
Setiap kali memasak, penggunaan bawang merah menjadi antara bahan yang perlu dan utama bagi memberi rasa pada hidangan tumisan, gorengan atau sebagainya. Pun begitu, tahukah ibu-ibu bahawa bawang jika dimakan mentah mengandungi lebih banyak khasiat berbanding setelah dimasak.
Fakta ini dijelaskan oleh Dr Suri Roowi semoga memberi manfaat kepada semua.
KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
BAWANG MENTAH
1. BAWANG MERAH kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid
2. Bahan ini bersifat antiplatelet (anti darah beku) dan antikanser
3. Jika kita makan BAWANG MENTAH, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan stroke
BAWANG BILA DIMASAK
4. Sebaliknya, bahan anti darah beku akan mudah hilang jika di MASAK
BAWANG MERAH VS BAWANG KUNING
5. Bawang MERAH tinggi antioksidan dan vitamin C. Manakala bawang KUNING tinggi mineral.
6. Simpan bawang dalam FREEZER selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang.
7. Khasiat bawang sebenarnya lebih banyak dalam BAWANG MENTAH.
Justeru makan BAWANG MENTAH sebagai ULAM untuk cair darah dan antikanser.
Rujukan:
Nutrition Journal 2012: 11:7
Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188
Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741
sumber : Dr. Suri Roowi
Transformasi Tangga Buat DIY, Dari Suram Nampak Ceria. Ramai Suka Perkongsian Wanita Ni!

Ada antara kita menganggap ruang tangga tidak perlu diberi tumpuan dalam mencantikkan kediaman. Ini menjadikan ruangan tangga sering terlihat suram dan nampak biasa-biasa sahaja tanpa elemen wow.
Namun perkongsian daripada Hana Mkh ini berjaya memberi sisi berbeza pada gambaran ruang tangga. Nyata, nampak begitu ceria dan ada gaya dekorasi yang tersendiri.
Menariknya lagi, semua itu dihasilkan secara DIY dan bolehlah dijadikan inspirasi.
Nak tahu detail, baca perkongsian ini.
DIY transformasi tangga. So inilah hasilnya
Pasang vinyl, sticker dan cat sendiri.
Kami pasang vinyl 1 rumah tapi exclude tangga sebab mahal bebeno pula so decide DIY sendiri.
Selepas tranformasi
Bahan & kos
Vinyl Sticker RM209
L Profile RM117
Sticker RM79
Cat untuk tiles tak ingat huhu
Deco from ikea , ssf and some from shoppe
Melalui perkongsiannya juga ramai yang bertanya di mana untuk membeli sticker yang cantik dan ceria rekaannya itu.
Tanpa berahsia, Hana kongsikan kepada yang bertanya.
Begitu juga dengan pilihan lantai vinyl yang digunakan dibeli secara online.
Jadi buat anda yang ingin memberi gaya baru pada ruangan tangga bolehlah mencuba untuk lakukan transformasi seperti yang dikongsikan oleh Hana ini.
Sumber : Hana Mkh
Jika Ada Anak Lelaki Usia 9 Hingga 12 Tahun, Penceramah Motivasi Kongsi 22 ‘Life Skills’ Ibu Ayah Kena Alert.

Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Sumber: Akhi Fairuz
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Anak Letih Balik Sekolah, Dr Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Kembali Cergas. Kena Cuba!


