Gaji 6K Tetap ‘Survive’, Abai Kehendak Demi 4 Anak. Lelaki Ini Dedah ‘Struggle’ Belanjawan Bulanan Sebuah Keluarga. Deep!
Mac 2, 2022
Share
Membina keluarga yang bahagia adalah impian semua orang. Memiliki pasangan yang baik, anak-anak sihat, kerjaya yang baik dan tempat tinggal yang selesa sudah tentu menjadikan kehidupan lebih harmoni.
Namun, jalan menuju bahagia itu sudah tentu ada cabarannya. Ia termasuk soal kewangan untuk menguruskan belanjawan keluarga.
Bagaimana pun rezeki setiap orang itu berbeza. Ada yang mempunyai pendapatan yang cukup dan sebaliknya.
Dengan taraf hidup yang tinggi tentu akan membuatkan perbelanjaan sesebuah keluarga itu ‘struggle’ untuk meneruskan kehidupan.
Malah ada suami isteri terpaksa melupakan kehendak demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi sebaik mungkin.
Bukan cerita rekaan, tetapi ia berlaku dalam masyarakat kita. Biarpun kita nampak indah kehidupan keluarganya. Namun siapa tahu mereka ‘struggle’ untuk memberikan kebahagiaan buat keluarga.
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Ir Abdul Rahman Bahasa di facebook miliknya mengenai sebuah keluarga yang berkongsi ‘survive’ dengan pendapatan terhad tetapi belanjawan yang tinggi demi membesarkan anak-anak.
Demi anak, saya sanggup ketepikan kehendak saya.
“Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.”
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R: Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000 Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
BAJET KELUARGA
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850 Rumah: RM600 Barang Dapur Kering: RM450 Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900 SSPN ANAK: RM200 Van Sekolah ANAK: RM100 Yuran Ngaji ANAK: RM60 Yuran Tusyen ANAK: RM200 Belanja sekolah ANAK: RM624 Total: RM3,984UTILITICoway: RM130 Elektrik: RM80 Air (bayar untuk meter pukal): RM40 Astro: RM90 Petrol: RM200 Unifi: RM150 Total: RM690BELANJA UNTUK MASA HADAPANDuit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200 Hibah: RM200 Total: RM400BAKTI PADA IBU BAPAIbu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R: 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga 11.5% digunakan untuk Utiliti 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka Lebihan??? Hanya 3.7%. Total: 100%
Jika tiada lebihan terpaksa meminjam
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas😢
Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle.. Fikir2kanlah… Assalam Ir. Abdul Rahman Bahasa 27 February 2020
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/