Menyebut G6PD mungkin ada diantara kita kedengaran bunyinya begitu asing. Pun begitu, hakikatnya G6PD pada dasarnya tidaklah perlu bahaya dan tidak perlu dirisaukan andai tahu pantang larangnya. Namun jika tersalah langkah, boleh undang bahaya. Oleh itu, nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada doktor ini untuk info bersama.
G6PD dan Pengambilan Ubat-ubatan
Ramai ibu bapa yang risau apabila mengetahui anak mereka menghidap penyakit kekurangan enzim G6PD. Sebenarnya apakah penyakit ini dan adakah ia sesuatu yang berbahaya?
Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) ialah sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsinya adalah untuk menstabilkan membran sel darah merah. Paras enzim G6PD yang rendah merupakan satu penyakit bawaan genetik yang ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah lelaki, manakala perempuan pula biasanya adalah pembawa.
Kekurangan enzim G6PD adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan khas yang dapat menyembuhkan G6PD kerana rawatan biasanya tidak diperlukan sekiranya penghidap tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.
Pesakit kekurangan enzim G6PD ini amat mudah mengalami keadaan kekurangan sel darah merah atau dikenali juga sebagai anemia apabila mereka terdedah kepada ubat-ubatan tertentu, makanan dan bahan-bahan tertentu atau jangkitan. Apabila terdedah kepada unsur-unsur ini, pemecahan sel-sel darah merah atau dikenali juga sebagai hemolisis akan berlaku seterusnya menyebabkan anemia.
Pada kebiasaanya, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD ini jarang menunjukkan sebarang gejala atau komplikasi. Jika berlaku hemolisis anemia atau krisis sel darah merah pecah, dapatkan rawatan di hospital dengan segera. Antara gejala penyakit anemia adalah seperti sesak nafas, pucat, sakit dada, tidak bermaya, pening, degupan jantung yang laju, penyakit kuning (jaundice) dan pembesaran limpa.
Ads
Semua bayi baru lahir akan disaring untuk mengenalpasti penyakit kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusatnya. Bayi-bayi baru lahir yang dikesan mempunyai kekurangan enzim G6PD ini perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa tertentu kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang serius dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan.
Paras bilirubin pada tahap tertentu boleh memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal. Bayi yang mendapat penyakit kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Walau bagaimanapun ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan kekurangan enzim G6PD ini biasanya tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu berhati-hati terhadap pemakanan dan ubat untuk mengelakkan berlakunya hemolisis. Pesakit perlu mengetahui jenis ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang perlu dielakkan.
Ads
Pesakit yang menghidap kekurangan enzim G6PD perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Antara contohnya adalah elakkan perkara-perkara yang berisiko tinggi seperti makan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat, mengambil sesetengah antibiotik yang mengandungi sulfur, ubat tradisional, ubat anti-malaria, udara yang mengandungi bahan kimia dan ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium.
Terdapat ubat-ubatan alternatif yang selamat dan boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD dalam rawatan penyakitnya. Namun, semua ubat-ubatan yang diambil haruslah atas nasihat doktor atau ahli farmasi. Selain daripada itu, pesakit kekurangan enzim G6PD dinasihatkan untuk memaklumkan kepada doktor setiap kali sebelum menerima apa-apa rawatan di hospital atau klinik kesihatan bagi memastikan ubat-ubatan yang diterima adalah selamat untuk mereka.
Jika pesakit kekurangan enzim G6PD termakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan hemolisis akut atau syaki mengalami gejala hemolisis, pesakit hendaklah berhenti ambil ubat tersebut serta-merta dan mendapatkan rawatan daripada doktor segera. Dalam keadaan hemolisis akut yang serius, pemindahan darah mungkin akan diberikan. Namun, ibu bapa juga perlu tahu bahawa apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis akan berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan dan berterusan jarang berlaku.
Ads
Selain daripada menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD pula perlu berhati-hati kerana terdapat juga ubat-ubat yang diambil boleh memasuki susu ibu. Walaupun begitu, tidaklah bermaksud ibu ini tidak boleh menyusukan bayi mereka, mereka hanya perlu berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi agar jenis ubat yang sesuai diberikan.
Pesakit yang mengalami penyakit kekurangan enzim G6PD boleh menjalani kehidupan secara normal dengan mengambil perhatian yang serius terhadap diet dan ubat. Pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk pesakit dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan berlaku.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.
Disediakan Oleh
Melinda Kwan
Pegawai Farmasi
Hospital Queen Elizabeth, Sabah
Barang lama, selagi boleh digunakan jangan buang! Mungkin kata-kata ini tidak boleh digunapakai pada barangan atau alatan penyediaan makanan terutamanya papan pemotong.
Umumnya, papan pemotong akan kita gunakan sampai bila-bila selagi tidak terbelah dua.
Namun tahukah anda, andai terdapat banyak kesan hirisan hingga menyebabkan terlihat berdaki, itu sebenarnya menjadi tanda bahawa papan pemotong tersebut selayaknya tidak digunakan lagi.
Sebabnya apa?
Ianya sangat merbahaya dan boleh menjadi punca cirit birit dan seterusnya keracunan makanan untuk seisi keluarga.
Untuk lebih jelas lagi tentang itu, ikuti perkongsian doktor ini.
Lama dah perasan benda ni makin tak elok tapi hari ni saya tak teragak-agak lagi nak buang keluar benda ni dari rumah saya.
Mujurlah masa kami singgah kat DIY semalam, isteri saya teringat yang salah satu papan pemotong kami ni dah calar balar dan berdaki. Apa lagi, dia teruslah capai papan pemotong yang baru masukkan ke dalam troli.
Bukan apa, benda ni kalau jarang tukar dan asyik guna sampai dah nampak daif dan berkulat, takut takut itulah sebenarnya yang jadi punca kita sekeluarga kat rumah selalu sakit perut dan cirit birit akibat keracunan makanan.
Mana taknya, kalau kalian perasan kesan calar dan merekah pada papan pemotong tu adalah antara tempat bakteria bahaya seperti E. Coli dan Salmonella berkumpul dan membiak.
Ada satu kajian ni, pengkaji jumpa yang rupa-rupanya pada setiap 1 cm persegi papan pemotong yang kotor dan penuh kesan rekahan, kat situ je dah mengandungi lebih dari 24 ribu bakteria. Beratus kali ganda lebih banyak berbanding kuman kat tempat duduk tandas yang kita buang najis tu!
Lepas ni saya mintak kalian pun cepatlah pergi cek papan pemotong kat dapur tu. Kalau agak-agak dah daif sangat tu, bolehlah cari yang baru ye.
Lagi satu, tolong asingkan jugak papan pemotong untuk bahan mentah macam ayam, ikan dan daging dengan papan pemotong untuk sayur dan buah.
Bila kita gunakan papan pemotong yang sama, risiko untuk kuman pada bahan mentah yang belum dimasak tadi berpindah pulak melekat kat sayur atau buah yang kita nak makan tu nanti jadi sangat tinggi dan boleh mengundang bahaya.
Badan kita orang dewasa mungkinlah ada sistem imuniti yang kuat. Tapi kalau jangkitan tu terkena kat anak kecil kita, silap haribulan terpaksa duduk beberapa hari dekat wad di hospital sana.
Ahmad Luqman Bukhari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebarangkalian untuk pesakit Covid-19 menyebarkan virus dan terkena petugas kesihatan, risikonya tetap ada.
Pun begitu, frontliner Covid-19 tetap tabah memberikan perkhidmatan terbaik walaupun tugas yang dipikul kini cukup merbahaya.
Ini sebagaimana apa yang dialami oleh staff nurse ini, tanpa diduga turut menjadi mangsa Covid-19 apabila disahkan positif.
Rentetan daripada itu, hatinya lebih terasa sayu bila seisi keluarga serta anak kecilnya juga terpaksa melalui ujian swab yang begitu menyakitkan.
Oleh itu marilah kita doakan agar keputusan ujian keluarga ini adalah negatif Covid-19 dan wanita ini segera sembuh.
Ikuti perkongsiannya.
Salam semua kawan – kawan
Terima kasih atas doa kalian semua ,maaf jika saya xsempat balas mesej anda semua.
Pada 3hb April saya dapat panggilan dari pihak hospital memberitahu saya COVID 19 positif.
Pada mula nya,saya sgt sedih.Rasa down sangat.Saya tak sangka saya sihat selama saya menjalankan tugas sepanjang wabak COVID bermula.Saya rasa kecewa sangat.Memang tak dapat nak gambar kan dengan kata – kata..Air mata tak berhenti mengalir .
Sehingga lah saya di ambil oleh ambulance KKM di rumah saya.
Terdetik juga,apa jiran akan cakap nti bila nampak ambulance dgn staff berpakaian sperti ini.tapi saya tawakal..serahkan pada Allah. Alhamdulillah ,jiran jiran saya sgt baik.Semua mendoa kan saya.
InshaAllah saya akan berfikiran positif untuk melawan COVID19 .Saya tak sabar nak kembali bertugas bersama frontliner smua .
Saya tak menyesal menjadi staff nurse. Saya akan terus kan kerja saya.
Teruskan berdoa agar wabak ini berakhir. Teruskan ikut perintah kerajaan untuk duduk di rumah sehingga kita berjaya memutus kan rantaian wabak ini.
Maaf kan mama Mirza..Mirza kena hadapi semua ini ..
Mama tau sakit bila kena swab hidung & tekak..
Mama tau kamu kuat..babah bgtaw kamu berani..tak takut langsung ..tinggi semangat kamu Mirza..
Mama doa kan keputusan swab Mirza , Babah, Abah ,Mak, Achu, Angah , Umar, Hamzah semua negative
Update : Harini semua keluarga saya ke KK Meru untuk menjalani ujian swab COVID 19
Andai seseorang ibu atau isteri ingin membuat perubahan besar pada diet harian demi mendapatkan berat badan unggul bagi dirinya, pasti sesetengahnya merasakan ianya bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi, jika setiap hari sudah menjadi rutin harian memasak hidangan yang enak untuk dijamah oleh seisi keluarga. Pasti sahaja, bila terlihat pelbagai menu tersebut akan secara tidak sengaja, kita sendiri boleh makan bertambah pula jadinya. Ini sekali gus membantutkan usaha untuk berdiet.
Pun begitu, jika anda rajin menyediakan menu berasaskan cendawan ia sebenarnya baik untuk anda sekeluarga. Bukan sahaja dikatakan boleh bantu turunkan berat badan, malah banyak lagi khasiatnya.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh coach Syai Aizat di akaun fb. Jom semak apa katanya.
SIHAT DENGAN SI CENDAWAN
Siapa suka cendawan? Berita baik untuk anda. Bukan setakat sedap dimakan, tapi juga sebagai ‘nature medicine’. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan.
Kebaikan Cendawan :
1. Fat-Free, tinggi fiber, sangat rendah kalori
(1/2 mangkuk – 10kcal)
2. Tinggi mineral – mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc.
3. Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid
Dapat membantu untuk :
1. Menurunkan berat badan
2. Meningkatkan sistem imun
3. Mencegah kanser
4. Menurunkan tekanan darah
5. Menurunkan kolestrol
Ia boleh diambil sebagai ‘pengganti daging’ kerana sifat kekenyalan dan mineral yang tinggi.
Saya share menu sihat cendawan
Bahan-Bahan
1.Cendawan
2.Bawang merah+ bawang putih
3.Lada hitam
4.Cili padi
5.Telor
6. Air
7.Secubit Garam
Cara-caranya
Didihkan air,masukkan bawang merah,putih,cili padi,kacau-kacau.Kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan telor,tunggu masak masukkan secubit garam dan tutup api.