Siapa sangka gadis cantik ini dahulunya adalah seorang kanak-kanak yang mengutip sampah malah pernah makan sampah serta tidak dihantar ke sekolah sehingga 11 tahun, namun kesusahan beliau tidak membuatkan beliau putus asa. Kini mampu menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

Gadis Cantik Dahulunya Pengutip Sampah, Kini Mampu Menggenggam Segulung Ijazah

Setiap orang pasti ada cita-cita dan impian untuk dicapai dalam hidup. Namun takdir yang menentukan aturan jalan hidup seseorang, setiap perjalanan pastinya berbeza yang dilalui oleh setiap orang. Ada yang bernasib baik, ada juga yang tersungkur ditengah jalan.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur 11 tahun. Namun kesusahan itu tidak membuatkan beliau mengalah, beliau sentiasa sungguh-sungguh dalam apa jua yang dia lakukan.

Atas nasib menyebelahi, beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) di sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Ads

Gadis Cantik Dahulunya Pengutip Sampah, Kini Mampu Menggenggam Segulung IjazahLebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

Gadis Cantik Dahulunya Pengutip Sampah, Kini Mampu Menggenggam Segulung Ijazah

Ads

Pencapaiannya begitu membanggakan dari seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia 11 tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampah bagi mendapatkan wang untuk membantu ibubapanya, sehinggakan dia pernah makan sisa sampah untuk mengalas perutnya.

Gadis Cantik Dahulunya Pengutip Sampah, Kini Mampu Menggenggam Segulung Ijazah

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa agar segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Ads

Gadis Cantik Dahulunya Pengutip Sampah, Kini Mampu Menggenggam Segulung Ijazah

sumber : Cambodian Childrens Fund

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI