Malang tak berbau. kalau nak tercedera tu, tak kena objek tajam pun boleh terkena apa-apa. Lebih-lebih lagi di dapur. Serba serbi bahaya lah boleh dikatakan!
Seperti yang berlaku pasa seorang gadis yang terpaksa ke hospital baru-baru ini kerana kukunya termasuk bihun kering semasa mencuci pinggan di dapur.
Kejadian berlaku ketika dia sedang membasuh pinggan mangkuk ketika waktu sahur, ketika menyental mangkuk yang melekat dengan sisa bihun itu tiba-tiba dia merasa ada benda tercucuk di jarinya.
Dia ada cuba untuk rendam jari ke dalam air suam supaya bihun itu menjadi kembang tapi tidak berjaya.
Pada awalnya walaupun sakit tetapi dia masih boleh meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Namun, dia mula risau apabila kukunya itu dilihat bernanah sehingga berdenyut kesakitan.
Menerusi video yang dikongsinya di aplikasi Tiktok, jelas kelihatan bihun kering yang masuk ke dalam kukunya dan dia juga menunjukkan selepas bihun kering itu berjaya dikeluarkan.
@sweetsecrettt21 Maaf sy xdpt nak reply comment 🥲 tak sangka blow up hmm nah full story tau 😘 saya okk saya budak baik 😆 #fyp ♬ noel.smt – Noel Schmidt
Perkongsiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata turut rasa ngilu melihat gambar dan cerita yang ditulisnya. Tapi pada masa yang sama, mereka turut rasa terhibur dengan gurauan gadis ini sepanjang perkongsian tersebut.
Sumber : @sweetsecrettt21
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!