda berhak untuk hidup bahagia dan menikmati kehidupan yang ceria dan gembira di sisi keluarga. Wanita yang bahagia akan juga membawa kebahagian buat keluarganya. Oleh itu pentingnya wanita menjaga emosi dan spiritualnya agar sentiasa stabil, seimbang dan gembira
Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Doktor Beri Hint, Ibu Hanya Ada 3 Hari Lagi. Nyata Bukan Mudah Menghadapi Pemergian Orang Tersayang!
Luahan hati seorang anak yang telah kehilangan kasih seorang ibu ini cukup terkesan di jiwa. Beberapa tahun yang lalu, ibunya disahkan mengidap kanser payudara dan ini dianggap ujian yang cukup besar untuk mereka tiga beradik hinggalah pada satu hari doktor menyampaikan perkhabaran yang sungguh memilukan bila mana dikatakan ibunya hanya ada 3 hari lagi.
Ikuti perkongsian selanjutnya.
Beberapa tahun lepas sejak arwah mak sakit beria bila payudara yang dah dibuang sebelah akibat kanser melarat pula ke sebelah lagi, kami 3 beradik mula berkampung di hospital putrajaya.
Bergilir-gilir lah kami waktu itu mengikut shift masing-masing. Kebiasaannya Kak Eli kena shift malam sebab masa itu Malaeka masih belum sekolah jadi esoknya tak perlu kalut macam adik beradik yang lain.
Bila weekend dapatlah Kak Eli shift pagi, rotate semula jadual dengan kakak dan abang. Yang penting arwah mak tak pernah ditinggalkan seorang diri dalam wad walaupun dalam 1 wad tu ada 3 pesakit lain.
Cuma Ada 3 Hari
Ada satu pagi tu, Kak Eli tiba di wad dan kebetulan ada doktor perempuan yang baru keluar dari bilik mak. Dia tarik tangan Kak Eli dan bawa ke sudut dinding.
‘Saya nak beritahu ni, mak awak cuma ada 3 hari saja lagi. Beri dia makan apa dia nak makan, bagitahu saudara mara dan kawan-kawan dia, saya nak awak dan adik beradik awak ready.’
Awak, awak dan awak, Andai ditoreh pipi Kak Eli waktu tu memang rasanya takkan keluar darah. Lembik dan longgar terus lutut dan rasanya kalau tak kawal mungkin Kak Eli dah rebah kelantai.
Ingin sekali Kak Eli tampar muka doktor waktu itu. How dare you, how could you say that to my mother?
Tapi Kak Eli berterima kasih pada doktor tu sebab sebenarnya dia sudah memberi hint pada kami adik beradik yang kami hanya ada 3 hari saja lagi untuk berbakti untuk mak.Hanya ada 3 hari untuk mengisytiharkan dan mempersembahkan cinta yang paling tulus kepada mak.
Kak Eli masuk bilik wad mak dan mak tersenyum ceria seperti biasa. Kak Eli tenung dia, this is the moment when a word doesn’t come to me. Kelu.
Mak masih ceria, tanya mana Malaeka? Tanya itu ini dan tiada langsung pernah mengeluh dan menyatakan sakit.
Menagis Semahunya
Kak Eli bagitahu ada barang tertinggal dalam kereta dan nak ambil sekejap. Sampai saja di parking kereta terus Kak Eli meraung bagai nak gila di situ.
Telefon adik beradik dan kami pakat menangis bersama-sama dan semua nekad takkan ada shift dah selepas ini. Semua adik beradik mesti ada disisi mak pada waktu genting begini.
Naik semula atas, makcik di sebelah katil mak dah beberapa hari tak sedar, bergantung pada oksigen sepenuhnya. Anak perempuan beliau setiap hari tanpa gagal menemani mak dia tu.
Tapi waktu tu, dia sibuk baca suratkhabar di sebelah mak dia. Mak Kak Eli toleh pada katil sebelah dan tegur perempuan tersebut.
‘Adik cuba tengok mak tu, makcik rasa mak tu dah tak ada.’
Ringkas saja ayat mak, dan perempuan tu bingkas panggil mak dia.
‘Mak, mak, makkkkkkkk!!!’
Dia jerit pada nurse dan bila mereka datang doktor sahkan mak dia baru saja meninggal, waktu dia sedang leka membaca suratkhabar.
Betullah ajal itu tidak kita sangka dan kalau bukan rezeki kita dapat mengadap saat-saat terakhir kematian ibu bapa kita, memang takkan dapat walaupun kita hanya disebelah.
Berpuluh tahun mak bekerja di hospital, sedikit sebanyak pengalaman mematangkan dia. Mak minta Kak Eli ambil handbag dia dan keluarkan duit untuk sedekah pada perempuan tu.
Mak, mak tau tak doktor cakap mak ada 3 hari lagi dan mak masih tak lupa nak bersedekah jariah waktu ini? Tak, Kak Eli dan adik beradik sikitpun tak berbunyi pasal ni. Kami buat macam biasa saja.
Masa Kian Suntuk
Malam tu mak kata dia sakit belakang, dia suruh panggilkan doktor dan doktor ambik darah dia dari belakang bahu.
Doktor tu termenung lama kemudian dia cakap ‘saya minta maaf ya opah, saya tak dapat nak bantu opah. Tak mampu nak legakan opah’
Kak Eli masih ingat nama dia. Doktor Lisa.
Semua doktor yang merawat mak bahasakan diri dia sebagai opah sebab mak is over peramah. Dan para doktor memang selalu bagi special treatment pada emak walaupun sibuk.
Mak kata ‘eh tak apa doktor. Inipun opah dah lega sangat. Terima kasih ya.’
Kak Eli dan adik beradik meraung lagi dibelakang dia.
Hari kedua dan ketiga, mak dah kerap penat. Saudara mara dan kawan-kawan mak penuh setiap masa datang melawat sampai mak tak boleh nak tidur. Dia masih gagah melayan bersembang dan tersenyum.
Malam terakhir dia mintak morfin dose tinggi sebab nak berehat. Tapi waktu itu malaikat maut mungkin sudah menyapa, menunggu masa untuk mencabut nyawa. Mak tak boleh nak lelap.
Esoknya pukul 11.32 malam mak pergi selamanya sambil menyebut Allah Allah Allah tanpa henti. Setelah kami teresak-esak meminta ampun bergilir-gilir setiap seorang dan mak jawab,
‘anak-anak mak tak ada dosa dengan mak. Kenapa menangis, janganlah menangis’
Betul kata doktor, mak cuma ada 3 hari saja di dunia yang fana ini. Meninggalkan kami terpinga-pinga tetapi sudah bersedia.
Kak Eli ingat lagi selepas itu kami berpeluk 3 beradik dan menangis teresak-esak sehingga makcik yang kanser leher didepan katil mak menenangkan kami. Makcik tu tak boleh bercakap dah, tapi dia guna isyarat tangan.
Sungguh, kematian itu satu perkara yang hebat dan besar. Ia mengubah kehidupan kita yang masih di dunia ini dengan sakit merindu.
Percaturan Hidup Yang Tersusun Indah
Kak Eli memilih untuk berhenti kerja, tinggalkan rumah sendiri di kota damansara begitu saja dan balik ke Jerantut supaya dekat dengan kubur mak.
Dengan harapan bila duduk di rumah dia ni dapatlah melepaskan rindu bila tengok tombol pintu bilik dia, tengok pokok orked dia. Apa sajalah yang dia tinggalkan.
Sakit merindu yang takkan surut sambil merenung dosa yang segunung banyaknya pada mak, dengan air mata yang tak pernah kering tiap kali terkenangkan dia, Allah hadirkan Amanda Safiya.
Dia lahir genap setahun selepas mak pergi, di tarikh yang sama mak pergi, di jam yang hampir sama mak pergi, dan dia mewarisi banyak persamaan dengan mak.
Sama rupa paras dan warna kulit, sama peramah, sama terlebih mengambil berat pada orang lain, sama berhati tisu, sama bila part membebel sampai sakit rasa telinga ya ampun.
Ya Amanda adalah seperti jelmaan arwah mak.Tuhan ambil satu dan kemudian dia gantikan dengan yang hampir sama dalam versi berbeza. Bagai disusun cantik semua percaturan tuhan untuk Kak Eli. Sesungguhnya Dia maha baik.
Dan kami abadikan nama dia seakan nama arwah mak. Bila jiran-jiran tengok Amanda mereka akan kata eh sama rupa arwah kak Piah. Maka semua pakat panggil Amanda kak Piah dan makcik Piah.Ajaibnya si Amanda ni menyahut la pulak.
Lahirnya dia adalah kesyukuran dan dalam masa yang sama akan sentiasa ingatkan Kak Eli dan adik beradik bahawa tarikh inilah arwah mak pergi meninggalkan kami jauh ke negeri kekal abadi.
Kepada yang masih ada emak, berbaktilah sehabis daya seolah esok hari terakhir kita bersama dia.
sumber : Suhaili Baharudin