Seorang atlet angkat berat (OKU) meninggal dunia kerana terlibat dalam kebakaran di rumahnya di Taman Pagoh, Jaya Muar, Johor semalam. Muhammad Ata Maarof, 28 merupakan atlet angkat berat OKU yang mewakili Johor dalam saingan Para Sukma 2018 dan memenangi pingat gangsa dalam kategori yang diwakilinya.
Menerusi laporan dari Astro Awani, Muhammad Ata yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang ke kampung kerana bercuti selama lima hari. Dia yang tinggal bersama ibunya gagal menyelamatkan diri ketika berada di dapur rumah kerana tinggal berseorang berikutan ibunya pergi ke kedai.
Menerusi laporan juga, badan mangsa telah melecur hampir 80 peratus berpunca daripada kebakaran yang berlaku tengah hari tadi. Kediaman tersebut turut megalami kemusnahan hampir 60 peratus dari keseluruhan kawasan.
Ads
Sebelum insiden, Allahyarham sempat memuat naik status di laman Instagram dengan menulis ‘forgive me’ dengan latar belakang warna hitam. Seakan-akan tahu ajalnya, memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden tersebut.
Abangnya Mohd Akmal Maarof, 34 tahun berkata, adiknya sedang bercuti dan telah berada di rumah ibunya sejak Rabu lalu dan dijadual pulang semula ke ibu kota pada sebelah pagi tadi.
Ujarnya, kali terakhir dia bersua muka dengan adik bongsu dari lapan beradik itu ialah pada November lalu dan hanya sempat berbual di aplikasi WhatsApp pada sebelah malam tadi.
Ads
Jelas Mohd Akmal, dia pada mulanya tergamam apabila dimaklumkan adiknya meninggal dunia selepas kediaman ibunya terbakar memandangkan sepatutnya dia telah pulang semula ke rumah sewanya di Kuala Lumpur lebih awal.
Sementara itu, personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.
Ads
“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.
Diuji dengan masalah rumah tangga, penyanyi, Usop mendedahkan yang dia dan isteri pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungannya bersama isteri, Nur Fatihah Md Hashim.
Tambah Usop lagi, tidak hanya dirinya dan isteri bahkan perniagaan restoran yang dijalankannya juga turut sama terjejas.
“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga tapi dalam kes kami ia berpanjangan.
“Saya dapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” kongsinya lagi.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri sama-sama kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah malah kini mendedahkan yang isterinya sedang hamil anak kedua mereka.
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya.
“Syukur isteri kini sedang hamil,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilan itu, kata Usop, dia seronok melayan karenah isterinya yang mengidam untuk makan aiskrim goreng di waktu pagi.
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga yang alami alahan teruk.
“Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” ceritanya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Lazimnya amalan petua berasaskan herba ini lebih sinonim dengan orang Melayu. Namun bukan pelik juga amalan petua tradisi turut diamalkan oleh kaum lain.
Ini sebagaimana Madam Ng Yok Bee, 60 tahun keturunan Cina Peranakan yang berasal dari Melaka ini. Telah lama amalkan pelbagai jenis petua dalam penjagaan kesihatan tubuh badannya.
Dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan ini.Jom semak petuanya itu.
Seperti yang saya janjikan saya turunkan 1 lagi petua herba kepada sapa2 yang inggin mengepis perut tak kira lelaki atau wanita..
4bahan ini sangat mudah didapati..ada disekeling kita dan murah harganya..4 bahan ini juga ada khasiatnya tesendiri..kalau nak dihuraikan 1 pesatu khasiat 4 bahan ni.tak cukup ruang pula..ok
Bahan-bahan:
1ketul lengkuas
1atau 2 ketul ibu kunyit
1 camca besar ketumbar
Secubit asam jawa…
Cara Buat :
1. Kupas kuiit lengkuas dan kunyit kemudian dihiris.
2. Lepastu sanggai 3 bahan ni atau goreng tampa minyak sampai agak layu..jangan sampai hagus.
3. Kemudian masukkan 3 bahan ni dalam periuk kecil.
4. Perahkan 3 atau 4 mangkuk kecil air asam jawa. Masak sampai tinggal 1cawan dengan api yang kecil.
5. Selepas sejuk tapis dan minum semasa nak tidur..amal kan 1minggu sekali.
Ekstra manfaat :
Selain dapat mengepis kan perut..ia juga dapat meghindari masaalah keputihan wanita.
Air herba ni juga semulajadi membantu stamina kita lebih cergas untuk kita melakukan kerja harian.
Kalau amalkan juga dapat menhidari dari serangan anggin amar..perlu di ingat air herba ni tidak ada kesan sampingan..kerna bahan2 nya bahan semulajadi yang memang kita gunakan dalam masakkan kita.
Memang kesan tidakbalas nya agak lambat tapi kesan jangka panjang amat baik pada tubuh badan kita.
Petua ini saya dapat dari keratan akhbar lama dulu..dan saya juga amalkan agak lama juga..tu saya tahu tindakbalasnya..
Sumber : Ng Yok Bee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan miliki anak ramai, ada yang sebaliknya.
Kuantiti anak bukan pengukur sama ada keluarga itu bahagia atau tidak. Ada pasangan rezekinya anak ramai dan ada yang anak sikit tapi rezekinya dalam hal lain. Tuhan sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebab itu, ibu bapa yang punya anak ramai jangan terlalui berbangga kerana di sebalik anugerah tersebut, anda menggalas tanggung jawab yang cukup berat.
Najmi Nawawi berkongsi pandangan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
Berikut beberapa faktor yang dikongsikan. Moga kita mendapat manfaat daruipadanya.
KENAPA ANAK TIDAK RAMAI?
Macam aku sendiri alhamdulillah sudah dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Maryam Deen dan Aisyah Deen. Setakat ini belum lagi memiliki perancangan untuk tambah anak. Meramaikan anak ialah sesuatu yang dianjurkan sahaja.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dulu, aku akan cuba huraikan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
1. Kualiti lebih utama dari kuantiti
Kita hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk dengan sebaik mungkin sejak mereka masih kecil. Dikhuatiri dengan bilangan anak yang ramai membuatkan kita gagal memastikan pembentukan (tarbiah) yang baik khususnya dalam hal pendidikan sempurna bagi setiap dari mereka. Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi buih-buih di lautan.
2. Anak yang lebih berjaya
Biarlah anak tidak ramai, tetapi kita akan pastikan satu hari nanti mereka akan ada ribuan orang yang bekerja di bawah mereka. Dengan perhatian dan pembentukan individu lebih sempurna pasti akan membawa impak kepada pembentukan anak yang lebih hebat.
3. Kos yang makin mahal
Tidak dinafikan kos untuk membesarkan seorang anak pun sudah sangat mahal. Apatah lagi buat yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos pendidikan, jagaan, perkakasan yang jauh berganda dari harga biasa. Hal ini memang perlu dipandang serius. Kerana kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan membawa kepada kesan negatif yang lebih teruk kepada pembentukan anak-anak.
4. Masa yang berkualiti
Aku yakin masa ialah antara aspek terpenting dalam pembentukan anak-anak. Masa dan perhatian yang kita berikan kepada mereka ialah sinonim dengan kasih sayang yang dicurahkan. Bahkan tidaklah keterlaluan jika aku katakan, tanpa masa, maka makin kuranglah kasih sayang dan perhatian yang boleh dicurahkan. Jika kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, keadaan pastinya makin tidak baik, dan bayangkan jika anak pula ramai. Pasti tidak terkejar, dan anak yang kehausan kasih sayang cenderung menagihnya dari tempat lain.
5. Isteri bukan kedai makan
Kalau dulu kita boleh suka-suka order anak sampai 11 orang untuk cukupkan satu team bola. Namun apabila memikirkan risiko yang isteri hadapi seperti emboli udara, rahim pecah, pendarahan dan banyak lagi perlu dirisaukan. Pasti membuatkan kita tidak sanggup untuk membebankan isteri tersayang. Bahkan setiap kali mengandung, sebenarnya dua nyawa berhadapan risiko, iaitu nyawa isteri dan juga anak yang dikandung. Belum lagi cerita tentang depresi yang sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
6. Zaman sudah tidak sama
Kalau dulu, kita kerja mungkin dekat dengan rumah. Saudara mara juga ramai yang tinggal berdekatan untuk membantu sekiranya diperlukan. Zaman sekarang, ramai yang hidup berdikari dengan keluarga yang baru dibina jauh dari ahli keluarga terdekat. Semuanya bergantung pada mereka, jika balik kerja lambat, tiada yang boleh tolong ambilkan anak. Jika ada kecemasan, tiada yang boleh tolong tengokkan anak. Bilangan anak yang ramai ditambah dengan kekangan masa pasti akan memberi kesan negatif kepada pembentukan anak-anak.
7. Suami yang tak rajin bantu isteri
Masih ramai golongan ini (suami) yang masih mempunyai tanggapan bahawa kerja-kerja rumah dan kerja-kerja menguruskan anak ialah kerja isteri sepenuhnya. Membantu isteri jauh sekali, dan ini akan memberi bebanan kepada mental dan fizikal isteri jika memiliki anak yang ramai. Anak ramai bermaksud tanggungjawab yang makin besar dan perlu dipikul bersama suami dan isteri. Jika sikap masih bermalasan dan suka untuk tengelam dalam dunia (game) masih wujud, maka memiliki anak ramai bukanlah pilihan bijak.
Apa-apa pun ini hanya sudut pandang aku yang tinggal di ibu kota dan mempunyai pasangan yang memilih untuk tutut bekerja. Konteksnya mungkin berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Apa-apa pun, kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita masing-masing.
p/s : Biarlah anak tidak ramai yang penting kita mampu beri yang terbaik kepada setiap dari mereka. Kita hidup di zaman orang berlumba-lumba jadikan anak masing-masing terbaik. Sanggupkah kita biarkan anak kita ketinggalan?
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tidak ketinggalan tips kekeluargaan baru yang sering dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...