Kebaikkan bahan-bahan semulajadi dalam penjagaan kecantikan memang telah lama diketahui umum sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan telur, lidah buaya, sireh, daun inai malah banyak lagi jika ingin disenaraikan. Semuanya masih kekal diamalkan hingga kini.
Pun begitu, menggunakan habbatus sauda di dalam penjagaan kecantikan mungkin ada yang belum tahu berbanding manfaatnya di dalam penjagaan kesihatan.
Ini apa yang telah diamalkan oleh Nura Elias dengan menghasilkan masker menggunakan gabungan habbatus sauda. Hasil amalan ini menjadikan kulit wajahnya bukan sahaja bebas jerawat malah terlihat bersih dan berseri.
Ini cara penyediaan masker Habbatus Sauda.
Bahan-bahan:
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu beras -dikisar kasar
1 Sudu habbatus sauda-dikisar kasar
Cara Penyediaan :
1. Letak air dan gaulkan semua bahan tadi.
2. Sapu di wajah, biarkan 15-20 minit kemudian cuci dengan air suam.
Ini hasilnya, kulit lebih bersih dan kulit mulus.
Manfaat 3 ramuan
Habbatus Sauda
Habbatuauda sangat kaya dengan omega semulajadi untuk pertumbuhan kulit baru. Ia juga dapat meremajakan kulit serta anti kedut. Tak mustahil kulit akan sentiasa tegang bila konsisten dalam rutin detox mingguan.
Kunyit
Kunyit dapat membersihkan muka dari bakteria. Kunyit mengandungi anti oksida dan anti radang yang mampu membuatkan kulit kita nampak lebih glowing dan cerah sekata.
Beras
Beras dapat menghaluskan kulit wajah serta mengencangkan kulit wajah dan mengecilkan pori-pori kulit. Beras juga terkenal sebagai ajen pemutih kulit yang semulajadi.
Amalkan 3 kali seminggu dan anda boleh lihat hasil pada minggu ke tiga.
Sumber : Nura Elias