Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa komplen.
Demikian titipan nasihat yang dikongsikan oleh penyanyi Nourul Depp menerusi instagramnya baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai arwah ibunya yang bekerja sebagai jururawat, akui Nourul biarpun gaji yang diperoleh tidak seberapa, namun keberkatan dek keikhlasan ibunya melakukan kerja membolehkan dia membesarkan 13 anak dengan baik.
Ads
“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyak pun. Tinggai lah RM900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya. .
“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya.” kongsi Nourul lagi.
Tambah Nourul lagi, biarpun kerjaya sebagai jururawat cukup sibuk, namun adik dan arawh ibunya masih mampu melaksanakan tanggung jawab pada keluarga.
Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn? .
Ads
Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Boleh dikatakan kalau berbuka puasa di restoran Thai, menu sayur kailan ikan masin memang menjadi salah satu menu wajib dipesan untuk melengkapkan lagi hidangan. Keenakan dan kerangupan rasa sayur kailan yang dimasak bersama ikan masin, sukar untuk ditandingi dengan menu sayuran yang lain. Senang cakap, bila ada menu kailan ikan masin ni boleh membangkitkan selera.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri, di sini dikongsikan resipi oleh Ameera untuk anda cuba.
Kailan ikan masin by ibu. Senang dan sedap yang kita mahukan.
Rasanya macam kedai siam tau. Cara dan bahan bahan disetiap gambar.
Sebagai ibu bapa, seharusnya bab mendidik bukan sekadar dilepaskan pada pihak sekolah semata-mata. Di rumah juga patut dititikberatkan. Tak kisahlah sibuk ataupun tidak, bab mendidikk ini memang penting jika mahu anak-anak berjaya.
Bagaiamana kaedah yang dipraktikkan terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Bagi selebriti bernama Afdlin Shauki, dia mahu anaknya kelak tidak sekadar menghafal nama-nama mereka yang terkenal di barat sahaja. sebaliknya, dia mahu anaknya tahu akan nama-nama orang hebat di dalam Islam.
Kerana itu, dia berkongsi 24 nama hebat dalam Islam menerusi laman instagramnya supaya apabila ditanya anaknya kelak dia boleh memberikan jawapan. Memang terbaiklah Afdlin!
“org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih”Ujar Afdlin sambil menerangkan 24 nama tokoh Islam yang perlu diingati.
4 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...