“Tergaru-garu, menangis, merengek tidak selesa. Bila anak sakit, kita pun sakit… Itu luahan hati seorang ibu bernama Nurul Ain Abdullah apabila mengenangkan nasib menimpa kedua-dua anaknya yang menghidap penyakit kulit serius (ekzema).

Tiga beranak berkenaan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Kuala Lumpur disahkan menghidap ekzema menyebabkan berlaku alahan dan kulit menjadi kemerahan.

“Gaji Suami RM850, Rela Berlapar Demi Nak Rawat Anak.” Luahan Hati Ibu Dua Anak Derita Penyakit Kulit Serius. Sebaknya!

Menurut Nurul Ain, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya bernama Lela Safiya ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan.

Doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak dan akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja. Namun sehingga kini, masalah ini sudah berlarutan selama setahun.

Masalah kulit dialami Lela Safiya yang semakin serius menyebabkan dia tertekan, ditambah pula dengan tohmahan orang ramai. Disebabkan itu, mereka tiga beranak hanya mampu memencilkan diri dan menghabiskan masa setiap hari di dalam rumah sahaja.

Ini kerana, mereka sekeluarga seolah-olah dipandang tidak selesa dan jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit. Lebih memeritkan, kos kewangan untuk rawat anak-anaknya lebih RM1000.

Ads

Pendapatan suaminya, Shahrul Azmi Aziz RM850 sebulan sebagai kelindan lori tidak mencukupi.

“Gaji Suami RM850, Rela Berlapar Demi Nak Rawat Anak.” Luahan Hati Ibu Dua Anak Derita Penyakit Kulit Serius. Sebaknya!

“Dengan gaji itulah kami bayar sewa rumah RM250, belum api air lagi. Kos ubat-ubatan dua beradik ini dan perbelanjaan harian kami RM1,200. Pendapatan bulanan suami memang tak mampu tampung keperluan kami.

“Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih. Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama.

“Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu. Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain. Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.

Ads

“Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami,”ujar Nurul Ain yang turut mempunyai masalah penglihatan & menghidap ekzema sejak remaja lagi.

 

Pernah suatu ketika Nurul Ain terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.

“Gaji Suami RM850, Rela Berlapar Demi Nak Rawat Anak.” Luahan Hati Ibu Dua Anak Derita Penyakit Kulit Serius. Sebaknya!

Ads

“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.

“Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan,” katanya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.

Tak tahu sampai bile akan berakhir dan surut pnyakit2 kami nie..hanya mampu besengkang mata setiap mlm.

Posted by Nurul Abdullah on Monday, 12 November 2018

Sumber: Oh Bulan via Harian Metro 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI