“Gaji Mak Lepas Potong Tinggal RM900. Cukup Sara Kami 13 Beradik.” Nourul Depp Kongsi Kisah Ibu, Anggap Arwah The Real Superwoman.

Share

Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa komplen.

Demikian titipan nasihat yang dikongsikan oleh penyanyi Nourul Depp menerusi instagramnya baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai arwah ibunya yang bekerja sebagai jururawat, akui Nourul biarpun gaji yang diperoleh tidak seberapa, namun keberkatan dek keikhlasan ibunya melakukan kerja membolehkan dia membesarkan 13 anak dengan baik.

“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyak pun. Tinggai lah RM900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya. .

“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya.” kongsi Nourul lagi.

Tambah Nourul lagi, biarpun kerjaya sebagai jururawat cukup sibuk, namun adik dan arawh ibunya masih mampu melaksanakan tanggung jawab pada keluarga.

Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn? .

Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman. 

Sumber: IG nouruldepp