Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai.
Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal, bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan.
Menerusi perkongsian video yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Malah anak muda ini turut menawarkan bantuan untuk membawa dua anaknya pulang ke rumah namun permintaan itu ditolak dengan cara yang baik ibu ini.
“Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ini baru sampai nak isi minyak bersama dua anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak kecil.
“Perkara paling menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggu motorsikal sambal mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala abangnya pula aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun.
Ads
“Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga itu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motorsikal sambil bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan bantuan.
“Aku tanya dulu nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal,” kata.
Namun pelawaan itu ditolak secara baik oleh ibu berkenaan.
“Aku pun masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tu..
Ads
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik dekat area situ je sekali dia turun highway dari Educity menghala ke Perling.
“Aku follow dari jauh tak nak dia takut sebab highway tu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore.
“Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi,” katanya lagi.
Situasi sebegini membuatkan kita tersedar bahawa ada insan lain yang mengalami kesulitan yang lebih hebat.
“Kadang-kadang kalau rasa diri kita susah & ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita,”katanya lagi.
Ads
Semoga urusan ibu ini dan dua anaknya dipermudahkan.
Sejak kempen kibarkan bendera putih, tinjauan Majalah Keluarga mendapati bahawa sosial media di ‘hujani’ berita pelbagai pihak berkongsi memberi sumbangan kepada yang mengalami kesusahan ketika berdepan pandemik Covid-19,
Bukan untuk menabik dada bagi pihak yang menyumbang tapi perkongsian untuk memberi kesedaran bahawa jangan malu untuk meminta bantuan jika menghadapi kesulitan dalam kehidupan termasuk kehabisan bekalan makanan.
Begitulah situasi yang dialami oleh pihak polis IPD Sepang yang menerima aduan sebuah rumah pekerja kilang kehabisan bekalan makanan. Bukan melalui kibar bendera putih sebaliknya menerusi panggilan telefon.
Biarpun sibuk dengan tugas hakiki, pihak polis tidak lepas tangan apabila mendapat tahu situasi ini berlaku di kawasan sekitar mereka sebaliknya bergegas menghantar bantuan.
Apa yang pasti mesej ini telah berjaya membantu golongan yang terkesan. Barangkali sebelum ini ada yang sanggup ikat perut menunggu hari gaji. Namun dengan usaha ini telah memberi sinar baru.
Selanjutnya ikuti perkongsian IPD Sepang ini,
IPD Sepang, 03 Julai 2021.
Bantuan Kebajikan Makanan Kepada Seramai (14) Orang Yang Kehabisan Bekalan Makanan Oleh IPD Sepang.
Pada 03/07/2021 jam lebih kurang 2010 Hrs, Full Manning IPD Sepang (FM) telah terima panggilan telefon daripada (1) perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan. Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai (13) orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.
Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.
Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.
Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan.
Pelakon Balkisyh Semundur Khan baru-baru ini selamat melahirkan bayi ketiganya.
Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan itu dilahirkan seberat 2.6 kilogram. kira-kira jam 12.09 pagi pada 9 Februari lalu.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan ‘baby boy’ pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” ujarnya menerusi kapsyen.
Lebih mengujakan apabila anak lelaki Balkisyh turut berkongsi tarikh lahir anak sama dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Nazri Zakaria.
“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini, Muhammad Nor Qaiyfaal Khan. Masa Lahir Baby : 12.09. Tarikh Lahir Daddy : 12.09. Alhamdulillah kebetulan, syukur,” Kongsi Balkish lagi.
Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.