Bagi yang meminati drama melayu, pasti sering melihat kelibatnya di kaca tv. Gelagatnya yang kepoh dan suka melatah membuatkan penonton sukakannya walaupun sering diberikan watak antagonis. Itulah dia Maimunah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Mak Jah.
Namun akhir-akhir ini, jarang kelihatan lakonan Mak jah di kaca tv. rupa-rupanya dia mempunyai masalah kesihatan.
Jual barang kemas tampung kos rawatan
Ketiadaan Mak Jah adalah disebabkan wanita berusia 71 tahun itu telah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu sejak tiga tahun lalu. Kini, dia masih berusaha mendapatkan rawatan.
Dalam usaha untuk sembuh, dramatis itu berkata dia telah menjual barang kemas miliknya hanya untuk menampung kos rawatan penyakit kansernya, baginya kesihatan lebih diutamakan berbanding harta.
“Barang kemas boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang ganti. Selagi boleh berusaha, saya tidak mengalah untuk bebaskan diri daripada penyakit itu.
“Sehingga hari ini, saya tidak mampu menebus barang kemas yang dibeli dengan hasil titik peluh bekerja sebagai anak seni.
Ads
“Tidak mengapa kerana saya baru bangkit dan mula bekerja selepas dua tahun kurang mendapat tawaran berlakon. Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh bekerja seperti dahulu,” katanya.
6 bulan alami kemurungan
Menceritakan semula detik awal disahkan kanser, Mak Jah mengakui sukar buatnya untuk menerima kenyataan itu sehingga mengalami kemurungan hampir enam bulan.
Namun, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, kini tahap kesihatannya sudah semakin beransur pulih dan sudah mahu kembali semula dalam dunia lakonan.
Ads
Dia berkurung dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan. Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mengakui, dia bagaikan patah semangat dan hilang kekuatan untuk meneruskan hidup kerana membayangkan maut yang menanti.
Namun, selepas lebih tiga tahun menderita, pelakon filem Mami Jarum, Lady Boss dan Hingga Hujung Nyawa itu disahkan bebas kanser, April lalu.
“Ketika sakit, saya tolak tawaran berlakon kerana memikirkan tiada guna lagi saya terus mengejar duniawi. Doktor yang merawat marah kerana saya terlalu melayan emosi.
Ads
“Saya hanya kembali bangkit, tahun lalu selepas mendapat motivasi daripada seorang ustaz. Ketika itu, saya bersolat setiap waktu di masjid hingga ustaz pelik melihat saya menangis seorang diri setiap hari,” katanya.
Mula berlakon secara serius menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987 , Mak Jah berkata, ustaz itu turut menasihatkannya bersabar dengan ujian Allah.
“Ustaz memaklumkan, saya beruntung dan terpilih kerana diuji dengan penyakit. Saya tahu akan mati, sudah tentu membuat persediaan untuk kembali ke pangkuan-Nya.
“Mendengar nasihatnya, saya bersemangat untuk bangkit semula. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, tidak lagi menjauhkan diri daripada rakan, tanpa mensia-siakan ibadat saya,” katanya.
Mak Jah yang membintangi lebih 100 drama dan menjayakan berpuluh-puluh filem berkata, penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.
“Saya ke Tanah Suci untuk menjalani penggambaran drama Kisah Dari Makkah. Ketika itu, saya tidak kuat sangat, tetapi saya tidak putus asa berdoa di depan Kaabah setiap hari,” katanya.
Pasti ramai yang menantikan kehadiran Mak Jah di kaca tv, semoga pelakon kita ini bertambah sihat dan terus menyinari industri lakonan..
Setelah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2, anggota kumpulan Heart, Azmi Saat meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil empat bulan.
Jelas Azmi yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Caliph Busker, dia sebelum ini belum pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun termasuklah Danial dan juga Ezad Lazim kerana merasakan semuanya masih terlalu awal.
Bagaimanapun, sehari sebelum pentas akhir berlangsung, isterinya dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gangguan pernafasan.
“Sebenarnya saya dah tahu sejak dua bulan lepas. Tapi saya tak bagi tahu sesiapa sebab masih awal lagi.
“Kandungannya sekarang dah masuk empat bulan. Danial dan Abang Ezad pun tak tahu pasal ni.
“Bila malam tadi (khamis) kami buat latihan, tiba-tiba manager saya datang kata ada kecemasan. Isteri saya masuk hospital.
“Saya terpaksa tinggalkan PICC. Pada mulanya kami rancang untuk buat latihan di rumah Danial tapi saya tak berkesempatan sedangkan hari ini final.
“Rupanya isteri saya mengalami sesak nafas. Dia memang ada asma. Paling menyentuh hati saya bila Abang Ezad dengan Danial tunggu saya di hospital.
“Mungkin pada ketika itu isteri saya penat sebab tu terjadinya sesak nafas,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai perasaanya setelah mengetahui mengenai perkhabaran tersebut, Azmi mendedah dia kini harus bersiap sedia dari segi mental memandangkan dia dan isteri sudah selesa berdua hampir 10 tahun.
“Sebenarnya isteri saya dah pernah mengandung dua tahun lepas sewaktu tahun ke lapan kami berkahwin. Ketika itu memang kami pergi buat rawatan. Tapi tak sampai dua bulan dia gugur.
“Kami dah reda untuk enjoy hidup berdua. Jadi kami memang tak fikirkan pasal anak. Ketika itu adalah rasa sedih. Tapi sekarang ini saya gembira. Tak sangka Allah bagi juga rezeki. Saya rasa tahun ini tahun saya,” akhirinya.
Pada malam final MLS2, kumpulan Heart telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 berserta trofi.
“Saya orang tua boleh sahaja makan pucuk kayu diambil tepi jalan tetapi bila memikirkan tiga anak tidak sampai hati dibuatnya.”
Begitulah luahan hati seorang bapa tunggal yang tidak paksa menahan malu. Bimbang melihat bekalan makanan makin susut. beliau berharap dengan berbuat demikian mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahu. Itulah kasih seorang ayah sepanjang masa.
Bukan tidak berikhtiar untuk bekerja namun semuanya tidak berhasil sehingga memaksa beliau kibarkan bendera putih demi memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Bimbang melihat bekalan makanan makin susut. beliau berharap dengan berbuat demikian mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun
Tak sangka PKP bersambung lagi
Bekerja sendiri sebagai pemandu lori, Yaakob Montel, 54 tidak menyangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung lagi sehingga menyukarkan beliau keluar bekerja.
“Saya ingatkan PKP 3.0 hanya sampai Isnin (28 Jun) jadi bolehlah keluar bekerja mencari duit belanja untuk makan anak-anak tetapi bila disambung ia menyebabkan saya seakan hilang arah.
“Minggu pertama serta kedua tidak bekerja boleh lagi saya menampung belanja dengan sedikit duit simpanan tetapi apabila masuk minggu ketiga dan berikutnya bekalan makanan semakin surut. Kami hanya makan nasi berlaukkan telur serta kicap selain memasak mee segera.”
Yaakob berkata,dia berbuat demikian selepas terbaca di Facebook (FB) mengenai saranan menggantung bendera putih sekiranya memerlukan bantuan barangan keperluan.
“Pada Isnin malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur sebelum terbaca di Fb mengenai bendera putih itu.
“Sebenarnya bukan mudah untuk saya berbuat demikian tetapi apabila mengenangkan anak-anak, saya kemudian mengambil baju sekolah lama dan menggantungkan di luar pagar pagi keesokkannya.
saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur.
Tiga orang masih belajar dan salah seorang anak tekun belajar di ruang serba kekurangan.
Semoga uruan keluarga ini dipermudahkan dan rezekinya melimpah ruah agar dapat meneruskan kehidupan pandemik yang mencabar ini.
Sehari dua ini kita ada terbaca perkongsian kurang seronok malah membuatkan kita turut berasa marah dengan kluster oversea yang dilihat jauh sekali adab dan akhlaknya jika ingin dibandingkan dengan kluster tabligh.
Warganet sekali lagi tergamam apabila membaca perkongsian daripada Doktor Sakinah Sulong. Seakan tidak masuk akal, golongan ‘turun dari kayangan’ ini sanggup melontarkan kata-kata jelik kepada petugas-petugas kesihatan yang membuat pemeriksaan.
Baca perkongsian penuh ini dan pasti ramai antara anda turut berasa marah, geram malah menyampah dengan sikap golongan tersebut.
Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi.
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami.
Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...