
Lain orang lain caranya. Idea pelakon cantik jelita, Diana Danielle bagi menggalakkan kedua anaknya menunaikan ibadah solat dipuji ramai.
Mana tidaknya menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, anak perempuannya, Aurora dilihat sedang gigih menyiapkan balang solat untuk dirinya.
Semua ini dilakukan kata Diana bagi menggalakkan keduanya untuk solat terutama solat Subuh dan Isyak.
Bukan hanya sekadar sokongan bahkan kata Diana lagi ia cukup satu aktiviti yang cukup menyeronokkan.
“Segalanya bermula apabila bangun Subuh terasa susah. Jadi kami tampil dengan idea ini untuk jadikan ia lebih menarik dan bermotivasi.
“Aurora menghias balangnya sendiri untuk jadikan ia lebih istimewa,” ujarnya.
Menurut Diana lagi, setiap kali anaknya itu menunaikan solat, satu butir manik akan dimasukkan ke dalam balang sebagai tanda bertambahnya amalan.
“Setiap solat dapat satu manik sebagai simbolik bertambahnya pahala.
“Subuh dan Isyak akan dapat dua manik sebab paling susah nak tunaikan. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan perjalanan Auroram,” katanya lagi.
Aurora juga dilihat turut membeli beberapa perkakasan mewarna bagi melengkapkan tabung miliknya.
Terdahulu, Diana Danielle dikurniakan dua orang cahaya matanya, Muhammad, 12 tahun dan Aurora, 9 tahun.
Ibu Suruh Anak Buat Semua Kerja Rumah Untuk Didik Jadi Orang. Deep Perkongsian Dr Ni!

Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bersama ibu tersayang tentu setiap antara kita mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.
Ada kisah suka duka yang dilalui dan salah satu yang diingat hingga kini adah didikan yang diberikan oleh ibu dalam banyak hal.
Walau terkadang dirasakan atahan-arahan itu membebankan kita, namum atas asbab itu juga kini kita menjadi insan yang berguna.
Ikuti perkongsian pengalaman hidup daripada Dr Hana Hadzrami ini.
Ini mama saya, Madam M.
Masa saya belum sekolah dulu, mama saya bekerja. Masa tu hidup saya indah sangat rasanya, sebab mama saya selalu belanjakan duit untuk kami. Tapi bila anak-anak dia semakin ramai, baba saya minta dia jadi surirumah. Bermula saat itu mama saya jadi garang.
Iyelah, anak ramai, duit selalu tak cukup. Saya ada 7 adik kandung dan 1 adik susuan dibawah jagaan saya. Masa dia kerja dulu, kami ada pembantu. Bila dia dah tak berkerja, ekonomi kurang bagus, pembantu pun terpaksa diberhentikan. Maka makin letih dan makin mudah seseorang itu naik angin.
Saya sebagai anak sulung lah yang selalu jadi mangsa. Apa saja tak merasa? Rotan? Hanger? Tali getah? Apa yang sempat je dia capai masa kejadian.
Dulu saya rasa tiada langsung kenangan sekolah rendah yang menggembirakan. Masa kanak-kanak lain seronok bermain dengan kawan-kawan, saya kena jaga adik kecil berderet-deret. Asyik tukar lampin, kena suapkan makan. Disamping buat kerja rumah. Sapu lantai, mop, cuci pinggan, cuci kain. Takde washing machine tau. Bayangkan masa birthday dapat mop baru pun buat saya happy.
Sebab tu saya tak sabar-sabar nak masuk asrama sewaktu tingkatan 1. Tapi bila masuk asrama, bulan pertama tiap-tiap hari saya menangis. Sampai tingkatan 5 pun, tiap kali nak balik asrama pun saya masih menangis.
Susah hati memikirkan bagaimana lah mama saya nak teruskan kehidupan tanpa pertolongan saya. Maklumlah saya ini right hand person dia.
Ye ye je masa tu saya ingat mama tak boleh survive tanpa saya. Padahal dia boleh je buat semua perkara. Dia suruh saya buat semua tu untuk melatih saya jadi manusia berdikari. Bila saya dah jadi mak barulah saya faham. Konsep tough love mama saya tu.
Walau segarang mana pun mama saya, dia sangat baik hati. Tak pernah dibalas perbuatan orang lain terhadap dia melainkan yang baik-baik belaka. “Biar orang buat kita, kita jangan buat dia”. Itu prinsip dia. Susah nak ikut kan?
Doanya pada anak-anak tak pernah surut. Rasanya semua perkara baik yang terjadi pada saya adalah asbab doa-doa dari dia.
Itulah mama saya. Dia belajar tak setinggi saya.
Tapi dia sentiasa lebih bijak, lebih sempurna dari saya pada umur yang sama.
Semoga Allah berikan keberkatan pada umurnya dan masukkan dia kedalam syurga tanpa hisab. Aamiin!
Hana Hadzrami
Seorang ibu yang masih belajar dari mamanya.
sumber : Hana Hadzrami
Tahniah! Nabil Timang Cahayamata Perempuan Lagi

Hari yanga menggembirakan buat pengacara program MeleTop Nabil Ahamd, apabila isterinya Nazirah Ayub selamat melahirkan anak ketiga mereka yang juga merupakan anak perempuan.
Nabil turut menemani isterinya sepanjang proses pembedahan semalam di Hospital Thomson, Kota Damansara.
“Walaupun belum dikurniakan anak lelaki, ini rezeki yang tidak terhingga daripada Allah. Apa yang penting, isteri dan bayi ketiga kami dalam keadaan selamat serta sihat.”
View this post on Instagramالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Perancangan anak lelaki
Dalam pada itu, pasangan ini merancang ingin mempunyai cahayamata lelaki, namun perlu mendapatkan nasihat doktor agar menjarakkan kelahiran supaya isteri pulih sepenuhnya.
“Sebelum ini saya pernah cakap kepada isteri, kalau dapat anak lelaki dah boleh rehat dan ‘tutup kilang’. Nampaknya, Allah belum izinkan dan Dia mahu kami mencuba lagi,”
Terdahulu, pasangan romantik ini, dikurniakan dua anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 7, dan Leyla Medyna yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro dan instagram nabilzira
Pilih Pusat Jagaan, Ibu Ayah Kena Semak Betul-betul & Ianya Mudah Sangat. Sila Takenote!

Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila terpaksa mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak. Kebimbangan ini bertambah-tambah lagi bila mana kita sering dikhabarkan pelbagai kes penderaan, kemalangan dan sebagainya berlaku di tempat anak-anak kecil ini ditempatkan.
Malah melalui satu kajian, dalam tempoh 6 bulan pertama pada tahun 2018, hampir 200 kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh telah dilaporkan. sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka. Kecuaian adalah antara perkara yang amat dititikberatkan oleh ibu bapa dalam memilih sama ada hendak menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau mengupah pegasuh yang lebih mesra dipanggil ‘bibik’.
Isu tersebut tidak sekadar selesai dibicarakan pilihan mana yang lebih selamat dan mengikut kemampuan mereka, sama ada ke taska atau ‘bibik’. Ibu bapa juga mementingkan kemahiran dan pengalaman pengasuh tersebut khususnya tentang penjagaan dan protokol keselamatan kanak-kanak.
Boleh semak secara online
Menyedari keperluan mendesak bagi masyarakat untuk mendapatkan pengesahan latar belakang secara mudah dan segera, Verity Intelligence Sdn. Bhd., sebuah syarikat berkaitan saringan dan pengesahan latar belakang terkemuka di Malaysia dan Singapura, melancarkan Verity Plus Online (www.verityplusonline.com), sebuah platform untuk membantu mana-mana syarikat atau individu untuk mengesahkan latar belakang seseorang. Antaranya termasuk untuk membolehkan majikan memeriksa latarbelakang bakal pekerja sebelum diambil bekerja atau juga untuk orang ramai memeriksa latar belakang mana-mana syarikat sebelum menggunakan perkhidmatan atau membeli produk mereka.
Menurut pengasas platform Verity Plus Online, Mark Leow membangunkan platform ini dengan harapan supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih selamat. “Seringkali kita melihat dan membaca laporan media tentang penipuan di internet, kecurian identiti, penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan terbaharu, golongan profesional yang menggunakan kelayakan palsu. Dengan pelancaran VPO, ia akan membolehkan mana-mana pihak termasuk juga syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan individu membuat semakan latar belakang terhadap seseorang individu atau sesuatu pihak lain dengan kos yang minima iaitu RM140 sahaja,” katanya.
Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 ini sudah mempunyai lebih 500 pelanggan dan telah berjaya menjalankan semakan latar belakang ke atas 100,000 individu. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada semakan adalah dijalankan oleh golongan majikan untuk memeriksa dan mengesahkan latar belakang bakal pekerja mereka bagi mewujudkan suasana bekerja berisiko rendah atau lebih selamat.
Antara lain Platform VPO yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ini juga berhasrat membantu syarikat PKS menyaring bakal pekerja manakala pemilik premis memeriksa latar belakang bakal penyewa mereka. Malah menurut Mark, platform ini juga boleh digunakan secara berkesan oleh golongan ibubapa untuk memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh anak mereka sebagai langkah keselamatan sebelum menghantar anak mereka ke sesuatu tempat asuhan.
Semakan VPO antara lain mampu memberikan maklumat bagi pengesahan identiti seseorang, rekod jenayah, rekod kredit, dan sebarang maklumat lain berkaitan kes litigasi dan semakan integriti.
Menggunakan VPO, orang ramai juga boleh membuat semakan ke atas diri sendiri secara berkala untuk memeriksa rekod kewangan masing-masing bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian kecurian identiti. VPO mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan menyediakan laporan lengkap seawal 1 hingga 5 hari bekerja.
Bagi syarikat korporat yang besar, Verity Intelligence (www.verityintel.com) merupakan sebuah syarikat yang diyakini oleh lebih daripada 500 syarikat di Malaysia dan Singapura serta menawarkan penyelesaian semakan latar belakang yang boleh diselaraskan untuk memenuhi pelbagai keperluan syarikat.