Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak
Khabar duka seluruh Malaysia apabila tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor mengorbankan banyak nyawa.
Lebih sayu dikalangan mangsa adalah dikalangan pendidik.
Umum mengetahui bahawa mereka adalah pendidik dari sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong. Difahamkan 20 orang guru bercuti bersama Keluarga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Orang ramai meletakkan jambak bunga di hadapan SJK(C) Mun Choong, bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, tiga hari lalu.
Ads
Terdahulu laporan media melaporan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, U Chin Ong, berkata beliau dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat bagi tujuan rekreasi.
Guru bersama keluarga mereka berkhemah di situ sejak 3 hari lalu. Sepatutnya pulang pada Jumaat. Beberapa rombongan sekolah diselamatkan oleh pengunjung lain dari kem di sekitar lokasi kejadian.l
Ads
“Ada seorang guru wanita bersama bayinya masing-masing menangis ketika dirawat tadi.
“Mujur mereka hanya cedera ringan. Bekalan susu juga ada saya bawa untuk bayi itu,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu pada Jumaat.
“Mereka berkhemah sempena cuti persekolahan hujung tahun. Mereka patut pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.
“Guru terbabit bercuti di ladang itu kerana berasakan kawasan itu selamat dan rata. Ada dua kem di kawasan itu, kejadian tanah runtuh teruk di kem satu,” katanya
Ads
Untuk makluman, pada 16.12.2022: Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.
Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.
Sumber & Foto: Bernama, Harian Metro & Berita Harian
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan atau hari lahir.
Tidak terkecuali, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuliskan nukilan khas buat isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena hari jadi beliau hari ini.
Nukilan itu dikongsikan di laman Instagram miliknya yang memaparkan gambar yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-10 pada 24 November lepas.
Dalam perkongsian tersebut, Anwar menyifatkan Wan Azizah sebagai seorang insan, wanita dan isteri yang tabah, penyayang serta ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang..
“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday.
“Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini,” kongsi beliau.
Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini. Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Feb 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Pastinya berita virus yang berasal dari Wuhan, China dan lebih dikenali sebagai Coronovirus menjadi topik utama sekarang.
Malah virus ini kini telah menjangkiti lebih daripada 800 orang di sana dan telah merebak ke sepuluh negara yang lain, termasuk Malaysia.
Sudah tentunya Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan panduan pencegahan untuk mengelak dijangkiti. Selain menjaga kebersihan tangan, mengelak berada di tempat yang sesak serta beberapa panduan lain, bagi yang beragama Islam boleh lah amalkan doa ini. Sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Hafizul Hakim di laman facebooknya.
Semoga kita dan rakyat Malaysia dijauhi dari virus ini.
DOA DIJAUHI CORONA VIRUS
Rasulullah pernah menyarankan agar jangan memasuki kawasan yang ditimpa wabak dan orang yang berada di dalam kawasan wabak tersebut dilarang meninggalkan tempat tersebut.
Ini bertujuan bagi mengekang penularan dan kebinasaan ke kawasan lain.
al-Imam al-Bukhari merekodkan riwayat berkenaan Saidina Umar yang bermusafir ke negeri Syam.
Beliau kemudian dimaklumkan tentang wabak penyakit yang menimpa tempat yang dituju tersebut. Salah seorang sahabat bernama Abdul Rahman ibn Auf menasihatkan:
إن عندي في هذا علما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إذا سمعتم به في أرض فلا تقدموا عليها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه».
“Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang perkara ini. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentang sesuatu wabak di satu tempat maka janganlah kamu memasukinya, manakala sekiranya wabak tersebut telah melanda sesuatu tempat, jangan pula kamu meninggalkan tempat tersebut (bagi mengawal penularan).”
Mendengar nasihat Abdul Rahman ibn Auf ini, Saidina Umar memuji Allah kerana keputusan yang beliau buat selari dengan hadith Nabi iaitu menghentikan hasrat untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang ditimpa wabak tersebut.
Jangan buat main apabila mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu kerana ini adalah antara tanda masalah Anxiety Disorder. Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai masalah ini.
Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan anxiety.
Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.
Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.
Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.
Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.
Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.
Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebatang sebab yang logik.
Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety. Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.
Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.
Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.
Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.
Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.
Saya cuba berikan beberapa panduan.
1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.
2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.
3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.
4. Dapatkan dan baca buku motivasi, meninton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.
5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”
6) Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .
7) Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .
8) Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.
Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.
Semoga bermanfaat
#HealthDrZubaidi
#anxietydisorderdrzubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.