Pelakon Betty Rahmad sering berkongsi video perkembangan anaknya, Ardy Wira. Banyak video gelagat Wira yang selalu menarik perhatian ramai.
Terbaru, dia memuatnaik satu video yang memaparkan Wira sedang solat berjemaah bersama bapanya. Namun sekali lagi gelagatnya dalam video tersebut telah meraih perhatian ramai.
Kedengaran Wira telah membaca surah Al Fatihah dengan nada yang tinggi mengalahkan suara bapanya sebagai imam solat. Sempat Betty berseloroh siapa sebenarnya yang menjadi imam.
Hingga kini, perkongsian video Wira sedang solat itu telah mendapat lebih 18 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Amboi Wira lajunya bacaan surah tu, nak ke mana baca laju-laju.
Boleh ke baca lagi kuat dari imam macamni guys??? Siapa imam sebenarnya ni? 😅😂
Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.
Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada2 nk juga guling . Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Kalau sampah tidak dibuang dan terbiar lama sehingga dua hingga tiga hari pasti ulat sampah mula muncul.
Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.
Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu. Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.
Petua 1
bunga cengkih dan tumbuk kasar.
2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
Sumber: la-abwa.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda banyak kepentingan dan manfaat jika aktif bersenam. Salah satunya mengelak daripada mengalami masalah kerapuhan tulang.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menjadi punca mudah terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.
Majalah Keluarga mendapatkan kupasan mengenai permasalah ini menerusi perkongsian tip yang di kongsi oleh Dr Sharizan Mohamed Yusoff,Pakar Ortopedik Wanita di Columbia Asia Setapak.
“Sebenarnya badan kita mempunyai sistem muskuloskeletal yang merupakan bahagian badan yang berfungsi bagi menyokong berat dan membantu pergerakan badan manusia.
“Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan. Sistem ini disokong oleh sejumlah 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot yang membantu pergerakan tubuh yang stabil dan kuat ketika melakukan aktiviti.”
“Terdapat beberapa masalah yang sinonim dihadapi oleh manusia berkaitan sistem muskuloskeletal ini iaitu osteoarthritis, sarkopenia dan ostroporisis.”
“Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).”
“Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.”
“Sarkopenia adalah satu situasi atau keadaan yang terjadi apabila manusia kehilangan jisim badan, kekuatan serta fungsi otot.”
“Pengurangan jisim badan dan fungsi otot ini terjadi kerana terdapatnya proses penghancuran (catabolisme) dan pembentukan (anabolisme) di dalam sel otot.”
“Penyakit sarkopenia dapat mempengaruhi sistem muskuloskeletal tubuh sehingga berisiko tinggi menyebabkan penderitanya mudah terjatuh dan cedera.”
“Ostroporisis pula adalah penyakit berkaitan tulang yang akan berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
“Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.”
SIAPA BERISIKO?
Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah sistem musculoskeletal ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut.
Individu tidak mengamalkan pemakanan yang sihat yang boleh menyebabkan pengurangan nutrisi
Individu yang tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal terutama mereka yang bekerja di pejabat dan kurang melakukan pergerakan
Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti radang usus yang boleh menganggu penyerapan nutrien
Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, kekurangan imun badan dan ketidakseimbangan hormon.
APA TINDAKAN ANDA
Konsep pemakanan sihat (healthy plate) atau Suku Suku Separuh amat sesuai dan berkesan untuk diamalkan.
Anda hanya perlu membahagikan pinggan anda kepada suku pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti, suku pinggan ikan atau ayam, itik, daging mahupun telur serta separuh pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan juga aktiviti senaman ringan bagi yang lebih berusia terutama bagi mereka yang berkerja di pejabat dengan kerap melakukan pergerakan seperti berjalan, menaiki tangga, tai-chi ataupun yoga.
Bagi orang muda, senaman yang lebih agresif agak sesuai atas faktor usia dan kekuatan yang boleh memberikan kesan yang lebih cepat dan baik antaranya latihan di gimnasium, muay-thai, berlari anak (jogging) atau mendaki bukit (jungle tracking).
Keluarga: Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri termasuk menjaga pemakanan dan kerap bersenam supaya dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.