Gadis cari ayah hilang di Twitter, tak sangka boleh jumpa kurang 24 jam. Itulah kuasa warga Twitter! Kini media sosial menjadi platform paling pantas untuk menyebarkan segala maklumat.
Bahkan ia juga menjadi tempat bagi sesetengah orang cuba mencari pelbagai solusi masalah yang mereka hadapi termasuk mencari ahli keluarga atau sahabat yang telah terputus hubungan atau hilang.
Seorang gadis yang dikenali sebagai Cinta telah menggunakan platform Twitter sebagai tempatnya untuk mencari bapanya yang telah terputus hubungan.
Menurut Cinta, ayahnya yang juga pemilik nama Junior Liew itu kali terakhir dikatakan berada di Taman Kosas, Ampang dan berbangsa Sabah-Filipina.
Wanita berkenaan turut berkongsi gambar ayahnya semasa muda, dengan harapan ada pihak yang mengenali lelaki tersebut.
“Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni.”
Ads
Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni. pic.twitter.com/bcoWpt0BiV
Tidak sampai tempoh 24 jam hantaran tersebut dimuat naik, Cinta akhirnya menemui bapanya yang dikatakan berada di kawasan pedalaman Sabah.
“Sudah jumpa papa ku. Nenek nangis. Terima kasih rakyat Twitter.
“Papa takda telefon dan tinggal di pedalaman Sabah. Tapi masih tak sangka dapat jumpa,” tulisnya selain berkongsi tangkapan skrin panggilan video bersama ayah dan neneknya.
Ads
Sudah jumpa papa ku. Huhu nenek nangis. TERIMA KASIH RAKYAT TWITTER.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Neelofa menerusi Insta Stories berkongsi beberapa video pendek yang menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
isteri kesayangan Haris Ismail atau PU Riz ini turut mengakui obses untuk melihat permata hatinya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Dalam masa yang sama, Usahawan terkenal turut mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak-anak menjadi seorang yang cemerlang, cerdik pandai. Namun, tidak semua anak-anak itu ‘gifted’ mempunyai kepintaran semulajadi sejak kecil. Tidak perlu pantau, anak tetap pandai.
Namun, hakikatnya perkembangan setiap anak itu berbeza. Kita tidak boleh membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Justeru, untuk memastikan perkembangan anak tidak terganggu, ibu bapa harus tahu bagaimana untuk memantau aktiviti anak-anak yang semakin membesar. Ini kerana ketika ini otaknya sedang menyerap umpana span apa sahaja yang ada disekelilingnya.
Begitulah yang ditekankan oleh Dr Taufiq Razif mengenai betapa pentingnya memantau aktiviti anak. Malah beliau menyenaraikan 6 perkara yang biasa anak-anak lakukan. Ia supaya ibu bapa alert agar anak-anak tidak over dos terdedah kepada 6 perkara itu.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
ALERT 6 PERKARA INI
6 Perkara Paling Bahaya Pada Anak Jika Tak Dipantau. Tolong bagitahu pasangan masing masing ya
1. Game
– Main game bukannya 100% salah sebab kadang kadang game boleh bantu tingkatkan ‘problem-solving skills’ dan ‘creative thinking’ anak kita
– cuma yang bahaya kalau ianya sampai membuatkan anak kita ketagihan ( internet gaming disorder ) akibat daripada tak ada limit dan pantauan langsung
2. Diet
– mengikut kajian ada hubungan yang sangat kuat antara masalah kegemukan ( obesity ) pada kanak kanak dengan pendedahan berlebihan pada skrin termasuklah TV, game, media sosial, tab dan lain lain
– ikut kajian, ni 3 cara macam mana pendedahan berlebihan pada skrin boleh buatkan anak kita jadi gemuk melampau :
i. Anak anak makin banyak makan bila tengah hadap skrin. Lagi lagi jajan dan air berkarbonat. Tu lagi gemuk jadinya
ii. Anak anak terdedah pada iklan makanan yang ‘low-nutrition, high-calorie’ dan minuman yang tak sihat yang membuatkan anak kita jadi lebih suka pada jajan, makanan ringan dan air tin
iii. Skrin ni ganggu waktu tidur anak anak. Bila anak terganggu waktu tidurnya, ianya akan mengganggu juga corak dan selera makan anak kita. Tu yang anak jadi makan tak sihat. Kadang selera kadang tidak
3. Gadget
– Gadget ni kalau tak dipantau memang bahaya sebab takutnya melebihi had Screen-Time yang dibenarkan
– Cuba tengok anak kita ikut ke tak panduan Screen Time yang dikeluarkan oleh American Academy of Paediatric ni
< 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali-sekala video-chatting dengan keluarga
18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada ibu bapa
2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah.
6 tahun ke atas : Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka
4. Social media
– Kalau tak dipantau social media anak anak kita, memang adab dan social skills anak anak kita akan kelaut
– itulah kenapa mak ayah kena ajar anak anak tentang Digital Etiquette. Digital Etiquette ni adalah bagaimana kita nak anak kita layan orang di media sosial sama seperti mereka layan orang yang mereka jumpa di alam realiti
5. Lifestyle
– Sedentary lifestyle ataupun biasa juga dipanggil sebagai Sitting Disease adalah bila kita lebih banyak duduk dan tak banyak buat aktiviti fizikal sangat. Biasanya benda ni dialami oleh orang dewasa
– Cuma sekarang benda ni banyak kena pada anak anak kecil pula sebab mereka terlalu banyak mengadap game dan TV
– Selain daripada kegemukan melampau, yang kita takut kalau anak anak kita dah hilang ‘desire’ ataupun kemahuan untuk bersenam. Itu yang paling bahaya sebenarnya. Aduh!
6. Sleep
– Sedihnya bila ramai mak mak mengadu pada saya ramai anak anak mereka jadual tidurnya dah terbalik sejak PKP ni
– Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua mak ayah WAJIB PANTAU berapa jam anak kita tidur dalam sehari
Ni jadual tidur anak kita berdasarkan National Sleep Foundation :
# 0 – 3 bulan Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit sehari pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita
p/s : Kalau belajar ilmu Parenting secara percuma bersama 158,000 mak ayah yang lain boleh klik link ni t.me/NotaTaufiqRazif
Nota Kaki : Tolong save post ni baik baik ya supaya anda boleh rujuk balik ketika anda perlu nanti.