Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Ads
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Ads
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
Ads
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Kehilangan insan tersayang ibarat separuh jiwa kita turut dibawa pergi. Pilu rasa hati bila mana menatap sekujur badan yang kaku tidak lagi bernyawa. Saat memberi ciuman kali terakhir, hibanya tak mampu diungkap dengan kata-kata.
Namun, situasi ini mungkin tidak berlaku pada masa kini tatkala wabak covid-19 telah menular. Proses pengkebumian tidak lagi mampu dilaksanakan seperti sedia kala.
Walaupun kisah kematian ini tidak membabitkan pesakit yang positif covid-19, namun apa yang dimuat naik cukup memilukan hati. Seorang lelaki meninggal dunia dan lebih menyedihkan bila mana ibu dan bapanya berada jauh dan hanya mampu melihat proses pengkebumian dilakukan menerusi video call sahaja.
Seorang nurse peribadi yang dikenali sebagai Sazriman berkongsi pengalaman sendiri melihat insan menghembuskan nafas terakhir tanpa ibu bapa disisi. Hanya adik arwah yang berada di sisi dari sakit sehingga ke saat akhirnya. Kisah itu dimuat naik di twitternya.
Keluarga duduk jauh
Pesakit nazak keluarga duduk jauh
Mak baik tapi selalu tak bernasib baik
Mak tak dapat balik sebab lockdown
Sakit tak boleh tidur, kena comfort dia
Adik sabar gila layan karenah abang dia
Sehari 5-6 kali mak nangis dalam phone
Last day, nampak tanda2 dia nak pergi
Mak mana yang kuat tengok anak bertarung nyawa
Mak dekat videocall , ayah dekat phone dia hembuskan nafas terakhir
mak ayah mampu tengok dan menangis dalam videocall
hargai masa bersama keluarga
Kisah yang dimuat naik oleh Saziman itu kemudiannya turut dikongsikan oleh adik arwah menerusi laman facebooknya. Menurut Muzill Mustakim, arwah abangnya, Mohd Muhaymin meninggal dunia akibat ‘Acute on chronic liver failure’
Pagi-pagi dah nampak resepi soto sedap ni, aduhhh..menggoda betul tekak ni kan. Nah, cuba buat sendiri resepi soto mudah ni.
Selain untuk juadah berbuka, ia juga boleh dijadikan hidangan di pagi raya nanti. Resipi ini dikongsikan oleh Kaseh Aryssa menerusi laman facebooknya.
RESEPI SOTO TERSEDAP YANG PERNAH SAYA CUBA! MEMANG MANTAP! KALAU BUAT NI MESTI LICIN! ANAK2 DAN SUAMI SELALU SURUH BUAT… HARI NI SAYA NAK BUAT UNTUK BERBUKA PUASA! JOM.
RESEPI KUAH SOTO
1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak?
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut suka banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan
RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau ‘ok’..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana.
RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua?
Kredit: Kaseh Aryssa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk menjadi ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak sahaja tetapi banyak perkara yang perlu dilakukan agar anak-anak membesar dengan sikap cakna yang baik dalam diri.
Namun, dalam tempoh membesarkan anak ni, ada cabaranya salah satunya karenah anak-anak yang boleh mengundang kemarahan ibu bapa.
Dengan tekanan persekitaran, hidup, masalah kewangan dan kerja, ada segelintir ibu bapa tidak dapat mengawal kemarahan. Anak pula yang menjadi mangsa, walaupun hanya kesalahannya kecil sahaja.
Menurut Puan Farhana, melalui perkongsiannya, ada ibu bapa bersikap baran dan mudah mengamuk, tapi akhirnya menyesal dengan perbuatannya.
Siapa yang tak sayang anak-anak, tapi kadang kala, hilang sabar dibuatnya.
Nak tahu cara hadapi situasi ni, baca panduan ni.
Ikuti perkongsian kaunselor sekolah ni, Puan Farhandi laman facebooknya.
Anda jenis ibu bapa yang baran, mudah hilang sabar, mudah mengamuk?
Kemudian anda rasa dah menyesal?
Baca panduan di bawah ini:
Di bawah ini ada beberapa perkara yang anda boleh buat
MAAF
1.Minta maaf dengan anak anak.
Minta maaf sungguh sungguh dan akuilah kesilapan yang anda pernah buat pada anak anak.
Apa sahaja yang anda pernah buat, pernah termarah ke terpukul ke.
Peluklah anak sungguh sungguh sambil anda ucapkan kata maaf
TERANGKAN
2.Terangkan keadaan anda pada anak.
Buat anak anak faham kenapa anda mudah sangat marah atau mengamuk.
Beritahu juga pada anak kondisi diri anda yang mungkin buat anda jadi begitu. Mungkin anda letih atau stress.
Jangan terkejut tau, bila anda tengah marah tiba tiba anak bawa air untuk tenangkan diri anda.
BANTUAN
3. Minta bantuan anak
Minta bantuan anda untuk bantu anda handle emosi anda.
Ada orang bila dia tengah marah, dia tak boleh tengok anak anak ada di depan mata.
So, mintalah anak untuk segera menyelamatkan diri bila anda marah.
Atau, mungkin juga anda boleh suruh anak anak untuk ingatkan diri anda jangan marah marah.
Saya percaya bila anak anak ingatkan anda, mesti anda mudah ‘sedar’
Paling mudah suruh anak peluk anda bila mana anda hilang kawalan. Ibu bapa mana yang tidak lemah dengan pelukan anak kan
DOA
4.Minta anak anak doakan anda, supaya anda dapat meningkatkan kesabaran dalam mendidik mereka.
Minta juga anak anak doakan anda agar anda dapat melihat sisi kebaikan pada diri anak anak.
Semoga yang bergelar ibu bapa muhasabah diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.