Keletah si comel, anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ni memang cantik dan bijak bergaya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Walaupun baru berusia setahun lapan bulan tetapi si kecil yang berwajah cantik ini tak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Bahkan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang terkenal suka bergaya dengan handbag juga ada meninggalkan komen ‘geram’ dengan gelagat puteri sulung Rizman yang gemar bergambar dengan beg tangan.
Bijak Bergaya Kesayangan Daddy
Rizman sendiri gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera dan pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati pengikut Instagram bapanya.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Sumber: Instagram rizman.n
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!
“Ada Yang Masuk IPG Famili Paksa, Tapi Kini Dia Paling Hebat Dalam Batch.” Padu Nasihat Guru Kepada Bakal Mohon Jadi Pendidik Isi Kekosongan 18K!
Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
Justeru pelbagai pandangan yang dilontar mengenai kreadiliti bakal pendidik yang akan mengisi kekosongan jawatan kosong berkenaan.
Bagi guru ini, dia mempunyai pandang tersendiri mengenai hal ini. Malah menyahut baik hasrat kerajaan.
Buat yang minat bergelar pendidikan, anda pasti boleh!
“Kalau korang rasa tak sure nak jadi guru, tak payah la, nanti menyesal, susahkan diri susahkan anak bini susahkan sekolah pula..”
“Kalau korang takda skill nak handle pelajar, baik tak payah!”
Ni nasihat biasa kita dengar, kan? Tapi hari ni saya nak bagi nasihat lain sikit, hehehe, dari pendapat saya yang lemah ni.
Kalau korang minat, cuba saja, try. Cari pengalaman. Kita tak akan tahu benda tu sesuai dengan jiwa kita selagi kita tak cuba. Kalau profession ni sesuai dengan hati kita, kita sendiri akan ada kemahuan nak improve kemahiran yang di perlukan di sekolah, yang di perlukan bila bersama murid. Kita akan belajar dengan cara langsung dan tak langsung.
“Tapi kami ni tak terlatih,,,” Tak apa, saya yakin akan ada latihan khusus di sediakan nanti, dan pengalaman akan mengajar anda nanti.
Saya ada member masuk IPG kena paksa family, sepnjang pengajian merengus saja, sekarang dia antara yang paling berjaya dalam batch kami.
Ada member yang tiba-tiba di hantar ke sekolah untuk berkeperluan khas, basic tak ada, setahun awal tu murung je rupa dia,, tapi sekarang, bila dah ternampak hikmah kenapa dia di hantar ke sekolah tu, dia la paling semangat sekarang, bentang sana sini, lepak makan pun sembang pasal inovasi MBK,, hahaha sengal ah
Pada saya, kedatangan korang dalam profession ni saya bukan sekadar nak tengok apa yang korang boleh buat untuk sesuatu subjek tu,, (ada tak kemahiran ajar subjek tu subjek ni), tapi lebih dari tu. Saya tengok dengan kemasukan anda beribu-ribu ni, sekolah nanti dapat beribu-ribu kelebihan, talent, passion and minta masing-masing dan lain-lain.
Korang akan offer sekolah perlbagai benda yang korang boleh buat, bukan sekadar cara mengajar. Lebih lagi. Tak kira apa kemahiran dan kelebihan korang, selagi tak langgar peraturan, manfaat akan dapat pada pelajar, generasi di bawah kita.
Saya ada senior lelaki yang agak lembut dan selalu di ejek, sekarang asyik sekolah beliau je dapat wakil ke pertandingan tarian kebudayaan, ke level tinggi-tinggi, hasil kemahiran beliau.
Ingat content knowledge ni kita boleh belajar, tapi passion dan minat ni adalah dari kecil kita pupuk dalam diri kita. Dan saya percaya kat sekolah adalah salah satu tempat yang sesuai nak kembang bakat dan inspirasikan jiwa lain.
Bagi saya, jom cuba. Kalau dah rasa tak sesuai dengan hati nanti baru la, rasa stress depress kaunseling dan lain-lain pun tak dapat baru la kita fikir jalan keluar, saya ada member yang dari batch saya, baru tahun ke empat, dari daerah saya, dah keluar dan sekarang tengah further bidang lain. sedih tapi salute dan respek denga dia, sebab dia tak jumpa happiness dalam bidang ni, kita sebagai kawan, kita tak halang, tapi kita support.
“Jangan sampai pilih jalan, nanti kau tak happy,” ada yang kata macam tu nanti, tapi dia tak tahu kita boleh ‘patah balik’ kalau salah jalan. Tak salah mencuba, dan tak salah ‘tersalah jalan’.
Yang salah tu geng-geng yang dia dah tau dia salah jalan, tapi choose to redha and stay je dalam bidang ni. Bila dah rasa hati tak ada sebagai pendidik, dia redha je, jadi parasit makan gaji, tak ada motivasi, xda semnagat pendidik, tapi redha je sebab gaji, pentadbir pun malas dah nak layan dorang, nak bagi tugas kat dorang, letak semua dekat yang rajin, lantas mensia-sia kan pelajar kita,,pastu bagi nasihat salah, “kalau ko rasa tak boleh, sila balikk!”
Akhir kata jom cuba, kami sambut dengan tangan terbuka, dan sedia bantu. Serius weyh kekurangan guru sekarang, waktu mengajar saya sendiri saja sudah 42 waktu seminggu haha.
Kita bukan tak suka dengan projek dan program yang banyak di bagi oleh pihak atasan tu, kami nampak manfaat dan objektifnya, CUMA kami tak cukup tangan kat sekolah, pihak PPD pun nampak kelam kabut, kesian haaaa.. ok,, thats all from me.
Manatau ada dapat kat SK Luagan Lawas nanti, saya belanja popia time melapor nanti hehe.
Sumber: Muhammad Nazmi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Menjadi ‘Remy Ishak’ & Disebut-Sebut Buat Wanita Rasa ‘Insecure’.” Tak Cerewet & Memilih, Remy Akui Soal Jodoh Tak Boleh Main ‘Sauk’ Sahaja.
Namanya cukup hot buat masa kini, ‘tall, dark dan hensem sesuai menggambarkan sisi pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini. Tidak hairanlah dia kian diglai ramai dan rezekinya dalam industri lakonan cukup murah.
Lima tahun mengikat tali pertunangan, namun tiada jodoh antara mereka akhirnya ikatan tersebut terlerai di tengah jalan. Biar pelbagai tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan, namun empunya diri hanya bersikap mendiamkan diri.
Tak boleh main ‘Sauk’
Namun, dia tidak dapat lari dari disoal bab jodoh, lebih-lebih lagi dengan status solonya kini.
“Setakat ini saya masih lagi solo untuk tahun ini. Jodoh ini kita tak boleh nak ramal , ada juga saudara yang cuba nak kenal-kenalkan. Tapi ini soal masa depan, kita tak boleh nak main ‘sauk’ jer.
“Hidup dengan seorang selebriti bergelar pelakon bukan semudah yang disangkakan. Takut nanti mereka terperanjat, balik rumah tak menentu masanya, kena marah pula kan. Kalau ikutkan tak bersedia dengan soalan-soalan bila nak kahwin dan sebagainya, tapi saya reda. Yang penting nak ‘tutup mulut’ saya hulur ‘angpau’ jer,” seloroh Remy lagi.
Ibu mula bertanya soal jodoh
Ditanya penerimaan ibunya tentang soal jodoh, akui Remy ibunya turut bertanyakan hal tersebut.
“Ibu pun makin lama makin berumur, ada juga dia ada bertanya dan bercakap soal ini. Tapi tunggulah kalau ada jodoh tak ke mana. Ini soal hati dan perasaan. Lagipun perkahwinan satu benda yang serius bagi saya sebenarnya. Ia bukan soal perhubungan 5 atau 10 tahun sahaja.
Susah nak cari orang faham kerja pelakon
“Memang banyak cabaran berkahwin dengan selebriti. Malah, perhubungan saya sebelum ini tak boleh nak handle benda ini. Sangat sukar sebenarnya nak cari orang yang betul-betul faham seorang pelakon dan ditambah pula saya kini menceburi bisnes. Masa sangat limited dan orang yang saya kenali harus faham sisi hidup saya sebangai pelakon dan juga usahawan.
“Saya bukan jenis cerewet tapi mudah orangnya. Cuma kadang-kadang orang tak paham ruang kerja kita. Menjadi Remy Ishak sebagai pelakon dan selalunya disebut-sebut membuatkan ada wanita rasa ‘insecure’ . susah sebenarnya nak cakap. Mungkin kalau saya dah ‘slow down’ dalam industri dan nama dah tak dikenali waktu itu mungkin baru mereka rasa selamat.
“Tapi buat masa sekarang saya tak nak tolak rezeki kerana dulu benda tak baik datang bila saya asyik tolak tolak rezeki. Allah pernah bagi pengajaran bila kita tolak rezeki, jadi saya sudah tak berani tolak lagi dan terima apa yang diberikan,” ujar Remy lagi.
Setiap tahun bantu keluarga buat persiapan raya
Anak kedua dari empat beradik ini juga mengakui turut membantu keluarga dalam membuat persiapan raya.
“Memang ini adalah tanggung jawab saya, malah sejak bergelar anak seni lagi saya sudah biasa membeli baju raya dan sebagainya untuk keluarga dan juga anak buah. Untuk raya kali ini, kami menyambutnya di Masjid Tanah, Melaka. Kalau diikutkan dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dan ahli keluarga yang lain beraya dengan bercuti di luar. Cuma tahun ini kami pilih untuk beraya di kampung. Disebabkan kali ini jadual saya sangat padat, menyebabkan tak banyak perancangan yang saya boleh lakukan,
“Soal juadah tak memilih, lagipun mak tak berapa sihat dan kakak saya pun ada family sendiri. Jadi apa yang mereka sediakan ketupat, lemang dan sebagainya saya terima sahaja. Kalau tahun lepas saya cat rumah, tapi tahun ini nampak gayanya tak boleh berbuat demikian kerana tak ada masa untuk semua ini. Tapi saya alu-alukan kehadiran peminat untuk datang beraya. Setakat ini saya tak pernah hadkan duit raya, tetapi biasanya saya ada sediakan,” jelas Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lagi.
Kolaborasi & Ikon Fesyen Minaz Men
Beliau ditemui dalam satu majlis pelancaran Minaz Blooming Raya 2019. Dalam majlis tersebut, Minaz mengumumkan kolaborasi bersama Pelakon Pujaan Hati Kanda dengan memperkenalkan Minaz Men Collection yang memberi fokus kepada Baju Melayu sekali gus menjadi ikon fesyen bagi koleksi tersebut.
Hadir dalam 18 warna yang menarik, busana baju melayu garapan idea Minaz dan sentuhan Remy ini berkonsepkan moden fit. Potongan moden , elegan dan staylish tapi masih mengekalkan konsep klasik dan itu yang menjadi tarikan Remy untuk menerima tawaran sebagai face of Minaz Men.
Gambar: kakifoto & Ig Remy Ishak
Tidur Berasingan Disebabkan Anak, Jangan Biar Berlarutan!
Sedar atau tidak disebabkan anak hendak sentiasa tidur bersama ibu, akhirnya pasangan suami isteri pula terpaksa tidur berasingan.
Pun begitu, adakah hal ini boleh dibiarkan berlarutan dan apakah pula kesannya pada hubungan suami isteri tersebut.
Berkongsi pandangan tentang ini, saudara Akhtar Syamir memberi peringatan untuk pasangan suami isteri segera berubah. Sebab apa dan kenapa, jom kita fahami perkongsiannya itu.
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
BroOhsem
sumber : Akhtar Syamir