Rasa tak sedap badan atau demam dan selsema pasti buat anda tak boleh tidur. Apa kata cuba praktikkan petua mudah ni.
Ramuan paling berkesan setakat ni kopi panas campur kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sikit untuk redakan selsema meleleh. Selain itu , bagi anda yang tak sedap badan atau rasa nk demam atau sudah demam pun boleh.
Lepas setengh jam badan berpeluh dah kebah selsema pun hilang.. tak payah mkn panadol..???????
Kredit: fb Nfl Hakim
“Ilham…Mak Sayang Ilham.. Mak Nak Cium Ilham.” Rintih Si Ibu Ketika Menatap Jenazah Anak Mati Lemas. Sayunya Hati!
3 Oktober pastinya meninggalkan memori yang sukar dilupakan buat ibu bernama Che’ Rosmilawati Saidin, 45, ini bila mana anak lelakinya, Mohd Ilham Fahmy Mohd Azzam, 17, dikatakan terjatuh di dalam sebuah lombong.
Lebih memilukan 6 anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa ketika itu terkorban akibat lemas.
Bukan mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Namun siapa kita untuk mampu menidakkan ketentuanNya. Andai itu takdirnya, kita kena reda dan menerima segalanya dengan penuh istiqamah dan setiap ujian yang Dia berikan pasti ada hikmah disebaliknya.
Semalam, penantian si ibu ini berakhir bila mana mayat anak tersayang dijumpai oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tetap meneruskan pencarian biarpun kehilangan sahabat dalam operasi tersebut.
Biar hanya mampu merenung dan memeluk jasad yang sudah terbujur kaku, namun ibu ini pasrah.
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang diketuai Ustaz Rafie Zainal menceritakan detik pilu dan menyedihkan sewaktu menguruskan jenazah pelajar berkenaan.
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
“Ilham…mak sayang Ilham.. mak nak cium Ilham..,” rintih ibunya perlahan sambil mendakap sayu jasad anaknya itu.
Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya.
Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.
Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”
Sumber: FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia)
-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi;
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah
Cukup Hanya Berat Naik, Bukan Obesiti, Bahaya Undang Ibu Hamil!
Obesiti dan kegemukan adalah norma dalam kehidupan kini. Kes obesiti telah meningkat secara dramatik sejak 25 tahun kebelakangan ini. Pengambilan kalori yang tinggi dari air berkarbonat, makanan segera serta makanan ringan kian bertambah.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.
Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan
Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Cara Kawal Berat Badan
Berikut adalah cara mengawal berat badan ketika hamil serta langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko yang disebutkan di atas.
Pemakanan sihat
Rujuk kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini.
• Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
• Jaga-jaga kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk ‘2 orang’.
• Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang, buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan kalori
• Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Makan dalam kuantiti kecil
Ibu mengandung dinasihatkan untuk makan lebih 300 ke 400 kalori sahaja berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Gunakan kalori lebih ini untuk makan makanan berkhasiat. Doktor sarankan untuk mengamalkan cara pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap.
Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika lapar, ambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau sepinggan buah-buahan.
Vitamin D
Semua wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D.
Minum air secukupnya
Hamil atau tidak, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk fungsi badan yang optimum. Dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu, pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan risiko sembelit serta mengembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan.
Bersenam ketika hamil
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan. Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga. Gaya hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu.
“Orang Kata Mula- Mula Kahwin Memang Semuanya Indah, Tapi…” – Diana Danielle Kongsi Momen 7 Tahun Hidup Bersama Farid Kamil
Pelakon Diana Danielle dalam satu perkongsian meluahkan rasa syukur kerana selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Farid Kamil hidupnya sentiasa bahagia.
Menurut Diana dia rasa sangat menakjubkan apabila perasaan sayangnya terhadap suaminya dizahirkan secara semula jadi.
People say “mula-mula kahwin memang semuanya indah”, but alhamdulillah 7 tahun being married to you masih banyak yg terasa indah indah belaka. ‘
Ni bukan ayat pancing, ive never asked for a handbag (lol tak minat) or a holiday trip (i’d love this tho), im just amazed at how i naturally feel about you @faridkamilz .
Demikian antara bait-bait luahan perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto dia dan suami ketika majlis pernikahan mereka.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kebahagian mereka.
Pasangan ini bernikah pada 12 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad dan Nur Aurora
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Sumber: IG dianadanielleb