Menggabungkan nama suami dan isteri yang terdiri daripada suku kata tertentu, pastinya akan tercipta sebuah nama yang cukup unik dan tersendiri.
Ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Online berkenaan kisah keluarga besar Umar@Omar Ibrahim, 78, bersama dua isterinya, Siti Zaharah Daud, 68, dan Rokiah Ngah, 58.
Mereka punya cara istimewa dan unik menamakan 10 anak, empat daripadanya wanita dengan gabungan nama masing-masing iaitu Umzarul.
Um yang mewakili Umar, Za membawa maksud Zaharah dan Rul iaitu Rokiah.
Ads
Nama itu menjadi identiti keluarga berkenaan daripada anak sulung, Mohd Umzarulisham yang kini berusia 48 tahun hinggalah anak bongsu, Umzarul Fatihah, 29.
Anak keempat keluarga berkenaan, Mohd Umzarulfaiz, 41, berkata, setiap daripada nama itu dipilih oleh bapanya sendiri yang mana anak lelaki pangkal nama dimulakan dengan Mohd Umzarul sementara anak perempuan Umzarul.
Ads
“Orang luar memang akan pelik kalau lihat senarai nama keluarga kami, semua sama hanya nama belakang yang berlainan.
“Bagi saya, inilah identiti yang dicipta ayah untuk menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Pergilah ke mana pun dan dengan hanya melihat nama, orang tahu kami adik-beradik,” katanya.
Mohd Umzarulfaiz menganggap kurniaan nama mereka sekeluarga unik dan istimewa.
Ads
Nama: Mohd Umzarulfaiz
Umur: 41 Profesion: Jurukamera
Isteri: Hamimah Hamid Anak: Nur Ain Shauqina
Adik-beradik:
– Mohd Umzarulisham
– Umzanurain
– Mohd Umzarulazijo
– Mohd Umzarulamri
– Mohd Umzarulhaq
– Umzarul-An-Nur
– Umzarul Nadiah
– Mohd Umzarulfadlamminallah
– Umzarul Fatihah
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
Gambar sekadar hiasan
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
Gambar sekadar hiasan
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
Gambar sekadar hiasan
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
Gambar sekadar hiasan
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama. Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan tujuh panduan utama
1.Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan
2.Peluk
Setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
3.Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
4.Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
5.Persefahaman
Wujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.
6.Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
7.Permohonan
Sentiasa memohon rahmat dan keampunan daripada Allah supaya gubungan yang dibina atas dasar cinta kekal terjalin sehingga akhir nyawa.
Sumber: freemalaysiatoday.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masak tomyam kalau ada daun limau purut barulah lengkap. Beraroma semerbak baunya dan membuatkan seisi keluarga tidak sabar menjamahnya.
Pun begitu, pernah tak terjadi bila dihirup kuah tomyam tersebut terasa sedikit pahit dan sekali gus memberi rasa kurang enak hidangan yang dimasak.
Menurut perkongsian Ahalinda Darjan, ini berlaku sebab kita daun limau purut tersebut.Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.
Selamat malam…kat sini Saje saya nak berkongi sedikit ilmu buat semua .. ini daun limau purut.. bau tetap sama.. tapi mempunyai bentuk yang berlainan.. dan rasanya juga berlainan..
Daun limau purut yang berbentuk 8 lebih sedap dan wangi tiada rasa pahit walaupun batang tengah daunnya tidak di buang..
Daun limau purut yang berdaun lebar di atas dan kecil sedikit di pangkalnya tu masih berbau wangi dan sedikit pahit walaupun batang di bahagian tengah daunnya dah di buang.
Beza dari segi duri pula.. daun limau purut berbentuk 8 durinya lebih kecil dan kurang berduri.. manakala daun limau purut yang lebih lebar di atas kecil dipangkal.. durinya lebih panjang dan batangnya berduri.
Maaf la sekiranya perkongsian saya ni ada kekurangan dan kesilapan atau sebaliknya.. saja berkongsi untuk sahabat kebun yang pernah kena macam saya.. bila guna daun limau purut dalam masakkan terasa pahit.. jadi selepas ni boleh la perhatikan pokok limau purut tersebut jenis yang macam mana.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.