Gadis Kongsi ‘Benda’ Menyerupai Ibu Tenung Masa Masak Nasi. “Part ‘Dah Tau Ke’ Naik Bulu Tengkuk Aku Oii”- Netizen

Share

Rasanya benda paling orang cuba elak berhadapan dengan makhluk halus. Walaupun kita tahu disekeliling kita memang ada ‘benda’ itu, asalkan tak nampak atau tidak bagi hint kewujudan dia disekeliling kita pun dah kira bersyukur. Kan?

Lain pula jadinya dengan perkongsian gadis ini bila entiti seram ini menyerupai ibunya semasa dia di rumah. Katanya sudah menjadi kebiasaan bila ibunya meminta dia untuk masak nasi dan pada hari kejadian, ibunya menitip pesan untuk berbuat demikian.

Namun, selang 10 minit dia ternampak ibunya yang berbaju kelawar sudah berada di rumah iaitu di bahagian ruang tamu tanpa berkata apa-apa dan dia berprasangka ibunya baru sampai ke rumah.

Tanpa menghiraukan ibunya, dia terus ke dapur untuk memasak nasi. Situasi menjadi pelik apabila ibunya itu turut datang ke dapur dan berdiri di sebelahnya dengan pandangan yang mencurigakan sebelum berlalu duduk di ruang tamu semula.

Ketika dia di ruang tamu, dia sempat bertanya tentang lauk yang dibeli ibunya untuk dipanaskan tetapi ibunya hanya menjawab “tak pa lah” sambil senyum.

Tidak lama kemudian, telefonnya tiba-tiba berbunyi dan apa yang membuatkan gadis itu terkejut adalah apabila ibunya menyuruh dia turun ke bawah lagi 5 minit untuk mengangkat barang.

Ketika itulah dia tersedar bahawa wanita yang berada di rumahnya itu sebenarnya jelmaan makhluk halus. ‘Benda’ itu sempat bertanya kepadanya “nak pergi mana tu? dah tahu ke?” membuatkan ramai yang seram mendengarnya.

Video yang berdurasi 2 minit 59 saat itu begitu mencuri tumpuan warga maya dengan meraih 1.8 juta penonton. Rata-rata meremang dengar kisah gadis ini, malah ada yang sambil memerhati pintu yang tidak bertutup di belakang kerana khuatir sesuatu bakal berlaku.

Tonton video penuh di bawah ini..

@tiyakamal2 Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok ♬ original sound – LuckyBoy

Sumber : @tiyakamal2

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/