Gaji Sikit Atau Banyak Kena Tahu Had Berbelanja Dan Berjimat, Deep Pesanan Perunding Kewangan Ini.

Share

Merancangan kewangan adalah suatu keperluan buat semua orang. Jika tidak kisah mengenai hal itu, kita akan berbelanja secara boros. Cara ini gaji banyaknya tetap habis.

Setiap cara belanja dan berjimat adalah mengikut gaya hidup seseorang itu. Biar gaji sikit tetap hidup tetap harus diteruskan.

Apa yang pasti, kita tahu tahap limit untuk kita menyimpan dan berbelanja.

Gaji RM1,200 tak cukup.
Gaji RM5,000 pun tak cukup.
Surprisingly, ada orang bergaji RM20,000 pun mengeluh tak cukup tau. Apa tak nya, bayar kereta RM5K, rumah RM5K, bagi isteri RM2K.
Then, keperluan anak-anak RM2K, belanja dapur RM1K, makan luar dan Foodpanda RM1K, hiburan RM1K, takaful dan medical card RM1K.

Ada la baki beberapa ribu. Erm.. Belum campur lagi duit belanja kepada parent dan mertua mungkin RM2K dan juga simpanan wajib.
Gaji kita tak pernah cukup selagi kita punya lifestyle dan belanja lebih daripada apa yang kita dapat. Belanja bawah kemampuan, simpan 10% gaji.

Kita rakyat marhein ni mesti pernah merasa hidup susah dan ikat perut dengan gaji RM1,200. Alhamdulillah kita masih hidup sampai hari ni.
Allah yang mencukupkan.

Perbelanjaan kita ada limit. Iya gaji kita adalah limit untuk kita berbelanja. Nak berjimat pun ada limit, hidup tetap perlu dinikmati walau sikit.
Tapi pendapatan tiada limit. Maka tambahlah pendapatan.

Sumber: Harith Faisal

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club