Letih dan lesu ketika Ramadan adalah perkara biasa namun peliknya keadaan ini jadi bertambah letih dan lesu sebaik berbuka. Apa sebabnya ini terjadi?
“Food coma” atau keletihan selepas Iftar dan Sahur berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku sepanjang bulan Ramadan ini.
Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan untuk berbuka puasa. Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang.
Apa punca food coma?
1. Pengambilan makanan tinggi kandungan kalori
Proses pencernaan makanan tinggi kalori menghasilkan hormone yang memberi rasa mengantuk dan letih.
2. Pengambilan makanan tinggi gula
Pengambilan gula berlebihan dari kuih muih atau air manis boleh menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
3. Kuantiti & saiz hidangan makanan yang besar
Menyebabkan system pencernaan bekerja keras dan menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
Oleh itu, elakkan “food coma” sepanjang bulan Ramadan dengan bersederhana ketika makan. Cukup sekadar berbuka dengan nasi pada kadar biasa, jangan berlebih-lebih.
Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.