Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan. Melihat kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
1 of 4
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Ads
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Ads
Mahu 7 anak
Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi November 2017
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua kita mahu merasai hidup yang bahagia dan membahagiakan. Pun begitu, dalam menilai erti bahagia itu sebenarnya tidak boleh diukur atau dibandingkan dengan orang lain. Bahagia kita adalah mengikut cara kita!
Bila asyik menganggap rasa bahagia itu akan dicapai bila kita ada rumah besar, kereta besar dan hidup mewah, tanpa sedar kita sendiri membuatkan rasa tidak gembira dengan apa yang telah dimiliki ketika ini. Sedangkan bila kita berlapang dada, syukur dan sentiasa positif akan turut membuatkan kita rasa bahagia.
Membicarakan tentang bahagia, Cikgu Zahran ada berkongsi pandangannya tentang itu.
BAHAGIA CARA KITA
1.Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
4.Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia.
5.Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
6.Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
7.Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita.
Gambar hiasan
10.Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
Gambar hiasan
11.Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
Berkongsi cara menyemai dan menanam pokok paling mudah yang dilakukan oleh wanita ini, menarik juga untuk sama-sama dipelajari. Lebih-lebih lagi buat yang baru-baru berjinak untuk menanam di laman rumah.
Ada orang kata menanam ini susah dan tidak semua boleh lakukannya. Tapi bila membaca perkongsian daripada Cik Sue ini terasa cukup mudah pula dirasakan. Jadi apa kata dicuba dahulu dan lihat hasilnya kemudian.
Meh rapat-rapat siapa yang nak tau “CARA CikSue SEMAI BENIH” ramai yang tanya tapi tak boleh nak balas satu-satu.. duduk rumah pun bz tak boleh nak mengadap hp 24jam..
YANG PERTAMA- Tanah Tak kisah nak guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur dengan tanah merah pun boleh.. kalau tanah tu elok untuk tanaman elok la untuk semaian.. bab tanah pun kena hati-hati nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok boleh mati tau..
YANG KE2 – Benih CARA RAJIN = Letak tanah dalam pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih dan kambus tanah. CARA MALAS = Tabur je benih dalam pasu bila dah 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue memang guna cara malas nie
YANG KE3 – Semai Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue memang tak pernah bungkus dengan kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pun tak nampak
YANG KE4 – Air Bab air tak payah rajin sangat nak jirus hari-hari. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. senang kan?
YANG KE5-Baja
Nak anank-anak hijau kita tu gemuk kena la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja ni jenis cecair, cepat serap dan senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jangan banyak kang meninggal pulak dia.
Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba
Musim cuti semakin dekat dan inilah masa terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang!
Jika anda mencari destinasi yang menawarkan pengalaman makan yang luar biasa dan suasana mesra keluarga, Royale Chulan Seremban adalah tempat yang sempurna.
Dengan pelbagai hidangan menarik dan tawaran eksklusif, percutian anda pasti akan menjadi kenangan manis untuk seisi keluarga.
Sajian Istimewa untuk Keluarga
Royale Chulan Seremban menawarkan hidangan yang sememangnya menyelerakan khusus untuk meraikan musim perayaan Krismas tahun ini seperti Beef Wellington yang lembut dan sangat berjus, Ayam Panggang dengan Epal dan Herba yang memikat selera juga Sup Cioppino yang kaya dengan esen laut.
Tidak lupa juga Sup Tuscan White Bean yang menyegarkan, Salmon Delima yang manis dan lazat serta “Marry Me Chicken” yang begitu istimewa hingga namanya saja mengundang senyuman.
Pelbagai pilihan lain seperti Lamb and Mushroom Stew, Nasi Jewel, German Stollen, Kek Yule Log, dan Puding Krismas dengan Sos Vanila turut disediakan untuk melengkapkan pengalaman makan malam anda di sini.
Promosi Istimewa Hari Krismas
Ajak keluarga anda untuk merancang percutian singkat ke Royale Chulan Seremban kerana di sini terdapat tawaran eksklusif sempena Hari Krismas.
Jika anda atau ahli keluarga lahir pada 25 Disember (tanpa mengira tahun), anda boleh menikmati bufet Krismas secara percuma! Tawaran ini sah untuk salah satu daripada tiga pilihan bufet Krismas,dan ia adalah cara terbaik untuk menambah keceriaan percutian anda.
Pilihan Bufet Krismas yang Sangat Mengasyikkan!
Tiga pilihan bufet Krismas yang tersedia termasuk:
1. Makan Malam Malam Krismas di Restoran Asiatique (6.30 petang hingga 10.30 malam) dengan harga RM110.00 nett untuk dewasa dan RM65.00 nett untuk kanak-kanak.
2. Bufet Makan Tengah Hari Hari Krismas yang menawarkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.
3. Makan Malam Hari Krismas, yang pastinya menghidangkan hidangan istimewa yang sukar dilupakan.
Aktiviti untuk Keluarga
Selain makanan yang menyelerakan, Royale Chulan Seremban juga menyediakan suasana santai dan mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur. Nikmati masa berkualiti dengan aktiviti santai di sekitar hotel, atau sekadar berehat sambil menikmati kemewahan yang ditawarkan.
Jadi, tunggu apa lagi? Rancang percutian anda ke Royale Chulan Seremban sekarang dan nikmati saat-saat manis bersama keluarga tersayang.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang disebutkan tadi dan manfaatkan tawaran menarik mereka. Percutian ini pasti menjadi perbualan sepanjang tahun!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...