Coklat mempunyai kuasa luar biasa. Ia dikatakan sebagai lambang cinta, keceriaan, penyembuh kesakitan dan membantu mengurangkan depresi.
Menurut pakar kimia dari Jerman, Justus Von Liebig mengesahkan coklat adalah makanan sempurna, di sebalik rasanya yang enak, kaya nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga.
Amalan memakan coklat juga baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.
Siapa sangka, bermula dari minat coklat dari kecil, akhirnya CEO Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi berjaya mengeluarkan produk berasaskan coklat sendiri yang kini sudah ada 9 produk keseluruhannya iaitu Choco Albab Choco Rice, Choco Albab Choco Ball, Choco Albab Mini Choco Crunch, Choco Albab Mini Choco Dorayaki, Albab Cookies Dark Chocolate Cookies, Albab Cookies Red Velvet Cookies, Albab Cookies Famous Mocha Cookies, Choco Albab Belgian Dark Chocolate dan yang terbaru Unicorn Strawberry Chocolate.
Menurut jejaka berusia 37 tahun ini, beliau mengikut jejak atuknya yang memulakan perniagaan dengan membuka kilang papan. Dari situ, atuk melatih anak-anak dan cucu untuk berniaga. Sejak melihat kegigihan atuk itu membuahkan hasil hidup senang dengan berniaga menjadi punca Said untuk turut serta dalam bidang perniagaan.
Mengimbau kembali ketika pertama kali memulakan bisnes pada umur 24 tahun, dia akui ketika itu memang tiada apa-apa ilmu tentang perniagaan dan Said juga pernah memasuki sektor awam namun buat keputusan untuk berhenti kerja. Meskipun kecewa, ibu bapa Said tetap akur dan mendoakannya. Berkat doa mak dan sedekah ayah niatkan untuk anaklah membuatkan Said berjaya dan akui tidak mahu kehilangan dua sumber utama kejayaannya itu.
Ads
“Habis belajar di UPM, masuk kerja kerajaan. Tak berapa lama kemudian terlibat dengan perniagaan jualan langsung selama 14 tahun. Selepas itu, Covid bermula, timbul satu idea untuk keluarkan produk coklat di mana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan makanan sangat tinggi memandangkan saya pun memang minat coklat dari kecil. Mak selalu bebel ‘hei makan coklat banyak betul dia ni’.
“Mulakan perniagaan Choco Albab waktu PKP tahun 2021, awalnya nampak perlahan, kemudian launch pada bulan puasa tahun yang sama dan berjaya dapat jual 50 ribu tub pada ketika itu,” kata anak kelahiran Terengganu ini.
Mungkin ada di kalangan peminat produknya berfikir kenapa nama albab, kan? Ada kena mengena ke dengan cerita Ahmad Albab ke? Bagi yang baru tahu, Said memilih nama albab ini mengikut pada maksud albab itu sendiri yang membawa erti kebahagiaan, pintu rezeki dan pintu kekayaan.
“Waktu itu saya di kampung, tengok cerita ahmad albab. Saya terfikir kenapa P Ramlee guna nama albab. Bila saya cek rupanya albab tu pintu, tapi kenapa pintu?
Ads
“Rupanya albab ni ialah kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kekayaan. Dalam Islam albab adalah kebijaksanaan. Ia beri banyak maksud dan maksudnya sangat bagus. dari situ saya berazam mesti jadikan bisnes coklat ni sebagai pintu rezeki untuk ramai orang juga,” jelasnya.
Rasanya setiap orang pasti pernah merasa diri ‘down’ dalam segala hal. Said akui dirinya pernah berada di titik kesusahan bila ‘down’ beberapa kali, sehingga tahap tiada duit untuk bayar kereta dan sewa rumah. Namun itu tidak mematahkan semangatnya apabila dia mengambil keputusan untuk membuat dua perkara ini, iaitu yang pertama mencari guru yang betul atau mentor untuk menarik dia bangkit semula.
“Yang kedua, ketika nak bangkit tu dekatkan diri dengan Allah. Waktu itu saya banyak meminta sebab saya tahu Allah akan bagi. Itu saya punya kepercayaan, saya tahu Allah bagi. Alhamdulillah saya pernah jatuh 2014, 2015 saya bangkit,” tambahnya.
Ads
Lumrah sebagai peniaga, pasti akan berdepan dengan cabaran. Untuk bisnes Choco Albab ini, Said menggunakan sistem agen atau direct selling. Jadi cabaran yang perlu Said hadapi adalah untuk develop usahawan dan agen supaya pandai menjual.
Selain itu, bila jual makanan, yang penting adalah kualiti produk. Coklat sensitif dengan cuaca, bila pos parcel coklat boleh kering. Jadi bukan senang kualiti tu nak maintain, walaupun bukanlah banyak kerosakan berlaku. Orang yang jual makanan akan hadapi cabaran yang sama.
Siapa sangka, bermula dengan tak sampai 200 orang agent, kini sudah ada 23 ribu orang agent dan berbelas juta jualan Malah bukan hanya di Malaysia, Choco Albab kini sudah ada cawangan sendiri di Singapura dan Borneo. Oleh itu, Untuk masa akan datang, Said harapkan untuk bantu lebih ramai orang dan lahirkan ramai usahawan berjaya.
“Perniagaan coklat ini walaupun dikatakan kecil mungkin tak dipandang orang kerana tak menguntungkan. Walaupun harganya hanya RM17 tetapi coklat ni boleh mengubah ramai orang sebab kita ada ramai testimoni yang dulunya hidup susah, sekarang alhamdulillah hidup senang, income puluhan ribu walaupun baru setahun menjual.
“Saya nak tambah ramai agent, kita nak bantu lebih ramai agent sebab saya punya vision adalah togetherness. Saya kena berjaya bersama-sama. togetherness,” tambahnya.
Yang mana belum pernah merasai produk Choco Albab, boleh la dapatkan di pasaran, atau beli pada agen-agen yang sedia ada di seluruh Malaysia!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaannya pada hari raya, pasti juadah yang sama akan dihidangkan oleh setiap rumah. Ianya merupakan makanan tradisi yang menjadi kegemaran setiap golongan.
Mana tidaknya, juadah-juadah ini walaupun dimakan di setiap rumah yang dikunjungi namun tetap punyai keistimewaan tersendiri. Orang kata, air tangan si pembuatnya itu yang istimewa.
Oleh yang demikian, apa kata bagi memberikan sedikit kelainan pada hidangan anda pada Hari Raya ini, anda jamu tetamu dengan minuman yang sangat istimewa. Caranya sangat mudah tapi sangat sedap. Seperti anda menikmatinya di restoran ternama.
Di sini kami senaraikan 4 minuman istimewa yang boleh anda buat di hari raya nanti.
SODA BANDUNG
Air bandung dengan Raya memang tak dapat dipisahkan. Kalini kita buat resepi twist, ada air soda. Rasa lemak lemak!
BAHAN-BAHAN:
1.65L air aiskrim soda
500ml kordial sirap ros
700ml susu cair
Secubit garam
Ais batu
Cara :
Tuangkan air aiskrim soda ke dalam jag.
Kacaukan air aiskrim soda yang didalam jag untuk bebaskan sedikit gas.
Masukkan sedikit garam ke dalam air aiskrim soda untuk kurangkan asid dan buatkan sirap bandung lebih berlemak.
Masukkan kordial sirap ros ke dalam jag. Kacau hingga sebati.
Akhirnya, masukkan susu cair ke dalam jag sambil kacau air perlahan-lahan supaya air tidak berkeladak.
LAICI LEMONADE
Buah laici yang manis dipadankan pula dengan perahan lemon dan daun pudina yang menyegarkan, boleh melegakan tekak dan menyejukkan badan setelah penat beraya di Aidilfitri.
Bahan-bahan:
5 biji buah laici
Daun pudina
½ lemon (diperah)
Hirisan lemon
½ air soda
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
Masukkan air soda dan ais
Sedia dihidang
SODA KELAPA PUDINA
Minuman klasik yang diberikan nafas segar dengan tambahan pudina dan soda yang menyegarkan. Sesuai untuk dijadikan minuman wajib dihidang di hari perayaan.
Bahan-bahan:
½ cawan air kelapa
½ cawan sparkling water
Daun pudina segar
Hirisan lemon
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Campurkan air kelapa dan sparkling/soda.
Masukkan perahan air lemon & limau
Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan
Tambah air gula ikut selera
Masukkan ais
Sedia dihidang
SIRAP SUSU THAI
Rupanya sahaja seakan-akan bandung, tapi rasanya jauh lebih sedap dan berlemak! SIrap susu ni bandung versi Thailand yang confirm jadi kegemaran keluarga. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
5 sudu Sala’s syrup
4 sudu kecil susu pekat
200 ml susu full cream
Ais
CARA:
Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disayangi rakyat jelata kerana sifat baginda yang berjiwa rakyat.
Sikap baginda yang selalu turun padang dan mengambil berat mengenai hal rakyat sangat menyenangkan.
Namun semalam tular di laman sosial sebuah video, baginda kelihatan sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.
‘Ini untuk awak,color rambut balik,’ titah baginda sambil menghulurkan sampul kepada seorang pemuda dengan fesyen rambut seperti animasi Naruto.
Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto bersama baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.
“Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.
Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.
Gelagat Agong yang ketawa berdekah bila mengetahui rambut tersebut adalah topi, mengundang tawa pengunjung yang berada di situ melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja oleh lelaki berambut ala watak anime Naruto.
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati rakyat.
“Terbaik Agong pun. Allahuakhbar. Bagi duit suruh potong rambut, kena ‘prank’ dengan rakyat.
Tidak dinafikan, kanak-kanak suka membuka tingkap sewaktu dalam kenderaan. Tidak kisahlah sama ada dalam kereta, van atau bas. Mereka juga gemar mengeluarkan tangan atau kepala untuk menikmati kedinginan angin.
Bagi kanak-kanak, mereka tidak tahu yang perbuatan ini mengundang bahaya pada mereka. Seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di luar negara.
Seorang kanak-kanak lelaki di Mexico dilaporkan meninggal dunia selepas menjulurkan kepalanya keluar dari tingkap bas sebelum terlanggar sebatang tiang.
Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Mexico dan insiden terbabit berlaku pada Ahad lalu di sebuah jalan raya di bandar Veracruz.
Menurut saksi, kanak-kanak berkenaan telah menjulurkan kepalanya ke luar tingkap bas dan terlanggar sebatang tiang ketika bas terbabit menghampiri bahu jalan raya.
Walau bagaimanapun, mangsa berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dan mayatnya ditinggalkan di bekakang bas tersebut.
Sebaik pihak polis tiba di tempat kejadian, pemandu bas bertindak melarikan diri. Kejadian terbabit secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengguna media sosial turut mengkritik ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Itulah sebabnya ibu bapa perlu sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya tidak menjulurkan kepala ketika mereka menaiki bas.
Susulan daripada itu, pihak polis memaklumkan bahawa kejadian berkenaan masih berada dalam siasatan.
Para ibu bapa dinasihatkan agar menegur anak-anak agar tidak mengeluarkan anggata badan sewaktu kenderaan sedang berjalan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.